Siapa yang tak pernah laluinya memang tak akan faham. Bagi penggemar drama Korea, masalah ‘ketagihan’ menonton karya-karya drama pelbagai genre yang juga dikenali sebagai K-drama bukanlah satu perkara baru.

Malah tak keterlaluan jika REMAJA katakan bahawa ‘ketagihan’ drama Korea ini amatlah merbahaya sekali. LOL

Bayangkan korang dulu berjinak-jinak dengan drama seperti ‘Boys Over Flower’ atau ‘Winter Sonata’. Bermula dengan satu episod korang terus terpaut dan ingin menontonnya sehingga habis. Dan selesai sahaja korang akan mencari drama lain pula untuk memenuhi ruang dalam jiwa yang dahagakan drama Korea yang bukan sahaja uni tetapi dibarisi oleh aktor kacak dan cantik!

Jika itu berlaku maka sahlah korang kini bergelar sebagai peminat drama Korea yang tegar. Cuba check out 10 petanda di bawah. Adkaah korang salah seorang ‘penagih’ drama Korea?

1. Binge watch

6 Bukti Besar Menunjukkan Korang ‘Penagih’ Drama Korea

Dengan adanya lambakan content secara streaming di Internet sekarang semakin mudah untuk kita menonton drama Korea. Dna kini trend menonton secara binge atau dalam istilah pasarnya menonton secara maraton banyak episod telah jadi perkara biasa. Disebabkan jalan ceritanya yang menarik korang pasti tidak sabar untuk tahu apakah yang berlaku seterusnya. Maka dari satu episod korang akhirnya menonton sampai habis dalam sekali jalan. Hebatnyaaaa!

IKLAN

2. Waktu tidur berkurang 

6 Bukti Besar Menunjukkan Korang ‘Penagih’ Drama Korea

Ini boleh beri kesan buruk kepada korang terutamanya jika dilakukan pada hari bekerja atau kuliah. Tapi REMAJA yakin korang tidak akan cuai dan lakukan seperti itu. Ramai antara penggemar drama Korea menonton aksi pelakon pujaan masing-masing pada hari minggu. Dan sepanjag cuti dua hari korang akan berkurung dalam bilik menghadap skrin tv atau komputer menonton drama.

BACA: 5 Kali BTS Buktikan Bahawa Mereka Merupakan Ikon Remaja Sekarang

3. Tontonan alternatif

6 Bukti Besar Menunjukkan Korang ‘Penagih’ Drama Korea

IKLAN

Seperti yang REMAJA katakan di atas sekarang sudah banyak drama Korea disediakan di laman web yang menyediakan streaming. Jadi korang ada option untuk menonton di telefon pintar. Jadi korang akan sentiasa mencuri masa terluang untuk sambung menonton drama Korea. Waktu makan tengahari, dalam tandas atau ketika dalam tren pasti terisi dengan menontonnya.

4. Semakin peka 

6 Bukti Besar Menunjukkan Korang ‘Penagih’ Drama Korea

Apabila menjadi peminat kepada sesebuah drama korang secara otomatik akan cukup alert dengan apa-apa berita tentang drama dan barisan pelakonnya. Jadi apa sahaja berita tentang mereka pastinya pasti ditangkap oleh telinga korang. Apa sahaja yang mereka lakukan pasti korang ingin ketahui. Inilah penangan drama Korea!

IKLAN

5. Tiba-tiba jadi pakar Korea

6 Bukti Besar Menunjukkan Korang ‘Penagih’ Drama Korea

Jika sebelum ni korang memang tak ambil peduli langsung tentang dunia hiburan atau gosip di Korea. Namun kini selepas menjadi ‘hantu’ drama Korea, korang terus pandai cari berita terkini di laman web popular negara tersebut seperti Daum, Naver, Yonhap News dan banyak lagi.

6. Pemburu drama subtitle

6 Bukti Besar Menunjukkan Korang ‘Penagih’ Drama Korea

Lecehnya menjadi penonton yang tidak tahu berbahasa Korea korang harus menunggu episod yang ada subtitles bahasa Inggeris. Dan biasanya selepas drama keluar ia akan terdapat di beberapa laman web. Dan di sinilah teruji bagaimana hardcore atau tidak korang sebagai pencinta drama Korea mencari versi yang sudah ada subtitles.

Selain drama Korea, ramai juga antara korang yang lebih suka menonton program variety seperti ‘Running Man’, ‘Law of the Jungle’, ‘We Got Married’ dan banyak lagi. Ternyata content hiburan TV di Korea semakin mendapat tempat di hati peminat bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI