Gegar Vaganza 8, rancangan hiburan popular terbitan Astro Ria telahpun melabuhkan tirai separuh akhir malam tadi. Seramai enam bintang telah berjaya mara ke peringkat akhir manakala dua lagi tersingkir menerusi cabaran yang diberikan.

Enam peserta yang berjaya layak ke peringkat akhir ialah Aweera, Nikki Palikat, Aliff Aziz, Azan Scan, Adibah Noor dan Suki Low. Manakala penyanyi dangdut Ani Maiyuni dan penyanyi veteran Shidee pula terpaksa akur apabila mereka menjadi dua peserta terbawah sekaligus disingkirkan.

6 Bintang GV Ke Pentas Akhir, Datuk Seri Vida Tak Puas Hati Ani Maiyuni Tersingkir?
Ani Maiyuni menampilkan persembahan yang bertenaga, namun sudah tertulis perjalanannya hanya sampai separuh akhir. Sumber foto: Instagram Ani Maiyuni

Namun setiap keputusan yang dilakukan pasti ada cakap-cakap yang kurang berpuas hati terhadap pemilihan yang dilakukan oleh juri. Antara yang lantang menyuarakan suaranya ialah Datuk Seri Vida yang dilihat meninggalkan komen ‘pedas’ di laman Instagram Media Hiburan.

Ujarnya, “Pilih kasih, kalau saya mencelah kata nak menumpang. Asyik ada saya je. Adibah tiada effort. Tak sedap dapat masuk final. Si Ani ni memang menyerlah malam ini. Good voice performance compared to Kak Deeb, mmmm pilih bulu tetap.”

6 Bintang GV Ke Pentas Akhir, Datuk Seri Vida Tak Puas Hati Ani Maiyuni Tersingkir?
Kredit foto: Tangkap Layar Instagram Media Hiburan

Komen tersebut menerima lebih 100 tanda suka dan juga pelbagai komen dari warganet yang bersetuju dengan statement yang diberikan oleh usahawan yang pernah menaja beberapa musim pertandingan nyanyian tersebut.

Adat dalam sesebuah pertandingan,‘rumah siap, pahat masih berbunyi’ terhadap satu-satu keputusan yang dilakukan. Barisan juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat bersama juri jemputan, Datuk Rosyam Nor telah pun membuat pilihan dan pastinya mereka memahami dari segi persembahan secara keseluruhan.

IKLAN

Minggu hadapan, juara Gegar Vaganza yang baru akan diketahui. Enam bintang yang mara ke peringkat akhir masing-masing akan mempersembahkan tiga buah lagu dalam konsep solo, duet dan juga battle.

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

IKLAN

 

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI