Hubungan diplomatik yang semakin positif antara Malaysia dan Myanmar membuka ruang kepada penyelesaian isu pelarian Rohingya apabila Myanmar bersetuju menerima semula kira kira 5,000 pelarian yang kini berada di Malaysia.

Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha menghantar pulang pelarian Rohingya sebelum ini sukar dilaksanakan kerana Myanmar enggan menerima mereka. Bagaimanapun, situasi itu berubah selepas beberapa siri rundingan antara kedua dua negara.

5,000 Pelarian Rohingya Bakal Dihantar Pulang, Myanmar Setuju Terima Semula

“Orang kata hantar balik (pelarian Rohingya tapi), hantar balik ke mana? Hantar ke Myanmar…depa (mereka) dekat sana (sebelum ini) tak mahu terima (pelarian Rohingya ini).

“(Tapi) sebab hubungan baik (Malaysia) dengan Myanmar sekarang ini, dia (Myanmar) setuju ambil 5,000 (pelarian Rohingya) dulu dari Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Minum Petang Bersama PMX di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan merangkap calon Pakatan Harapan (PH) DUN Chennah, Anthony Loke.

Ads

5,000 Pelarian Rohingya Bakal Dihantar Pulang, Myanmar Setuju Terima Semula

Susulan Himpunan Pelarian Rohingya Di Kuala Lumpur

Perkembangan itu hadir hanya beberapa hari selepas ratusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Difahamkan, mereka dibawa dari Pulau Pinang dengan menaiki tiga buah bas sebelum berkumpul di lokasi berkenaan.

Ads

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memaklumkan kumpulan pelarian terbabit telah dipindahkan secara berperingkat ke tiga negeri yang ditetapkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan UNHCR.

5,000 Pelarian Rohingya Bakal Dihantar Pulang, Myanmar Setuju Terima Semula

Anwar Tegas, Jangan Ganggu Ketenteraman Awam

Dalam pada itu, Anwar sekali lagi mengingatkan pelarian Rohingya di negara ini agar tidak mengganggu ketenteraman awam dengan berhimpun di jalan raya atau kawasan awam.

Ads

“Saya dah bagi arahan (kepada polis), saya tak mahu (pelarian) Rohingya ganggu jalan raya dan tempat-tempat awam.

“Ini negara Malaysia, tak boleh dia ganggu kita. Jadi polis ambil tindakan, pindahkan mereka (ke satu kawasan),” katanya.

Beliau turut menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana mana kumpulan pelarian yang mencetuskan gangguan terhadap ketenteraman awam, malah memberi jaminan tindakan tegas akan diambil mengikut lunas undang undang.

5,000 Pelarian Rohingya Bakal Dihantar Pulang, Myanmar Setuju Terima Semula

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads