Rasanya ramai yang tidak selesa memandu ketika hujan lebat kerana penglihatan akan menjadi sukar disebabkan oleh rintik hujan yang membasahi cermin kereta mengaburi pandangan.
Kadang, bila hujan terlalu lebat penggunaan wiper juga tidak membantu akibat getah pada wiper yang cepat kembang dan rosak. Jadi, apa yang korang boleh buat?
Ikuti perkongsian seorang pengguna Twitter ini tentang 5 TIPS PENJAGAAN WIPER ini
1. ELAK GUNA WAKTU KERING
Wiper hanya boleh digunakan pada permukaan basah sahaja jadi jika anda gunakan ia pada permukaan kering, wiper akan lebih cepat haus. Pastikan menggunakan pancuran air untuk membasahkan cermin terlebih dahulu sebelum membersihkan habuk dan kotoran yang ada pada cermin.
Ads
2. RAJIN BERSIHKAN WIPER
Korang perlu elakkan pengumpulan kotoran seperti pasir dan debu pada bahagian bawah bilah dengan cara mengelapkannya menggunakan kain lembap agar tidak mencalarkan windscreen. Buat setiap minggu atau sekurang-kurangnya setiap kali mencuci kereta.
3. PASTIKAN CERMIN KERETA BERSIH
Ads
Kalau korang sering menggunakan pengelap cermin jenis mop yang terdapat di stesen-stesen minyak, sila beri perhatian kerana air untuk mengelap tersebut jarang ditukar jadi kemungkinan anda akan menggunakan air yang kotor semasa mengelap cermin kereta.
4. PASTIKAN PENGELAP CERMIN DIPASANGKAN DENGAN SEMPURNA
Bagi yang sering menukar wiper, pastikan pengelap cermin dipasang kemas semula ditempatnya. Buka penutup skru dan tengok skru di bahagian bawah sebagaimana dalam gambar. Pengelap cermin tidak boleh terlalu ketat ataupun terlalu longgar.
Ads
5. GANTI ATAU TUKARLAH BILAH WIPER APABILA SUDAH TIBA MASANYA
Dicadangkan untuk menukar bilah wiper pada 6 bulan. Jika anda lihat wiper anda telah merekah, kering mahupun terbelah, itu menandakan wiper perlu ditukar.
Hm, lepas ni korang bolehlah try tip ini dan cuba apply pada cermin kereta.
Penyanyi terkenal tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza yang baru sahaja melahirkan anak keduanya pada satu minggu yang lalu pada tanggal 19 April 2021, akhirnya mendedahkan wajah anaknya yang diberi nama Muhammad Afwa.
Sumber: Oh Bulan
Siti mengumumkan nama anak keduanya menerusi perkongsiannya di laman sosial Instagram. Menurut beliau, Muhammad Afwa bermaksud keampunan atau kemaafan.
Sumber: Instagram
“Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik, kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak”
Menurut Siti, nama yang dipilih itu, Afwa melengkapkan afiyah dan ianya terdapat didalam sebuah doa yang beliau dan suaminya pilih iaitu doa lengkap afiyah.
Warga netizen turut berkongsi kegembiraan mereka bersama-sama Siti dan suaminya, dan ramai yang memuji Muhammad Afwa dan menyampaikan doa-doa yang baik buatnya.
Sumber: Astro Awani
Kini, Siti Nurhaliza telah mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 3 tahun dan Muhammad Afwa, hasil perkongsian hidupnya bersama Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Konsert grup K-Pop paling popular masa ini iaitu BTS telahpun berlangsung di National Stadium Singapore semalam dan dihadiri oleh puluhan ribu penonton. Alah, konsert yang katanya habis sold out dalam masa beberapa jam je tu..
Walaupun tak dapat menghadirinya pada kali ini, team REMAJA masih mempunyai rakan fanatik K-Pop yang sanggup berbelanja sakan untuk melihat idol mereka secara lebih dekat.
Hhm, dengar cerita ada insiden tak best berlaku? Apa pula haihh..
01
Salah seorang anggota BTS iaitu Jimin terjatuh semasa menyanyikan lagu DNA. Sampaikan beberapa ahli lain pun terkejut dan Jungkook yang berada di sebelahnya terhenti menari sambil tergelak kecil. Hey!
Nasib baiklah tak cedera.
02
Tamat je persembahan DNA tersebut, J-Hope, RM, V dan Jungkook dilihat cuba ‘mengelap’ bahagian pentas yang licin itu dengan kasut mereka. Sambil tu, J-Hope berkata, “ Oh My God..” dan diiringi dengan tawa penonton.
But to be fair, Jimin pun selalu ada tendency untuk terjatuh. Hehe #klari
03
Masih mengenai Jimin! Kami tak bias okay, tetapi Jimin telah menghadiahkan sesuatu kepada penonton di Singapura dengan menyanyikan single terbarunya, Promise secara akapela.
Walaupun tidak disertai oleh anggota lain, RM yang juga merupakan penulis lirik untuk Promise berada di sebelahnya untuk menyokong.
04
BTS memang sayangkan peminat mereka sehinggakan mereka menempah sebuah stadium tertutup di sebelah untuk meletakkan para peminat mereka yang – hhm – sedang beratur untuk memasuki stadium sebenar!
Whoa, kalau kita dekat sini, lantak kaulah diri bawah panas atau hujan. Hehe opps!
05
Salah satu memes paling popular untuk konsert yang dihadiri lebih 45,000 orang penonton ini adalah bagaimana rambut kesemua anggota tercacak seakan terkena renjatan elektrik!
Hehe, mungkin kerana daya elektrik statik di dalam stadium tu terlalu kuat kot? Ataupun kerana produk rambut yang mereka gunakan.
Apa-apapun, konsert BTS di Singapura semalam memang mencatat sejarah. Hhm tak sabar pula nak tunggu Blackpink di Malaysia!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi rap dan juga ketua kumpulan popular, RM BTS baru-baru ini mencuri perhatian dunia apabila diumumkan bakal menyampaikan ucaptama di Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) CEO Summit Korea 2025 yang akan berlangsung di Gyeongju Arts Center, Wilayah Gyeongsang Utara pada 29 Oktober ini. Penampilannya di pentas berprestij itu dijangka menyorot kekuatan dan pengaruh besar K-Pop serta budaya Korea yang semakin menembusi arena global.
Ucaptama Di APEC CEO Summit 2025
Menurut laporan rasmi media antarabangsa, RM BTS atau nama sebenarnya Kim Namjoon (31) dijadualkan berucap pada hari kedua sidang kemuncak tersebut, dari jam 3:05 petang hingga 3:15 petang waktu Korea. Ucapannya selama 10 minit itu merupakan sebahagian daripada sesi budaya dengan tajuk “Industri Budaya dan Kreatif di Rantau APEC & Soft Power K-Culture.”
RM BTS ketika berucap di The Met bagi persidangan UN76 pada tahun 2021
Walaupun butiran penuh ucapan beliau masih belum didedahkan, RM BTS dijangka akan berkongsi perspektifnya berdasarkan pengalaman sebagai anggota kumpulan BTS — salah satu kumpulan K-Pop paling berpengaruh di dunia ketika ini. Beliau juga akan menghuraikan bagaimana budaya Korea berkembang menjadi fenomena global yang dicintai oleh peminat dari pelbagai latar belakang.
Menerusi laman rasmi APEC 2025, RM digambarkan sebagai tenaga kreatif yang hebat dan peminat seni yang tegar. Beliau dikenali kerana menghasilkan lirik yang mendalam, diinspirasikan oleh pelbagai bentuk seni, serta pendekatan falsafahnya terhadap muzik. Kreativiti dan kolaborasi inovatif menjadikan RM BTS ikon budaya yang menolak sempadan artistik moden.
Penganjur turut menyifatkan beliau sebagai lambang sejati generasi muda Korea yang berjaya menjadikan budaya sebagai jambatan diplomasi moden. Kehadiran RM BTS di pentas ini mengukuhkan peranan K-Pop sebagai kuasa lembut atau soft power Korea di peringkat antarabangsa.
RM BTS ketika berucap di The Met bagi persidangan UN76RM BTS ketika berucap di persidangan UNICEF pada tahun 2018
Forum Perniagaan Terbesar Rantau Asia-Pasifik
Untuk makluman, APEC CEO Summit merupakan forum sektor swasta terbesar yang berkaitan dengan APEC, menghimpunkan pemimpin perniagaan dan kerajaan dari 21 negara anggota rantau Asia-Pasifik. Tahun ini, sidang kemuncak tersebut mengangkat tema ‘Beyond, Business, Bridge (3B)’ yang memberi tumpuan kepada perkongsian baharu melalui inovasi dan kolaborasi rentas sempadan.
Acara dua hari itu menampilkan 20 sesi, ucapan khas dan ucapan pemimpin oleh 85 penceramah yang akan membincangkan pelbagai isu global termasuk kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, kewangan, industri budaya, mata wang digital, peralihan tenaga serta daya tahan rantaian bekalan. RM BTS menjadi satu-satunya artis K-Pop yang dijemput sebagai penceramah rasmi — pencapaian yang menonjolkan pengiktirafan terhadap budaya pop Korea.
BTS ketika di persidangan UNICEF pada tahun 2018
‘Soft Power’ K-Pop Diplomasi Moden
Kehadiran RM BTS di APEC CEO Summit 2025 sekali lagi membuktikan bahawa K-Pop bukan sekadar hiburan, tetapi satu bentuk diplomasi budaya yang mampu mengangkat imej Korea di mata dunia. Dengan pengaruh global yang dimiliki BTS, ucapan RM dijangka menjadi antara momen paling bersejarah dalam penganjuran APEC tahun ini.
Sementara itu, kumpulan BTS dijangka kembali dengan aktiviti penuh sebagai sebuah kumpulan pada Mac 2026 selepas semua ahli selesai menjalani perkhidmatan ketenteraan masing-masing. Ucapan RM BTS di APEC dijangka menjadi inspirasi bukan sahaja buat peminat, tetapi juga kepada industri kreatif global.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penampilan anak kepada pelawak Shuib, Thalita atau nama penuhnya Dzahira Talita, mencuri perhatian netizen selepas mengenakan gaun dedah bahu pada sebuah majlis baru-baru ini.
Masih...