5 Tip Untuk Individu Plus Size Beli Baju Secara Online

Share

Beli barang secara online memang paling best. Mudah, jimat masa dan adakalanya lebih murah berbanding harga jualan di shopping mall.

Namun begitu, terdapat beberapa kekangan sekiranya membeli secara online ini. Antaranya, jika korang ingin membuat pembelian pakaian. Kalau di mall boleh fitting sebelum beli, tapi shopping online hanya boleh refer pada carta ukuran badan yang disediakan.

Bagi mereka yang bertubuh kecil mungkin tak ada masalah sangat. Tapi, untuk yang berbadan gempal rasanya mesti ada yang was-was takut tak sesuai dengan tubuh mereka.

Ada pula yang tidak tahu pakaian mana yang sesuai untuk dibeli. Nah, jangan risau. Berikut merupakan antara 5 tip untuk individu plus size

membeli baju secara online.

1. Ketahui ukuran badan

Walaupun dah dinyatakan saiz seperti S, M, L atau XL, namun setiap ukuran baju tidak sama mengikut keluaran. Kadang-kadang walaupun dah bersaiz XL tapi cuttingnya masih kecil. Jadi, biasanya penjual akan memberikan carta ukuran badan untuk korang rujuk.

Pastikan ukuran di buat dengan betul. Kalau rasa tak confident juga, boleh PM seller untuk bertanyakan tentang cutting baju tersebut.

2. Perhatikan rekaan dan warna

Terdapat beberapa pakaian dengan rekaan tertentu yang sesuai dipakai oleh individu bersaiz gempal. Cari warna gelap dengan rekaa polos kerana ia dapat memberikan kesan lebih ramping. Warna-warna seperti navy blue, maroon dan emerald green boleh membuatkan korang nampak elegan.

Pilih pakaian yang sederhana. Elakkan rekaan ruffle kerana ia nampak sarat dan boleh menambah kesan gemuk.

3. Pilih motif tertentu

Elakkan memilih pakaian bermotif besar. Pilih rekaan motif kecil seperti bunga dan corak yang sederhana. Kalau nak cari baju bermotif stripes, pilih garisan vertical dan bukannya horizontal kerana ia akan membuatkan korang nampak lebih gemuk.

4. Long sleeves dan tutup paha

Kalau nak beli blouse, pilih yang lengan panjang supaya menutupi kesemua bahagian lengan dan panjangnya sehingga bawah paha. Namun begitu, jangan pula memilih top oversize kerana ia juga boleh membuatkan korang nampak gemuk.

Korang juga boleh memilih top dengan rekaan cape kerana ia sesuai dipadankan dalam situasi formal dan santai.

Coat atau kardigan panjang juga sesuai digayakan oleh perempuan bersaiz gempal kerana ia menutupi lengan, paha dan sebahagian betis. Rekaan ini boleh memberikan ilusi lebih ramping.

5. Pilih material lembut

Pakaian daripada material lembut dan ‘jatuh’ sangat sesuai untuk perempuan gempal kerana ia tidak melekat pada badan membuatkan tubuh lebih langsing dan sangat selesa untuk digayakan. Pilih material yang ringan seperti kain sifon dan crepe.

Tak kisahlah sama ada berbadan kurus atau plus size, paling penting korang kena yakin dengan diri sendiri. Jangan terlalu rendah diri sehingga merasakan yang korang tidak layak berfesyen. Asalkan pilih pakaian yang sesuai, korang juga boleh nampak cantik.

IKLAN