5 Perkara Yang Korang Tak Tahu Mengenai Amir Masdi Dari AF Megastar

Share

Mungkin nama Amir Masdi masih baru lagi dalam linkungan penyanyi di Malaysia. Namun, remaja berusia 22 tahun ini dilihat mampu untuk melakar sesuatu yang luar biasa dengan bakat yang ada jika diberikan satu tempoh masa.

But first, siapa Amir Masdi sebenarnya?

* * * * *

01

Paling Muda

Amir merupakan peserta paling muda terpilih untuk menyertai Akademi Fantasia Megastar pada tahun lalu. Disebabkan faktor usia itulah, pengacara Pak Nil selalu memanggilnya dengan gelaran ‘Amir Chicken’. Walaupun Amir okay je bila diberikan gelaran tersebut, dia berharap dirinya akan dipanggil dengan nama sebenar di luar.

 

* * * * *

02

Tak Sangka

Amir sendiri tak menyangka dia boleh sampai ke pusingan separuh akhir semasa AF Megastar, apatah lagi berjaya mengenepikan saingan seniornya yang jauh lebih berpengalaman. Di peringkat separuh akhir, Amir terkandas bersama seorang lagi peserta, Amir Jahari.

 

* * * * *

03

Harry Styles

Amir mengakui buat masa sekarang, dia ‘addicted’ dengan fasa lagu nyanyian Harry Styles. Setiap kali dia perlukan inspirasi atau semangat, dia akan mendengar lagu daripada album Harry terutamanya Kiwi.

 

* * * * *

04

Still Belajar

Bukan saja masih mempelajari teknik nyanyian dan penulisan lagu walaupun dia bergelar juara AF 2016, Amir juga masih bergelar pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM). So siapa nak usha, please pergi sana okay!

 

* * * * *

05

Tak Rasakan Diri Hebat

Pada usia 22 tahun, banyak pengalaman yang telah dikutip oleh Amir dan peluang itu bukannya datang untuk sesiapa saja. Namun, Amir merasakan dirinya masih tidak mencapai kejayaan luar biasa melainkan apabila dia datang mencecah sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Bagi saya, Datuk Seri Siti Nurhaliza ialah ikon yang harus saya letakkan sebagai bench mark untuk mencapai kejayaan,” katanya dala temu ramah bersama REMAJA, di dalam isu Januari lalu.

* * * * *

Anyway, kami harapkan agar Amir bakal keluar dengan single atau projek terbaru pada tahun ini. Sementara itu, jom klik video “Lagu _____ Bila ______”

bersama Amir di bawah!
IKLAN