Baru-baru ini, lima (5) pelajar diumumkan bakal menyertai Program Perantisan MARA-OISCA di Jepun pada bulan hadapan selepas berjaya menamatkan dua kursus selama dua dan enam bulan.
Antara pelajar yang terlibat ialah Alif Haiman Mohd Norhasni (IKM Lumut), Muhammad Ariff Nazmi Ruziham (KKTM Sri Gading), Amir Hamzah Nazarudin (IKM Johor Bahru), Muhammad Shahid Norasmadi (IKM Johor Bahru), dan Khairulanwar Idris (UniKL MIIT).
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA, Dr Mahzan Teh berkata, pelajar berkenaan merupakan lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang telah berjaya menamatkan Kursus Asas Bahasa Jepun dan Kursus Persediaan di Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA, MJII Beranang.
Ads
“Mereka ini pelajar daripada pelbagai bidang antaranya Diploma Teknologi Kejuruteraan Gas, Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Bangunan Hijau), Diploma Kejuruteraan Penyamanan Udara dan Penyejukan serta Ijazah Kejuruteraan Perisian”
Ads
“Semoga latihan yang bakal dijalankan ini membolehkan pelajar TVET MARA untuk mendapat pengalaman lebih luas di samping melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing,” katanya.
Tambah Mahzan, penempatan pelajar berkenaan untuk menjalani latihan industri adalah di beberapa syarikat ternama seperti Kakegawa Kucho Co. Ltd, Fuji Setsubi Co. Ltd, Mito Construction Co. Ltd, Nakamura Construction Co. Ltd, dan Yasashiite Inc.
Ads
Pada masa yang sama, para pelajar ini juga berpeluang mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi di negara luar dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara di masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Naib Juara Kejohanan Badminton Dunia, Pearly Tan dan M Thinaah terus mengharumkan nama Malaysia apabila mereka bersama tujuh lagi atlet negara dilantik sebagai Ikon Perpaduan Tahun 2025.
Pelantikan ini bukan sahaja mengiktiraf kejayaan mereka di persada sukan antarabangsa, malah menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Selain Pearly dan Thinaah, senarai Ikon Perpaduan 2025 turut menampilkan pasangan beregu badminton Goh Sze Fei–Nur Izuddin Rumsani serta Wan Muhammad Arif Shaharudin–Yap Roy King.
Tak ketinggalan, beregu dart negara Tengku Hadzali Tengku Mustaffar–Tan Jenn Ming juga menerima penghormatan yang sama.
“Sukan merupakan wadah yang paling ampuh dalam memupuk semangat perpaduan, keharmonian serta kebersamaan rakyat Malaysia.
“Setiap kali atlet negara ini berentap di persada dunia, seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang berdiri teguh di belakang mereka.
“Bersatu hati menyokong Jalur Gemilang dikibarkan dengan penuh bangga,” jelas Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan rasmi.
Kredit foto: Badminton Association of Malaysia – BAM
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, turut menegaskan bahawa pelantikan ini membawa makna lebih besar daripada sekadar pencapaian sukan semata-mata.
“Kementerian percaya dengan semangat dan iltizam yang ditonjolkan oleh ikon-ikon ini, nilai-nilai perpaduan dapat terus disemarakkan sekali gus menyatukan rakyat Malaysia di bawah satu identiti kebangsaan,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
MET Malaysia keluarkan amaran ribut tropika MET Malaysia: remaja Malaysia, tolong alert risiko banjir kilat, tanah runtuh & laut bergelora!
Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengesan satu sistem ribut tropika aktif yang semakin menghampiri perairan negara, sekaligus membangkitkan kebimbangan terhadap cuaca ekstrem dalam tempoh terdekat.
Fenomena ini bukan sekadar ‘hujan lebat biasa’ ia melibatkan angin kencang, laut bergelora dan potensi bencana yang boleh memberi kesan ketara kepada komuniti, termasuk golongan remaja yang berulang-alik ke sekolah, kolej, tempat kerja, atau terlibat dalam aktiviti luar.
Lokasi Ribut Tropika Dikesan
Menurut MET Malaysia, sistem ribut tropika tersebut kini berada pada:
Latitud 3.6° Utara
Longitud 99.9° Timur
Ia dijangka bergerak ke arah Timur Tenggara dengan kelajuan 24 km/j. Kedengaran jauh, tapi laluan angin dan hujan yang dibawa ribut tropika boleh memberi impak terus ke Semenanjung dalam masa terdekat.
Impak Cuaca: Angin Kencang, Hujan Lebat & Laut Bergelora
MET Malaysia memberi amaran bahawa sistem ribut tropika ini berpotensi menyebabkan:
Angin kencang sehingga 56 km/j
Hujan sangat lebat dan berterusan
Keadaan laut bergelora & ombak besar
Cuaca tidak menentu di banyak kawasan Semenanjung
Kesan cuaca ini sangat membimbangkan untuk:
Penduduk kawasan pantai
Nelayan & pengguna bot kecil
Mereka yang tinggal di kawasan rendah atau hotspot banjir
Pelajar & pekerja yang menggunakan laluan jalan berisiko banjir
Foto: Malaysia Dateline
Risiko Bencana: Bukan Main-Main
Amaran MET Malaysia menekankan beberapa risiko serius seperti:
Banjir kilat
Tanah runtuh
Gangguan pergerakan harian, termasuk penutupan jalan
Potensi kemalangan akibat angin kencang & pokok tumbang
Dalam keadaan cuaca begini, 10 minit hujan lebat pun boleh ubah jalan jadi ‘sungai mini’. Inilah sebabnya amaran ribut tropika MET Malaysia perlu diberi perhatian serius oleh remaja dan keluarga.
Negeri Dengan Amaran Ribut Petir (Tambahan MET Malaysia)
Beberapa negeri turut menerima amaran ribut petir awal pagi ini, antaranya:
Perak: Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak Selangor: Termasuk WP Kuala Lumpur & Putrajaya Sabah: Pedalaman, Kuala Penyu, Beaufort, Pantai Barat, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tawau, Kunak, Semporna WP Labuan
Jika korang berada di mana-mana kawasan ini, sila cuti dulu aktiviti luar, terutama yang dekat sungai, pantai atau kawasan berbukit.
Apa Yang Korang Patut Buat Sekarang?
Tip survival remaja bila cuaca ekstrem melanda:
Pantau aplikasi myCuaca & laman web MET Malaysia (bukan TikTok semata-mata!)
Elakkan aktiviti hiking, camping & pantai buat sementara
Simpan power bank, lampu suluh & dokumen penting di tempat mudah capai
Kalau belajar balik malam — elakkan melalui kawasan gelap atau rendah
Kalau banjir mula naik, jangan meredah walaupun “nampak cetek”
Ingat: air banjir cetek + arus kuat = sangat berbahaya.
Dapatkan Info Dari Sumber Sahih
Untuk maklumat tepat & terkini, rujuk:
myCuaca (aplikasi rasmi MET Malaysia)
Laman web MET Malaysia
Media sosial rasmi MET Malaysia
Hotline: 1-300-22-1638
Ini penting supaya korang boleh buat keputusan cepat kalau keadaan cuaca tiba-tiba berubah. Dalam situasi seperti amaran ribut tropika MET Malaysia, masa adalah faktor penting untuk keselamatan.
Kesimpulan
Ribut tropika yang sedang menghampiri + amaran ribut petir di beberapa negeri = cuaca negara kini dalam fasa sangat tidak stabil. Remaja Malaysia, please stay alert. Jaga diri, jaga kawan-kawan, dan jangan ambil mudah amaran cuaca. Cuaca ekstrem bukan lagi perkara luar biasa dan persediaan awal boleh menyelamatkan nyawa.
Sedikit kesedaran, sedikit persediaan, dan tindakan tepat pada masa yang betul mampu mengurangkan risiko bencana ketika amaran ribut tropika MET Malaysia dikeluarkan. Kekal peka dan sentiasa utamakan keselamatan.
Penyanyi meningkat naik, Aufahanie meminta orang ramai tidak menyebarkan mana-mana gambar arwah abangnya, Allahyarham Nidza Afham di tempat kejadian, di media sosial.
Menerusi coretan di Instastory, penyanyi lagu Geming Jiwa itu menitipkan harapan agar warganet hormat perasaannya dan keluarga yang baru sahaja kehilangan seorang ahli keluarga tercinta mereka.
“Tolong jangan share gambar arwah abang saya yang ditemui ke sosial media anda.
“Sila take down, hormati perasaan kami sekeluarga. Terima kasih,” minta Aufahanie.
Malam tadi, pihak polis Selangor mengesahkan mayat seorang lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang ialah penyanyi meningkat naik, Nidza Afham sekitar jam 7 malam.
Terdahulu, adik Allahyarham iaitu penyanyi Aufahanie memaklumkan abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar melakukan aktiviti jogging di Stadium Klang.
hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Aufahanie
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.