Selepas kejayaan drama Mine mencatatkan catatan rating sebanyak 10.5% pada episode akhir minggu lalu, kami pasti sudah ramai yang tidak sabar untuk menunggu kemunculan drama-drama Korea terbaru yang bakal ditayangkan pada bulan ini.
Seperti biasa, berikut kami senaraikan antara k-drama yang akan disiarkan sepanjang Julai ini.
1. Police University
Pelakon: Cha Tae Hyun, Jung Jin Young, Krystal Jung
Police University bakal menggantikan siri ‘At a Distance, Spring is Green’ yang bakal berakhir pada pertengahan bulan Julai. Drama ini menceritakan tentang Yoo Dong-Man merupakan bekas detektif yang telah bertugas selama 20 tahun dalam pelbagai jabatan siasatan jenayah, termasuk jenayah ganas dan jenayah siber.
Kang Sun Ho merupakan bekas penggodam yang menggunakan kebijakannya untuk menyelesaikan segala-galanya. Yoo Dong-Man kini bertugas sebagai professor di Universiti Polis dan Kang Sun Ho, yang dulunya penjenayah siber kini menjadi pelajar tahun pertama Universiti Polis.
2. The Devil Judge
Pelakon: Ji Sung, Kim Min Jung, Jinyoung GOT7, Park Gyu Young
Ads
Mengisahkan seorang hakim yang mengubah pengadilan menjadi sebuah ‘reality show’ dan menghukum orang jahat tanpa belas kasihan. Persidangan diadakan melalui siaran langsung dan ditayangkan di stesen televisyen nasional Korea.
Kang Yo Han merupakan seorang hakim yang mendapat jolokan ‘The Devil Judge’. Dia menghukum individu-individu korupsi dan gila kuasa. Namun, disebaliknya aura misterinya, dia menyembunyikan identiti dan impian sebenarnya.
3. You Are My Spring
Pelakon: Seo Hyun Jin, Kim Dong Wook, Yoon Park, Nam Gyu Ri
Ads
Kang Da Jung merupakan seorang pengurus hotel 5 bintang yang berpindah ke Gugu dan terlibat dalam kes pembunuhan dengan jirannya, Joo Young Do yang merupakan seorang psikiatri. Kedua-dua mereka mempunyai trauma sejak kecil lagi. Mereka bertemu ketika terjerat dalam kes pembunuhan yang membinggungkan.
4. The Witch’s Dinner
Pelakon: Song Ji Hyo, Nam Ji Hyun, Chae Jong Hyeop
Mengisahkan Jung Jin, seorang wanita berumur 28 tahun yang dipecat daripada pekerjaannya dan ditinggalkan oleh kekasihnya. Dia kemudian membuka restoran bersama ibunya di kampung dan satu hari, Zo Hee Ra (penyihir) ingin meminjam restoran Jung Hin yang bankrap untuk membuka restorannya sendiri. Dia membuat makanan yang dapat mengabulkan keinginan pelanggannya. Jung Jin dan Zo Hee Ra lantas bekerja sama membuat restoran itu menjadi popular.
Ads
5. Kingdom: Ashin Of The North
Pelakon: Jun Ji Hyun, Park Byung Eun
Kingdom : Ashin of The North adalah cerita tambahan, mengungkap identiti sebenar Ashin (Jun Ji Hyun), dan latar belakang tentang tumbuhan “Saengsacho” (ramuan mayat hidup/zombie).
Macam mana dengan line up k-drama bulan ini, menarik ke tidak? Hiks!
Muaythai mungkin tak sepopular sukan bola sepak yang mempunyai billion pengikutnya.
Sebut saja Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney dan ramai lagi bintang-bintang sukan ini mampu bergelar jutawan dengan kekayaan sangat menakjubkan.
Berbeza dengan bola sepak yang mementingkan skill dan kerjasama berpasukan, sukan Muaythai hanyalah untuk orang yang berani dan mempunyai jiwa terlalu kental.
Berasal dari Thailand, Muaythai ini antara sukan yang menjadi pilihan anak-anak muda seawal usia mereka 10 tahun.
Tengoklah padu habis tendangan Ali terhadap lawannya
Tidak kira apa pun sukan diceburi , risiko semasa berlawan ialah muka retak, patah hidung selain kecederaan rusuk. Tapi kesakitan ini tak pernah patahkan semangat anak-kerana minat mendalam.
Di Malaysia, nama Muhamad Ali Yaakub, 28 antara paling disegani kerana berada dalam ranking 10 terbaik dunia di dalam ranking World Muaythai Council. Ali juga merupakan pemenang pingat Emas dalam Sukan SEA yang lalu.
Rusuk lawan pernah patah akibat tendangan padu ini
Baru-baru ini admin berkesempatan menyaksikan perlawanan Muaythai secara langsung di Kejohanan Asia Fighthing Championship (AFC) yang berlangsung di Marina Bay Sands Expo, Singapura.
AFC ini adalah satu liga yang mengumpulkan juara-juara muaythai dari seluruh dunia bagi merebut gelaran dinobatkan sebagai Juara Muaythai Dunia.
Malaysia telah diwakili oleh Muhamad Ali Yaakub, 28, Amirul Ariffin, 28 dan Saifullah Ismail yang berusia 18 tahun.
Negara lain yang bertanding termasuklah Singapura, Korea, Macau, Uzbekistan dan banyak lagi. Konsep perlawanan kalah mati ini bakal berlangsung di empat buah negara bermula di Singapura, Malaysia (Februari 2008), Macau dan gelanggang final kembali semula ke Singapura.
Malaysia Boleh ternyata dibuktikan bila ketiga-tiga peserta negara mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama ini.
Sebagai remaja banyak kisah-kisah kejayaan orang lain yang boleh kita jadikan inspirasi. Paling penting, kita kena tahu matlamat dan tujuan hidup. Barulah boleh menjadi orang yang berjaya, baik di dunia mahupun di akhirat.
Jom kenali bintang sukan Muaythai yang ohsem ini!
Muhamad Ali Yaakub, 28 tahun
Berada dalam ranking 10 terbaik dunia di dalam ranking World Muaythai Council.
Mula menceburi sukan muaythai pada usia seawal 10 tahun. Mungkin budak lain hanya tahu main games pada usia ini tapi Ali sudah mula berlatih tanpa jemu.
Sehari latihannya lebih kurang enam jam. Bermula selepas subuh, dia akan membuat membuat latihan secara agresif . Berhenti pun sebab makan tengahari dan petang sambung semula latihan.
Ali berada dalam senarai atlet muaythai 10 terbaik dunia
Kata Ali, dalam beratus perlawanan disertainya, dia paling ingat satu kejadian semasa menyertai satu pertandingan di Australia. Semasa berlawan dia berjaya menghentak muka lawannya menggunakan siku.
Perlawanan tetap diteruskan dengan kemenangan berpihak kepadanya. Tapi selepas empat hari, Ali dapat berita, lawannya itu terlantar di hospital. Sebabnya muka lawannya itu dari kebiruan bertukar kehitaman.
Bila melakukan pemeriksaan hospital, doktor mengesahkan tengkorak mukanya pecah dua. Nasib baik jugalah lawannya ini cepat dapatkan rawatan, kalau tidak mungkin sudah mati.
Sehingga sekarang, lawannya itu bersara terus dari sukan Muaythai dan bestnya menjadi kawan baik kepada Ali. Hebat tak?
Tapi jangan cakap Ali tak pernah cedera pun. Ali sendiri pernah patah hidung, keningnya pecah selain rusuk cedera. Tapi sedikit pun Ali tak pernah patah semangat kerana dia memang minat dengan sukan Muaythai ini.
Kalau korang nak tahu, Ali ini pernah raih banyak kemenangan. Antaranya memenangi pingat emas Sukan Arapura di Darwin, Australia. Juara King Card undercup sebanyak dua kali di Thailand. Paling hebat, Ali pernah menewaskan juara Muaythai Thailand dalam kejohanan Juara Thai VS Challanger di Bangkok. Hebatkan!
Badan Ali ini kecil saja, 57 kg tapi tendangannya cukup padu. Biasa perlawanan dengan lawan mengikut kategori berat badan. Dan kalau terlebih, kalau menang pun boleh dibatalkan kemenangan. Sebab itulah Ali sentiasa menjaga berat badannya untuk maintain dengan kategori 57 kg.
Ali turut memberikan nasihatnya buat remaja yang ingin menceburi sukan Muaythai ini. Katanya keberanian adalah aspek pertama kalau benar-benar ingin mencuba sukan ini. Kekuatan mental juga perlu ada. Jangan pernah jemu dengan latihan dan akhir sekali sentiasalah berusaha gigih.
Mohd Amirul Ariffin, 28 tahun
Rekod perlawanannya dengan lawan, 20 kali kemenangan. Wow!
Seorang atlet sukan yang bekerja dengan Pasukan Polis Di Raja Malaysia.
Bergegar kepala kalau kena tendangan padu camnikan…
Pernah meraih juara semasa menyertai pertandingan King Rama 9 Memorial Muaythai Tournament, menang pingat gangsa di National Mauythai Championship serta lain-lain kejohanan.
Sama seperti Ali, kerja keras, latihan tanpa jemu antara yang dilakukan oleh Mohd Amirul. Dia juga pernah cedera termasuk keningnya pecah. Dengan berat 65kg dan ketinggian 165 cm, Amirul memang hebat ketika menumbangkan lawannya. Dia akui rasa takut tak pernah wujud kerana sukan ini memang memerlukan keberanian.
Saifullah Ismail, 18 tahun
Atlet muda ini berasal dari Kedah. Memandangkan negeri kelahirannya bersempadan dengan Thailand, Saifullah sudah terdedah dengan sukan ini pada usianya 9 tahun. Dia banyak belajar teknik-teknik menumpaskan lawan dari jurulatih yang membimbingnya.
Rekod kemenangan dalam kejohanan disertai ialah dengan 20 kali kemenangan (IFMA/Pro). Dalam Sukan SEA lalu, Saifullah meraih pingat gangsa.
Saifullah masih muda dan semangatnya cukup tinggi
Banyak juga pingat-pingat diraih oleh Saifullah termasuklah memenangi pingat emas semasa menyertai National Muaythai Championships.
Warna sama diraih semasa menyertai Medalist Interschool and Youth National Muaythai Champions 2016 selain menang pingat gangsa di IFMA World Championships Sweden.
Walaupun tahu dia berkemampuan berlawan tetapi Saifullah hanya menggunakan kekuatannya itu dalam gelanggang sahaja. Tak pernah sekalipun dia bergaduh di luar!
Sebagai remaja, masanya memang banyak dihabiskan dengan berlatih kerana kebiasaannya, mereka hanya akan berhenti berlatih sehari sebelum perlawanan bagi mengelakkan kecederaan.
Kalau ada remaja di luar sana yang minat dengan sukan ini, bolehlah mula berlatih. Sebabnya sukan ini hanya sehingga usia 30 tahun sahaja. Kalau usia lebih dari ini, sebarang kecederaan yang dialami semasa berlawan susah untuk sembuh dengan cepat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sempena ulang tahunnya ke-20 tahun, macam-macam jenis persembahan best yang disediakan oleh Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP)
Contohnya seperti kelmarin semasa cuti Hari Malaysia, DFP dan Malaysia Philharmonic Orchestra telah mempersembahkan acara ‘Semalam Di Malaya’. Macam-macam lagu nostalgia Melayu yang penulis sempat dengari dan tonton, seperti Jelingan Manja, Ibu, Hujan Di Tengahari dan banyak lagi.
Memang tak menyesal lah pergi, lagi-lagi bila ada kelibat penyanyi seperti Liza Hanim dan Aisyah.
Kalau korang tak sempat tengok kelmarin, jangan risau.
Banyak lagi persembahan special yang akan datang pada November depan, dan kebanyakannya melibatkan ahli muzik serta penyanyi ‘helok’! Yelah, bila pakejkan bakat dan rupa, barulah syok sikit nak datang hehe..
But in all honesty, mereka sememangnya berbakat dan berpengalaman dalam persembahan pentas. Tak rugi kalau korang luangkan masa untuk ke DFP November ini. Jom tengok siapa yang ada.
Ray Chen
Pemain violin berbakat, Ray Chen dan MPO akan memainkan Symphonie Espagnole. Muzik-muzik ciptaan dari negara Eropah seperti Perancis dan Bohemia akan membuatkan korang kagum dengan bakat Ray.
Bila: 3 November (8.30 malam) & 4 November (3.00 petang)
Leonard Jacome
Sekali lagi, pemain harp kelahiran Venezuela ini kembali semula ke DFP untuk persembahan Viva Venezuela yang akan diketuai oleh konduktor, Sasha Makila. Kali terakhir Leonard ke Malaysia adalah pada tahun 2016 dan penulis masih tergiang lagi petikan tali harp akustik dan elektriknya.
Bila: 10 November (8.30 malam) & 11 November (3.00 petang)
Michael Cavanaugh
Mesti ramai yang meminati muzik piano daripada Billy Joel, kan? Kali ini, anak didiknya pula yang akan mengimbas kembali muzik ciptaan Billy Joel. Digelar sebagai suara American Rock & Roll baru, mesti korang akan tercengang menonton Michael di belakang piano sambil menyanyi.
Bila: 17 November (8.30 malam) & 18 November (3.00 petang)
Mathias Rexroth & Roberto Abbado
Lebih berpengalaman, lebih hot kan? Hehe..
Roberto Abbado merupakan antara maestro veteran yang akan berkolaborasi dengan DFP. Melalui persembahan berjudul ‘Choral Spectacular : Carmina Burana’ ini. Roberto akan mengetuai orkestra untuk memainkan masterpiece daripada Orff dan Hadyn. Ia juga akan melibatkan baritone, Wang Yunpeng dan tenor, Mathias Rexroth.
Bila: 24 November (8.30 malam) & 25 November (3.00 petang)
Tomok & Black
Bulan November akan diakhiri dengan persembahan istimewa daripada penyanyi berbakat, Tomok dan Black. Bukan senang untuk penyanyi tempatan diberikan peluang untuk membuat persembahan di DFP.
Walaupun dinamakan ‘Tomok vs Black – In The Spotlight’, namun penulis percaya masing-masing ada keistimewaan vokal sendiri. Tak sabarnya!
Bila: 28 November (8.30 malam)
So mana satu yang paling korang nak tengok? Yang penting enjoy okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas memenangi Anugerah Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39), penyanyi versatil, Aina Abdul mencatatkan sejarah dalam industri muzik tanah air apabila menjadi penyanyi pertama yang berjaya memiliki kesemua trofi di acara berprestij tersebut.
Meluahkan rasa syukur atas pencapaian yang diraih, pelantun lagu popular Jadi Ajar Aku itu memaklumkan dia tidak akan pernah berasa puas untuk terus berkarya, namun menganggap pencapaian tersebut sudah cukup buat dirinya buat masa ini.
“Kerana itu saya sangat bersyukur. Kadang-kadang saya tertanya, apa lagi yang dimahukan di pentas AJL dan apa lagi boleh diberikan.
“Tidak akan pernah rasa puas apa kemahuan diri mahukan. Saya kira Allah beri saya Anugerah Persembahan Terbaik ini sekali gus mungkin sudah cukup,” katanya pada sidang media malam kemuncak AJL39 yang berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad.
Pencapaian yang lain, Aina telah berjaya meraih semua trofi di AJL termasuk Juara, Naib Juara, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik, dan Persembahan Terbaik.
Imbas kembali, Aina bergelar Juara pada AJL37 menerusi lagu Terus Hidup dan Naib Juara pada AJL35 dengan lagu Semalam.
Aina juga pernah meraih Tempat Ketiga pada AJL38 dengan lagu Jangan Mati Rasa Itu.
Dalam kategori Vokal Terbaik, Aina berjaya memegang ‘hectric’ sebanyak tiga kali berturut-turut, iaitu pada AJL36 (Sepi), AJL37 (Terus Hidup), dan AJL38 (Jangan Mati Rasa Itu).
Terbaharu, pada edisi AJL39, Aina merangkul Anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu Puas Sudah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!