5 Jenama Mekap Dengan Lips Product Baru – Kami Beritahu Mana Satu Yang Berbaloi

Share

 

Kalau korang perlukan lips product baru pada setiap bulan, sep sikit. Kita geng!

 

Kebetulan pula pada bulan ini, banyak jenama kosmetik yang menawarkan produk baru untuk bibir. Warna fresh, tekstur yang best – kami namakan 5 jenama produk yang berbaloi untuk korang beli.

 

Flux Matte Lip Crémes

Irisa Cosmetics

Haa, ni memang fresh off the oven. Irisa Cosmetics baru saja dilancarkan pada hari Sabtu lepas di Publika, Kuala Lumpur oleh adik-beradik remaja (like, legit), Iman dan Irisa. Apa yang kami suka mengenai lip crémes ini adalah 1)

warnanya.

Memang warna seperti Solo, Stigma, Valerie, Moonlight dan Dead Roses ni senang nak dipadankan dengan apa-apa pakaian.

2) Ia boleh bertahan lama pada bibir. We have tested this fresh and vegan lip product, memang melekat habis.

 

 

Siri Balik Kampung

NITA Cosmetics

Kami obses dengan koleksi Warung ni. Bukan je kerana nama-namanya sangat comel, tetapi kerana warna nude yang ditawarkan cukup cantik pada kulit orang Asia like ours.Siri Balik Kampung mempunyai 2 set iaitu Tapau (nude keperangan) dan Bungkus (nude kemerahan). Jadi, mereka kini mempunyai warna untuk semua jenis tona kulit.

 

Vice Lipsticks

Urban Decay

Memang ada pelbagai jenis barangan kosmetik untuk koleksi The Naked Cherry yang diperkenalkan oleh Urban Decay, 2 minggu lalu. We fell in love for pretty much everything served on the table

, tetapi disebabkan ini adalah posting untuk lipstik, kami akan fokus kepada Vice Lipsticks.

Antara Juicy (peach), Devilish (berry pink) dan Cherry (deep berry), kami cadangkan korang untuk mendapatkan Cherry. Well, it all depends on your choice. Tetapi disebabkan ia berharga RM80 satu – whoa – ambil warna paling berbaloi okay.

 

 

Powder Kiss

MAC Cosmetics

Kissable ke tak?

Lipstik matte ini memang ‘ringan’ dan mudah nak ‘masuk’ dengan kebanyakan warna kulit. Rasa macam lip balm pun ada, kerana ia mempunyai tekstur berhidrasi.

Dan apabila korang mengoles pada bibir, warnanya mempunyai efek lembut pada kulit. So it is very good for blending or dabbing.

Walaupun agak mahal (RM77 – as expected from

MAC) tetapi ada warna tertentu yang berbaloi untuk dibeli, terutamanya bagi korang yang selalu nak cepat bersiap pada waktu pagi.

 

Liquid Lip Lacquer Matte

Mark by Avon

Avon ada jenama baru di bawahnya!

Mark ialah jenama yang mempunyai berbagai produk baru dengan packaging menarik seperti foundation, maskara dan lip lacquer seperti ini.

Warna yang ditawarkan kali ini memang pelbagai dan menonjol. Masih ada pilihan warna nude bagi yang sukakannya (seperti kami) walaupun limited.

 

 

IKLAN