Pemergian pelawak dan pelakon Allahyarham Cikman atau nama sebenarnya Kamarool Haji Yusoff disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat dunia seni tanah air. Ramai rakan artis, peminat serta ahli keluarga masih merasai kehilangan insan yang dikenali dengan sikap mesra, lucu dan sentiasa menghiburkan orang sekeliling.
Pelawak dan pelakon Amir Raja Lawak turut berkongsi kenangan bersama Allahyarham Cikman ketika ditemui TV Kelantan di kediaman arwah pada pagi tadi. Walaupun mengakui mereka tidak terlalu kerap bertemu, Amir berkata setiap pertemuan bersama arwah sentiasa meninggalkan memori yang sukar dilupakan.
Amir Raja Lawak Kongsi Kenangan Bersama Arwah Cikman
Menurut Amir, setiap kali mereka berpeluang bekerjasama dalam sesi penggambaran, beliau akan mengambil kesempatan untuk bertanya khabar dan berbual bersama Allahyarham.
“Saya pun tak adalah selalu jumpa dia. Tapi bila saya ikut dia shooting, ada juga bertanya khabar. Kali terakhir saya jumpa dia beberapa bulan lepas.
Hubungan saya dengan dia susah juga nak digambarkan sebab bila Cikman berjumpa orang, dia akan tinggalkan satu kenangan. Patutlah bila tengok komen-komen di media sosial, ramai yang terkesan dengan sifat dia,” katanya.
Menurut Amir, kenangan bersama Allahyarham bukan sahaja hadir ketika bekerja, malah melalui perbualan ringkas yang memperlihatkan keperibadian sebenar arwah. Sifat mudah mesra yang dimiliki Allahyarham menyebabkan ramai individu berasa selesa setiap kali berada di sampingnya.
Kebaikan Arwah Cikman Sentiasa Menjadi Sebutan
Amir berkata, perkara yang paling diingati ramai bukan hanya bakat lakonan dan lawak Allahyarham Cikman, malah keperibadiannya yang baik serta sentiasa membawa kegembiraan kepada orang lain.
Ads
“Orang akan bercakap tentang sifat dia, kebaikan dia. Baguslah dia ada sifat macam tu. Bila dia lepak dengan kawan-kawan pun, dia akan buat sesuatu yang lucu. Dia juga suka bagi nasihat. Dia orang seni, orang puisi,” katanya lagi.
Perkongsian Amir itu turut menggambarkan bagaimana Allahyarham dikenali sebagai seorang yang gemar menceriakan suasana dan tidak lokek berkongsi pengalaman hidup serta kata-kata semangat kepada rakan-rakan dalam industri seni.
Di media sosial, pelbagai ucapan takziah dan kenangan turut dikongsikan oleh rakan artis serta peminat. Ramai menyifatkan Allahyarham sebagai seorang insan yang sentiasa merendah diri, mudah didekati dan meninggalkan kesan positif kepada sesiapa sahaja yang pernah mengenalinya.
Ads
Allahyarham Cikman Selamat Dikebumikan
Terdahulu, Allahyarham Cikman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gual Petai 5, Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan kira-kira jam 11.20 pagi tadi.
Difahamkan, kira-kira 200 orang hadir memberikan penghormatan terakhir termasuk ahli keluarga, peminat serta rakan-rakan artis yang datang bagi mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, dua orang anak serta seorang cucu yang kini menjadi warisan paling berharga buat keluarga.
Ads
Pemergian Yang Meninggalkan Kesan Mendalam
Pemergian Allahyarham Cikman nyata meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada ahli keluarga, malah rakan-rakan seperjuangan dalam industri hiburan. Mereka mengenali Allahyarham sebagai seorang insan yang sentiasa menceriakan suasana, gemar berkongsi nasihat dan meninggalkan kenangan indah kepada setiap individu yang ditemuinya.
Ucapan Amir Raja Lawak turut menggambarkan betapa besarnya kehilangan ini apabila ramai masih mengingati jasa, kebaikan serta keperibadian Allahyarham Cikman yang sentiasa disenangi. Kenangan yang ditinggalkan arwah dijangka akan terus hidup dalam ingatan keluarga, sahabat dan para peminat yang pernah mengikuti perjalanan kerjayanya dalam dunia seni.
Sumber : Facebook TVK
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Paras rupa ibu yang jelita biasanya memang akan turun kepada wajah anak perempuan mereka.
Berikut antara gambar selebriti Hollywood bersama anak perempuan mereka yang korang boleh lihat dengan jelas sekali kecantikan yang diwarisi daripada siapa.
Nampak macam adik beradik pun ada. Betul tak?
1. Miley Cyrus & Tish Cyrus
2. Suri Cruise & Katie Holmes
3. Kendall Jenner & Kris Jenner
4. Leni Klum & Heidi Klum
5. Sailor Brinkley & Christie Brinkley
6. Violet Affleck & Jennifer Garner
7. Rumer Willis & Demi Moore
8. Kaia Gerber & Cindy Crawford
9. Valentina Pinault & Salma Hayek
10. Lourdess Leon & Madonna
Amacam gaiss, cun kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi, Woojin LNGSHOT baru-baru ini mencuri perhatian apabila mengumumkan bahawa beliau telah menjalani pembedahan pada bahu kanan susulan kecederaan lama yang semakin serius ketika menjalani aktiviti promosi bersama kumpulannya.
Menerusi sebuah perkongsian di Weverse, Woojin atau nama sebenarnya Jung Woojin (18), menjelaskan bahawa keputusan untuk menjalani pembedahan dibuat selepas pemeriksaan di hospital mendapati ligamen bahu kanannya mengalami koyakan selain terdapat kerosakan pada bahagian sendi akibat dislokasi yang berulang sejak sekian lama.
Dalam kenyataannya, Woojin turut berkongsi bahawa kecederaan tersebut pada awalnya masih membolehkannya menjalani rutin harian. Namun, keadaan itu bertambah buruk sehingga menyebabkan rasa tidak selesa setiap kali melakukan pergerakan tertentu, sekaligus mendorongnya mendapatkan rawatan lanjut.
“Hai, ini Woojin. Sudah lama bahu kanan saya kerap mengalami dislokasi”
“Namun kebelakangan ini, saya semakin berasa tidak selesa ketika melakukan aktiviti harian, jadi saya membuat keputusan untuk menjalani pemeriksaan di hospital,” katanya.
Menurut pelantun lagu ‘Never Let Go’ dan ‘Moonwalkin’, hasil pemeriksaan mendapati ligamennya mengalami koyakan dan sendi bahunya turut terjejas, menyebabkan beliau memilih untuk menjalani pembedahan bagi mengelakkan kecederaan tersebut menjadi lebih serius.
“Selepas pemeriksaan, doktor memaklumkan bahawa sendi dan ligamen saya mengalami kecederaan serius akibat ligamen yang koyak. Disebabkan itu, saya terus membuat keputusan untuk menjalani pembedahan,” jelasnya.
Walaupun perlu menjalani tempoh pemulihan, Woojin memaklumkan bahawa beliau masih mampu melakukan aktiviti harian seperti biasa. Bagaimanapun, beliau dinasihatkan untuk mengurangkan pergerakan dan memberi fokus sepenuhnya terhadap proses pemulihan sebelum kembali aktif seperti sediakala.
Sementara itu, penyanyi itu turut meminta peminat agar tidak terlalu bimbang serta menzahirkan penghargaan dan kasih sayangnya atas sokongan yang diberikan.
Sebelum pengumuman itu dibuat, para peminat khususnya SHOTTIES dilaporkan sudah mula menyedari perubahan pada persembahan Woojin apabila beliau kelihatan kurang selesa ketika berada di atas pentas.
Berikutan berita pembedahan tersebut, ramai peminat membanjiri media sosial dengan ucapan semangat dan doa agar penyanyi itu diberikan kesembuhan serta dapat kembali menyertai aktiviti LNGSHOT dalam keadaan yang lebih sihat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketika seluruh rakyat Malaysia kini ‘bergelut’ untuk menahan diri daripada lapar, dahaga dan ahem keluar dari rumah, ada di antara kita yang lebih kreatif untuk kekal aktif di rumah.
Demi menghilangkan bosan terperap di rumah sepanjang bulan puasa dan musim PKP ini, tiga remaja lelaki ini tidak mengikut trend terkini remaja lain yang gian memuat naik video TikTok dan berkongsi resepi.
Sebaliknya, mereka menggunakan ruang tamu di apartmen mereka untuk dijadikan gelanggang futsal!
Video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @ABGKYO ini menyaksikan mereka bertiga cuba mencipta beat lagu dan menyanyi sambil bermain futsal dengan bola yang diperbuat daripada kertas dan tape!
Dalam diam, rupanya mereka telah berkolaborasi Bersama MILO untuk membuktikan bahawa kita masih boleh bergiat aktif semasa di rumah. Jangan sampai pecah pasu bunga mak sudah.
Korang juga boleh menunjukkan kreativiti korang bersukan dari rumah untuk menyahut kempen Zon Aktif MILO yang baru dilancarkan.
Ini merupakan di antara idea bersukan yang korang boleh lakukan.
“I am staying home and spending my quality time with my family. I am not only staying home for me, my family but to the whole community of SG. While at home, I still can enjoy my golf sport. I wear my complete attire and feel as if I’m playing outside. I #stayhomeforSG!” pic.twitter.com/ndCn1m2Ejo
Selepas sekian lama menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat, Astro Shaw akhirnya mendedahkan barisan pelakon yang bakal membintangi naskhah terbaharu mereka, Kudrat 1968.
Pengumuman tersebut...