Penyanyi dan selebriti tempatan, Amira Othman pastinya menjadi wanita paling bahagia pada saat ini setelah Fattah Amin hari ini mengesahkan bahawa dirinya akan menikahi Amira pada 14 September, Ahad ini.
Amira, 31 bersama-sama Fattah mengambil kesempatan sidang media pelancaran lagu terbaru Amira berjudul ‘Rasa Dan Takdir’ untuk membuatkan pengumuman mengejutkan itu.
Sebelum tiba tarikh keramat 14 September ini, jom kita lihat lima fakta menaik mengenai Amira Othman, suri hati istimewa buat Fattah Amin.
01
Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman merupakan bekas peserta program realiti nyanyian, Akademi Fantasia musim ke-10 pada tahun 2013 di mana dia menamatkan saingan di kedudukan ketiga di belakang Faizul Sany (juara) dan Azhael aka duo Azhar Osman dan Hael Husaini (naib juara). Turut bertanding pada musim tersebut ialah Indah Ruhaila, Nabila Razali dan Aishah Aziz.
02
Selepas menaikkan saingan dalam Akademi Fantasia, Amira terus aktif dalam bidang nyanyian. Pada masa yang sama, adiknya Irfan Harris juga menyertai dunia seni sebagai penyanyi serta pernah menyertai program realiti di bawah Astro, Big Stage.
Ads
Walaupun masing-masing bergelar penyanyi, itu tidak bermakna pasangan adik-beradik ini sesekali melupakan kepentingan pendidikan. Amira melanjutkan pengajian diploma jurusan muzik (major vokal klasik) di Universiti Teknologi MARA Shah Alam manakala Irfan menamatkan pengajian dalam pengajian diploma Seni Hiburan daripada UOW Malaysia KDU University College.
03
Selain menyanyi, Amira juga mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan. Drama bersiri pertama yang menampilkannya adalah drama adaptasi novel Abang Bomba I Love You di samping Hisyam Hamid. Amira turut muncul dalam sebuah lagi drama bersiri popular, Red Velvet yang menampilkan Alif Satar dan Neelofa.
04
Bercakap mengenai dunia percintaan pula, jarang sekali kita mendengar gosip bercinta melibatkan Amira Othman. Siapa sangka, Amira juga pernah bercinta beberapa tahun lepas namun hubungan tersebut terputus di tengah jalan.
Ads
Selama beberapa tahun bertaut cinta dan sudah menghampiri jenjang pelamin, Amira redha dengan takdir Allah SWT. Di pihak Amira pula, dirinya enggan berkongsi lebih mengenai perhubungan tersebut demi menghormati bekas kekasihnya itu dan demi menjaga ketenangan dirinya sendiri daripada diasak persoalan siapakah gerangan si jejaka berkenaan.
Penampilan Amira yang sejak awal kemunculannya sentiasa sopan dan bersederhana membuatkan ramai peminat merasakan Amira tidak mempunyai isu dalam mempraktikkan ajaran agama Islam mengikut kadarnya. Namun dalam satu sesi temubual bersama Nana dan Faizal Ismail di radio Zayan, Amira bertukar sebak kerana mengakui tidaklah sesempuna yang disangka.
Amira mengakui dirinya juga seorang pendosa namun dia berpegang teguh kepada satu perkara iaitu solat. Dalam nada sebak, Amira berkata dirinya yakin solat adalah tiang agama yang wajib cuba dijaga oleh mana-mana insan tidak kiralah sejahat mana mereka sekalipun.
Ads
Apabila dapat berkumpul dengan rakan-rakan lain juga, Amira akan berpesan untuk menjaga solat masing-masing walaupun kadangkala hati menjadi liat.
Alahai, sejuk je hati bila mendalami keperibadian Amira Othman, kan!
REMAJA mendoakan segala perancangan mereka bagi menjayakan Majlis Ijab Kabul Setulus Takdir Fattah Amin dan Amira Othman pada 14 September ini berjalan lancar.
Korang boleh menontonnya secara percuma di aplikasi Unifi TV 2.0, saluran Inspirasi mulai jam 8 malam.
“Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemelut rumah tangga pelakon, Puteri Sarah Liyana dan pengarah, Syamsul Yusof dilihat semakin menghampiri ke penghujungnya susulan kehadiran Puteri Sarah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi ini bagi memfailkan tuntutan cerai.
Sewaktu ditemui di perkarangan mahkamah oleh rakan pemberita, Puteri Sarah yang ditemani pasukan peguam Syarie dan adik-beradiknya berkata, dia lega semuanya akan terjawab dan selesai tidak lama lagi.
Sembilan tahun katanya bukan satu tempoh sekejap untuknya mendirikan rumah tangga dengan Syamsul. Tambahan pula, tarikh pembicaraan pada 7 Mac itu signifikan buat mereka berdua memandangkan 8 Mac merupakan tarikh ulang tahun kesembilan Puteri Sarah bergelar isteri kepada Syamsul.
“Poligami Itu Indah Kalau..”
Menjawab pertuduhan sesetengah warganet yang menganggap Puteri Sarah sebagai seorang wanita yang menolak poligami dan seorang isteri yang derhaka kerana meminta cerai daripada suaminya, ini respon beliau.
Puteri Sarah
“Sebenarnya, poligami itu indah kalau seorang suami itu berlaku adil dan meminta izin. Tapi sebab Sarah ditipu dan benda pun dah terjadi, jadi ini adalah jalan terbaik untuk Sarah. Alhamdulillah Sarah telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri secara baik. I did my best.
“Sarah sudah bincang dengan keluarga dan sudah bertemu Ustaz serta Ustazah juga untuk menyelesaikan masalah. Tapi sama juga,” kata Puteri Sarah.
Kongsinya lagi, doa beliau semasa mengerjakan ibadah Umrah tempoh hari telahpun terjawab apabila konflik yang mengancam rumah tangganya terdedah juga.
Selain itu, Puteri Sarah juga mengakui nombor telefonnya sudah tidak lagi dihalang (unblocked) oleh Syamsul dan ia sedikit sebanyak memudahkan mereka menyusun masa perjumpaan untuk berbincang.
Namun tegasnya, sebarang perbincangan selepas ini akan diiringi oleh kehadiran peguam mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sering kali kita mendengar tentang cinta bertepuk sebelah tangan. Tapi tak ramai yang membicarakan tentang mengapa hal seperti ini boleh berlaku. Apakah puncanya seseorang itu boleh ‘bertepuk’ sebelah tangan.
Terdapat beberapa faktor yang membuatkan perkara begini berlaku seperti salah anggap ‘signal‘ yang diberikan oleh si dia yang korang minati.
Tapi faktor paling utama ialah diri korang sendiri yang tak tahu membezakan atau mengenal pasti adakah si dia benar-benar suka pada korang atau hanyalah sebagai kawan biasa.
Ya, REMAJA juga akui tidak semua orang boleh ‘membaca’ setiap gerak atau kata hati seseorang. Namun, jika korang berhati-hati nescaya perkara seperti itu tak akan berlaku.
Ini merupakan 7 petanda bagaimana korang nak tahu dia anggap teman istimewa atau biasa sahaja.
1. Korang je yang selalu beri perhatian
Tanpa bersembunyi kamu sentiasa menunjukkan dari segi perlakuan dan bagaimana kamu melayannya dengan penuh perhatian. Tapi sayangnya kawan-kawan di sekeliling hanya nampak korang je yang berbuat begitu. Si dia hanyalah melayan korang seperti orang lain.
2. Bercerita tentang perempuan lain
Baginya, korang hanyalah kawan baik lantas menyebabkan dia cukup selesa untuk bercerita tentang wanita lain tanpa perlu berselindung. Contohnya jika dia menyukai seseorang dia akan terus memberitahu korang. Percayalah jika dia anggap korang lebih daripada kawan dia tak akan buat begitu.
Selepas berkongsi tentang wanita yang disukainya, dia mungkin akan minta tolong korang untuk menjadi orang tengah. Dia juga sering meminta pendapat bagaimana untuk memenangi hati wanita tersebut. Girls, berhentilah berharap bila dah sampai peringkat ini.
4. Sering kongsi masalah
Dia juga sangat selesa untuk berkongsi segala masalah dengan korang. Mengapa? Kerana dia menganggap korang sebagai kawan baik dan tidak mempunyai masalah untuk meluahkannya. Dalam kepalanya korang hanyalah kawan baik.
5. Cuba jodohkan korang dengan kawannya
Disebabkan dia menganggap kamu kawan baik dan masih tidak berteman, dia akan berusaha untuk memperkenalkan dan mencari jejaka yang baik untuk korang. Nahhh, ini sudah jelas dia tak ingin atau memasang niat pun untuk bersama korang.
6. Sering beri nasihat
Bagai seorang abang kepada adik, itulah apa yang dilakukannya di sini. Walaupun kamu telah meluahkan fikiran tetapi dia masih tiada perasaan khusus. Jadi jangan terlalu berharap kepada orang lelaki ya? 🙂
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Barangkali mungkin kita semua sudah muak dengan istilah ‘cinta buta’. Buat pengetahuan korang semua there’s no such thing as cinta buta. Orang yang ‘buta’ kerana cinta itu wujudlah, bukan sebaliknya.
Mungkin dek kerana puitis sang pujangga sesetengah golongan remaja berfikiran bahawa semua perkara layak dikorbankan demi mengejar cinta. Tapi hakikatnya dalam dunia yang serba mencabar seperti sekarang, ia tidak semudah A,B,C.
Cinta yang kononnya diperjuang kalau lahir hanya berlandaskan kemahuan nafsu dan tanpa pertimbangan adalah sangat merbahaya.
Jadi kali ini REMAJA ingin kongsikan 5 perkara yang tidak patut korang korbankan di atas nama cinta.
Kebahagiaan diri sendiri
Kalau korang perhatikan drama TV sekarang, terlalu banyak kisah tentang hubungan yang merosakkan dipaparkan. Hubungan abusive seorang lelaki terhadap perempuan. Girls, jangan jadi bodoh ya. Jangan ‘hambakan’ diri kepada lelaki yang tidak tahu bagaimana menghormati seorang wanita. Ya, manusia mungkin boleh berubah. Akan tetapi janganlah memperbodohkan diri dengan menjadi setia kepada hubungan yang tidak sihat dan menolak kebahagiaan kamu sendiri.
Kebebasan diri
Kadangkala sesetengah pasangan sifat mengonkong dan clingy mereka mengalahkan orang yang sudah berkahwin! Come on, setiap orang perlukan ruang dan masa untuk lakukan apa-apa sahaja sendirian. Dan korang juga perlu bebas untuk membuat keputusan sendiri. Jangan kerana cinta kamu hanya menjadi pak turut, merelakan apa sahaja si dia buat keputusan walaupun sesetengah perkara dilakukannya korang tak suka. Jangan korbankan kebebasan diri kerana cinta.
Adlah satu perkara normal jika hubungan kamu terutamanya dengan rakan-rakan menjadi sedikit jauh bila sudahb berpasangan. Begitu juga dengan ahli keluarga, pastinya masa korang akan dibahagi-bahagikan antara mereka dan si dia. Tapi awas jika dia mula menunjukkan belang untuk memisahkan korang dengan mereka, berlalulah segera. Jangan kerana cinta korang nak korbankan hubungan antara keluarga dan kawan-kawan yang telah lama terbina.
Identiti diri
Pernah tak dengar orang cakap, “bila dah bercinta terus tak ingat dunia”. Mungkin itulah yang selalu kata-kata yang diberikan kepada orang yang seakan hilang arah tuju bila kemaruk sangat dengan cinta. Malah, mereka ini rela untuk tidak menjadi diri mereka dan mengikut sahaja apa yang pasangannya lakukan. Labih teruk kalau perubahan itu ke arah yang tidak sihat seperti terlibat dengan gejala negatif dan tak bermoral.
Cita-cita
Setiap individu memasang impian masing-masing. Dan sebenarnya hubungan cinta tidak harus dijadikan sebagai alasan untuk korang menguburkan impian tersebut. Seorang pasangan yang baik harus memahami dan menyokong apa jua impian yang dicita-citakan oleh korang. Jika dia tidak serius malah memandang remeh akan cita-cita itu, tinggalkannya segera! Tak perlu korang terus setia dalam hubungan bersama orang yang tidak memahami impian orang lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!