5 Fakta Menarik Mengenai Tiara Meghan Markle Pada Majlis Perkahwinannya Hari Ini

Share

 

It is all about the bling, right?

 

Ramai yang bercakap mengenai gaun perkahwinan Meghan Markle ( termasuk Remaja! ) yang direka khas oleh Givenchy. Ia merupakan rekaan throwback kepada gaun Givenchy yang pernah dimodelkan oleh pelakon, Audrey Hepburn untuk majalah Vogue.

 

 

Namun semua orang juga tertanya-tanya mengenai tiara yang dipakai oleh Meghan hari ini. Jika pada majlis perkahwinan Kate Middleton pada tahun 2011, Queen Elizabeth telah meminjamkan tiara Cartier Halo Scroll dari tahun 1936 yang dihadiahkan oleh Prince George VI kepada isteri beliau.

 

 

Hari ini, Meghan juga memakai ‘tiara pinjam’ oleh Queen Elizabeth !

Dinamakan sebagai Queen Mary Bandeau Tiara, ini adalah 5 fakta menarik mengenainya.

 

01

Seperti namanya, tiara ini asalnya dimiliki oleh Queen Marry dan merupakan barangan antik yang telah lama menjadi sebahagian daripada koleksi keluarga diraja.

 

02

Batu berlian yang ada pada tiara ini adalah dari tanah Inggeris dan direka pada tahun 1932. Brooch di bahagian tengah itu pula berasal dari tahun 1893.

 

03

Diperbuat daripada berlian dan platinum, tiara ini mempunyai dibahagikan kepada 11 seksyen yang bersambung dalam bentuk oval. Saiz berliannya pula berbeza, ada yang kecil dan ada yang besar.

 

 

04

Brooch di bahagian tengah boleh diasingkan dan ia diperbuat daripada 10 batu berlian.

 

05

Brooch pada Queen Mary Bandeau Tiara adalah merupakan pemberian County of Lincoln kepada Puteri Mary semasa beliau mengahwini Putera George, Duke of York pada tahun 1893. Ia kemudian dijadikan sebahagian daripada rekaan tiara tersebut

Pada tahun 1953, Queen Elizabeth II telah mewarisi aksesori kepala bernilai tersebut.

 

IKLAN