Siku dan lutut hitam merupakan perkara biasa yang dihadapi oleh masyarakat berketurunan Asia. Bahagian siku dan lutut yang sedikit gelap berbanding kawasan kulit lain di seluruh badan bukanlah bermakna kita mempunyai cela.
Tapi ia berkait rapat dengan proses adaptasi kulit kita kepada cuaca dan kandungan melanin yang lebih tinggi pada kulit berbanding, contohnya, masyarakat Barat.
Foto Via Pexels
Namun, ada juga bahagian tertentu pada badan di mana kulit tak seharusnya menjadi terlalu gelap tetapi ia sudah menjadi kebiasaan di kalangan orang Asia. Contoh terbaik adalah pada bahagian lutut dan siku.
Jika ia berlaku pada lelaki, tak ada hal sangat. Namun jika ia terjadi pada perempuan, besar kemungkinan mereka akan menghadapi masalah kurang keyakinan diri.
Jangan risau. Ada cara semulajadi untuk menghilangkan kesan hitam tersebut.
Ads
Buah Lemon
Atasi Siku & Lutut Hitam. Foto Via Pexels
Ini adalah kaedah biasa. Potong buah lemon kepada dua bahagian dan gosokkan ia pada siku dan lutut. Gosok secara perlahan dan biarkan ia 5 ke 10 minit.
Lemon mengandungi vitamin C dan ia dapat memutihkan kawasan hitam dengan menghapuskan sel-sel kulit mati.
Baking Soda & Buah Lemon
Ya, lemon memang mempunyai banyak rahsia! Kali ini, hasilkan skrub dengan mencampurkan baking soda ataupun garam dengan air lemon dan kacau hingga rata.
Ads
Kemudian, gosokkan ia pada siku dan lutut. Biarkan sehingga 20 minit sebelum bilas semula dengan air suam.
Buah Betik
Atasi Siku & Lutut Hitam Foto Via Pexels
Seperti buah lemon, buah betik juga mengandungi kandungan vitamin C, vitamin E dan lain-lain kandungan yang dapat mencerahkan kulit korang.
Gosokkan satu potongan kecil buah betik ke siku dan lutut hitam secara konsisten setiap hari.
Buah Lemon & Madu
Atasi Siku & Lutut Hitam Foto Via Pexels
Okay, buah lemon ni dah menjadi buah favourite kami. Campurkan satu sudu madu dengan air perahan buah lemon. Sapukan pada siku dan lutut serta biarkan sehingga 15 ke 20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
Ads
Pelembap Kulit
Atasi Siku & Lutut Hitam Foto Via Pexels
Okay, mungkin produk di pasaran tak mengandungi 100% kandungan organic atau natural. Namun, ada juga kebaikan jika korang selalu meratakannya pada badan.
Salah satu sebab siku dan lutu menjadi hitam adalah kerana kondisi kulit kering. Jadi, apabila memilih produk pelembap kulit, lihat dan pastikan produk mengandungi minyak zaitun. Tapi pastikan konsistan ye!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi individu yang berdarah O mungkin ini berita baik untuk korang kerana kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Universiti British Columbia dan Hospital Besar Vancouver, Kanada menjelaskan bahawa darah jenis O didapati kurang berisiko dijangkiti COVID-19.
Jika dijangkiti sekali pun, individu berdarah O dikatakan mungkin tidak akan berada dalam keadaan kritikal. Kajian ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa jenis atau kumpulan darah berperanan dalam tahap kerentanan seseorang terhadap jangkitan.
Kredit foto: cdn.i-scmp.com
Namun begitu, menurut pakar lebih banyak penyelidikan perlu dilakukan sebelum membuat sebarang andaian. Kajian mendapati daripada 7,422 individu positif COVID-19, hanya 38.4 peratus adalah daripada kalangan mereka yang memiliki darah jenis O, manakala 44.4 peratus pula daripada jenis A.
Kredit foto: oncologynews.com.au
Walau bagaimanapun, doktor unit rawatan intensif di Hospital Besar Vancouver yang juga penolong professor klinikal di Bahagian Perubatan Penjagaan Kritikal dan Jabatan Perubatan di Universiti British Columbia juga tidak menafikan hal ini juga mungkin dipengaruhi oleh faktor risiko lain seperti usia dan tahap kesihatan.
Jelas beliau lagi, jika korang dalam kumpulan darah A tidak perlu panik dan bagi korang yang dalam golongan darah O juga tidak bermakna korang terselamat daripada jangkitan COVID-19 ini.
Meskipun terdapat beberapa teori, para penyelidik belum mengenal pasti mekanisme yang dapat menjelaskan kaitan diantara kumpulan darah dan COVID-19.
Fuh baru nak tarik nafas lega tapi rupanya masih banyak lagi kajian perlu dilakukan bagi mengesahkan kenyataan ini. Hiks!
Apa-apa pun, tak kisah la korang tergolong dalam kumpulan darah mana-mana sekalipun, jaga diri dan patuhi SOP.
Indonesia antara negara Asia Tenggara yang boleh digelar powerhouse dalam pertandingan ratu cantik. Di pentas antarabangsa jarang sekali Indonesia tercicir dari menjadi semifinalis. Dengan latihan rapi dan persediaan yang ketat, wakil Indonesia menyerlah di pentas antarabangsa setanding negara-negara lain.
Prestasi mereka cukup membanggakan dan sehingga kini, wakil dari Indonesia pernah memegang gelaran Miss Grand International 2016 dan juga Miss International 2017.
Saat menjuarai Miss Grand International 2016
Pada tahun 2016, Ariska Putri Pertiwi merupakan pemenang tempat keempat dalam pertandingan Puteri Indonesia. Ekoran kejayaannya itu dia diberi peluang mewakili Indonesia di pertandingan Miss Grand International 2016. Siapa sangka, walaupun dia bukan juara di negara sendiri, akhirnya dia membanggakan Indonesia apabila berjaya memenangi golden crown idaman ramai.
Dia mencipta sejarah sebagai wakil Indonesia pertama memenangi pertandingan ratu cantik berskala besar dan popular.
Kevin Lilliana mencipta sejarah tersendiri untuk Indonesia
Kemudian pada tahun 2017 pula, pemenang tempat kedua pertandingan Puteri Indonesia, Kevin Lilliana mendapat hak mewakili negaranya ke pertandingan Miss International 2017. Dek persembahan dan pencapaian cemerlangnya dia dinobatkan sebagai pemenang Miss International 2017 sekaligus mengalahkan 68 peserta lain.
Dengan kemenangannya ini, Indonesia masuk dalam carta antara negara yang pernah memenangi salah satu mahkota dari empat pertandingan ratu cantik berprestij.
MANIS BERHIJAB
Jika dahulu masing-masing lincah di pentas ratu cantik dan semestinya menggayakan busana renang dalam salah satu segmen pertandingan. Namun mereka berdua sudah pun beralih arah untuk melakukan ‘hijrah’. Kini, Ariska dan Kevin memilih untuk mengenakan hijab sebagai salah satu tuntutan dalam Islam.
Ariska mula berhijab ketika bulan Ramadan tahun 2021 manakala Kevin pula memulakan perjalanan hijabnya pada tahun 2020 usai kelahiran anak sulungnya. Masing-masing memiliki alasan tersendiri dan juga sebab mengapa mereka mengambi keputusan untuk mengenakan hijab.
Apa yang pasti setiap seorang dari mereka menawan dengan gaya hijab dan aura sebagai seorang ratu tidak berkurangan sedikitpun.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Miss Universe Vietnam antara pertandingan kebangsaan yang menjadi perhatian peminat ratu cantik seluruh dunia. Ini disebabkan konsep dan kualiti peserta yang menghadiri uji bakat cukup berkelas, masing-masing memiliki kelebihan dan kecantikan yang tidak kurang.
Mana tidaknya, baru-baru ini tular sebuah video ujibakat yang menampilkan peserta yang kesemuanya anggun dan tinggi lampai dengan personaliti menarik, seolah-olah mereka sudah bergelar finalis.
Tahun ini Miss Universe Vietnam mencipta sejarah baru dengan menerima wanita transgender untuk bersaing bersama peserta lain dalam misi memburu kejuaraan dan seterusnya bergelar wakil negara.
Individu yang terpilih untuk menjadi peserta Top 71 tersebut ialah Do Nhat Ha. Dia yang berusia 26 tahun bukanlah asing dalam dunia ratu cantik, sebelum ini dia pernah menyandang gelaran Miss International Queen Vietnam 2018 yang mana pertandingan tersebut dikhususkan khas untuk wanita transgender.
Sebaga juara dia mendapat hak untuk mewakili negaranya peringkat antarabangsa dan berjaya menjadi peserta Top 6 di Miss International Queen yang diadakan di Thailand.
Meninjau ke laman Instagramnya, Do Nhat Ha menitipkan kata-kata, “Saya yang bernombor 325 kini hadir secara rasmi untuk merebut mahkota Miss Universe Vietnam 2022. Dalam beberapa hari kebelakangan ini, Ha sangat menghargai segala kasih sayang yang diberikan dan meminta maaf kerana terpaksa berahsia mengenai hal ini. Teruskan menyokong Ha dalam perjalanan yang tidak mudah ini. Terima kasih semua!”
Memecah tembok sebagai wanita transgender di pentas Miss Universe Vietnam bukanlah satu pekara mudah. Dia menerima kecaman hebat dari sesetengah pihak yang merasakan dia tidak layak menyertai pertandingan itu kerana dilahirkan sebagai lelaki. Tidak kurang juga ada yang menyokong dengan menyatakan bahawa dia memiliki hak kerana kini sudah tampil sebagai wanita.
Untuk pengetahuan pembaca, sebelum ini Miss Universe Vietnam pernah menerima borang uji bakat daripada seorang wanita transgender, Nguyen Phuong Vy pada tahun 2019, namun permohonannya ditolak kerana dilihat tidak memenuhi kriteria untuk bertanding.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.