Bedak adalah salah satu produk kecantikan yang sangat penting dalam rutin penjagaan kulit dan solekan wanita. Ia membantu memberikan penampilan yang lebih kemas, menutup cela pada wajah, serta mengekalkan solekan agar tahan lama.
Jangan main beli ikut orang pakai, perlu tahu dulu apa yang kulit anda mahu sebab setiap produk bedak ada fungsinya. Macam yang dikongsi oleh Mirna ini, nampak jelas perbezaan hasil dan fungsi setiap bedak.
Jenis Bedak, Ketahui Untuk Hasil Solekan Sempurna
Terpulang pada anda, mahu dapatkan semua jenis bedak ini atau salah satu. Yang penting bedak kena ada dalam beg, nak-nak waktu kecemasan masuk majlis tertentu.
1. Compact Powder
Compact powder memiliki bentuk yang padat, lebih kemas dan tidak mudah tumpah seperti loose powder. Compact powder ini memiliki finish yang matte.
Disebabkan jenis bedak ini cukup ‘berat’, anda disarankan untuk terus mencuci wajah setelah pakai agar tidak menimbulkan jerawat. Dan kekurangannya tidak boleh menutupi bekas jerawat.
2. Two Way Cake
Ads
Jenis bedak two way cake merupakan kombinasi antara bedak dan foundation yang menjadi fungsi lebih kepada untuk menutup cela di wajah. Namun tidak seperti foundatiom, two way cake tidak akan menutup bekas jerawat sepenuhnya.
3. Cushion
Cushion memiliki tekstur yang ringan, sehingga dapat digunakan setiap hari. Cushion merupakan foundation cair yang dilengkapi dengan sponge atau puff agar mudah digunakan di mana saja. Dan cushion boleh menutupi noda bekas jerawat dan membuat makeup menjadi flawless.
Lain-lain Bedak
1. Bedak Tabur (Loose Powder)
Bedak tabur adalah bedak dalam bentuk serbuk halus yang biasanya digunakan selepas memakai foundation. Ia membantu mengawal kilatan minyak pada wajah dan memberikan kemasan yang lebih natural. Bedak ini juga sesuai untuk semua jenis kulit, terutama kulit berminyak kerana teksturnya yang ringan dan tidak menyumbat pori-pori.
Fungsi:
Ads
Mengawal kilatan minyak
Memberikan kemasan matte
Menetapkan solekan agar tahan lama
2. Bedak Padat (Pressed Powder)
Bedak padat adalah bedak yang dipadatkan dalam bentuk compact. Ia lebih mudah dibawa dan digunakan untuk touch-up solekan sepanjang hari. Bedak ini boleh digunakan secara langsung pada kulit atau selepas foundation untuk memberikan kemasan yang lebih halus.
Fungsi:
Memperbaiki solekan
Memberikan kemasan yang halus
Mudah dibawa ke mana-mana
3. Bedak Asas (Foundation Powder)
Bedak asas adalah kombinasi antara bedak dan foundation. Ia memberikan liputan yang lebih penuh dan boleh digunakan sebagai asas solekan. Bedak asas sesuai untuk mereka yang menginginkan kemasan yang lebih sempurna tanpa perlu menggunakan foundation cecair.
Fungsi:
Memberikan liputan penuh
Menyamaratakan tona kulit
Menggantikan foundation cecair
4. Bedak Mineral (Mineral Powder)
Bedak mineral dibuat daripada bahan-bahan semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia yang keras. Ia sesuai untuk kulit sensitif dan membantu mengekalkan kesihatan kulit sambil memberikan kemasan yang natural.
Mengandungi bahan semulajadi yang baik untuk kulit
5. Bedak Translucent (Translucent Powder)
Bedak translucent adalah bedak tanpa warna yang digunakan untuk menetapkan solekan tanpa mengubah warna asas solekan. Ia sangat popular untuk memberikan kemasan yang lebih natural dan mengekalkan solekan agar tidak bercapuk.
Fungsi:
Menetapkan solekan tanpa mengubah warna
Memberikan kemasan natural
Mengawal kilatan minyak
6. Bedak Kilau (Shimmer Powder)
Bedak kilau mengandungi partikel kecil yang memberikan efek berkilau pada kulit. Ia sering digunakan pada bahagian tertentu seperti tulang pipi, dahi, dan hidung untuk memberikan dimensi dan kilauan yang menarik.
Fungsi:
Memberikan efek berkilau
Menonjolkan bahagian tertentu pada wajah
Sesuai untuk solekan glamor
Setiap jenis bedak mempunyai fungsi dan kelebihan tersendiri, oleh itu, korang perlu bijak memilih bedak yang sesuai dengan jenis kulit.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penjagaan rambut bukan hanya perlu dititikberatkan untuk wanita free hair saja. Malah, sebenarnya ia lebih penting bagi wanita yang berhijab kerana perlu memastikan kesihatan rambut terjaga sepanjang hari.
Mungkin korang cuci rambut setiap hari tu dah cukup menjamin rambut korang sihat dan bebas dari sebarang masalah.
Tidak ye sebenarnya…
Nak tahu kenapa rambut korang masih bermasalah walaupun kerap dicuci? Haa, ini 4 sebab utamanya.
1. Kulit Kepala
Terlalu mencuci rambut akan menyebabkan kekeringan dan mengurangkan minyak pada kepala. Apabila kulit kepala menjadi kering, kelemumur dan serpihan bersisik akan terjadi. Akhirnya pertumbuhan rambut menjadi perlahan disebabkan akar rambut yang lemah.
2. Warna Rambut
Bagi mereka yang mewarnakan rambut, ia akan membuatkan warna mudah luntur dengan cepat. Sebab itu penggaya rambut akan menyarankan mereka yang mewarnakan rambut supanya mencuci sebanyak 2-3 kali seminggu menggunakan syampu dan perapi khas.
3. Haba
Sebilangan kecil akan membiarkan rambut kering secara semula jadi. Sekurang-kurangnya, selepas mencuci rambut, korang perlu menggunakan pengering rambut sehingga ia kering. Oleh itu, semakin kerap mencuci rambut, semakin banyak haba yang digunakan. Sebagai kesannya, rambut akan menjadi rosak, kering dan tak bermaya.
4. Bahan Kimia
Tak semua orang memilih syampu dan perapi yang mempunyai bahan semula jadi 100%. Dan bagi menyelamatkan rambut dan kulit kepala, jangan mencuci dengan kerap. Apabila pendedahan terhadap bahan kimia terlampau tinggi, berkemungkinan beberapa penyakit berkaitan dengan kulit kepala akan berlaku.
Nak mencuci rambut tidak salah tetapi lakukan sedikit penyelidikan untuk mengetahui tentang jenis kulit rambut dan teknik yang betul bagi mengekalkan kelembapan rambut.
Akhir sekali, kalau anda mempunyai masalah rambut, dapatkan rawatan segera. Jika tidak mahu mengeluarkan kos yang tinggi untuk mendapatkan rawatan di salun, dapatkan nasihat ahli farmasi untuk pilih syampu yang sesuai bagi kulit kepala anda.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika wang tidak menjadi satu isu, why not seseorang itu menghabiskannya demi sarung AirPods yang melebihi harga model iPhone 12 baru?
Kolaborasi jenama gajet dengan rumah fesyen tekenal dunia bukan lagi satu perkara baru pada zaman ini.
Demi membuatkan generasi muda lebih mengenali, meminati dan membeli produk keluaran jenama premium seperti Gucci, Saint Laurent, Balenciaga, Louis Vuitton dan macam-macam jenama lain, mereka perlu menawarkan produk yang relevan dan signifikan untuk digunakan oleh pembeli.
Ini adalah di antara strategi masa kini jenama fesyen yang tidak lagi sekadar berfokuskan kepada pakaian, kasut dan aksesori badan.
Jelas, generasi sekarang merupakan generasi gajet yang mampu dibawa ke mana-mana saja. Tanpa kelibat telefon pintar, komputer riba dan fon telinga sebagai contoh, hidup mereka memang akan menjadi tidak keruan.
Justeru, apabila Gucci melancarkan GG Marmont Airpods Pouch berharga USD460 atau kira-kira RM4,477, kami tidaklah terkejut jika ia akan segera menjadi bualan mulut ramai.
Sumber Foto: GucciSumber Foto: GucciBandingkan harga sarung AirPods Gucci dan harga telefon pintar iPhone terbaru. Sumber Foto: Apple
Dari bahagian luar, ia kelihatan seperti mini sling bag dalam bentuk trunk yang merupakan trend popular di pentas peragaan.
Namun apabila korang membukanya, ia adalah sarung untuk meletakkan AirPods Pro yang mudah dibawa ke mana-mana.
Menurut Gucci, beg (can we even call it that) ini akan mula dipasarkan kepada pembeli pada akhir bulan walaupun ia telahpun diwar-warkan menerusi laman web Gucci.
*
Jika korang terkejut dengan harga gajet aksesori itu, jangan pula terkejut dengan 4 lagi item yang pernah dijual pada tahun ini oleh jenama fesyen premium.
Beg telefon Burberry
$USD 920
Sarung Telefon iPhone 11 Pro Saint Laurent
$USD 1,011
Sarung fon telinga Louis Vuitton
$USD 830
Sarung jam pintar Fendi x Chaos
$USD 950
Sarung AirPods Pro (Kulit) Chanel
$USD 1,570
*
*
Terkejut? Hehe..
Jika korang seperti kami yang mungkin masih belum mampu berbelanja sakan demi aksesori Gucci sekecil ini, mungkin korang boleh mendapatkan item solekan Gucci sempena musim percutian 2020.
Jenama fesyen popular dari Jepun, UNIQLO menamakan pelakon, penyanyi dan pencipta lagu, Daiyan Trisha sebagai Penyokong Jenama (Brand Advocate) pertamanya di Malaysia.
Daiyan, 31 bukanlah wajah asing bersama jenama UNIQLO dan sebelum ini pernah terlibat dengan projek-projek istimewa melibatkannya mempromosikan rangkaian pakaian serta aksesori mengikut musim keluarannya.
Sekaligus, pengikut serta peminat Daiyan yang setia menantikan penampilan fesyennya terutama di media sosial turut meminati untuk mendapatkan barangan dari UNIQLO.
Daiyan Trisha menggayakan koleksi UNIQLO LINEN musim bunga/panas 2025 dalam persalinan seluar berpotongan tapered.
Kolaborasi ini merupakan satu lagi tanda aras bukan sahaja untuk Daiyan selaku salah seorang fesyenista tempatan tetapi juga untuk jenama UNIQLO yang mempertaruhkan falsafah UNIQLO, ‘Made For All’ demi mendekati pembeli di Malaysia melalui keselesaan dan stail pemakaian seharian.
“Saya bangga untuk bekerjasama dengan UNIQLO dan menjadi sebahagian daripada jenama yang memberi fokus kepada keselasaan harian serta stail malar segar. LifeWear sentiasa menjadikan ‘fesyen’ itu mudah dan senang diakses (oleh semua pembeli) dan saya tidak sabar lagi untuk kongsikannya dengan lebih ramai rakyat Malaysia,” kata Daiyan.
Sementara itu, Pengarah Pemasaran Am UNIQLO Malaysia iaitu Daniel Pieter berkata, mereka turut berbangga untuk melantik Daiyan Trisha yang merupakan wajah popular dalam kalangan generasi kini. Bukan sahaja Daiyan menongkah arus dengan kejayaan kerjayanya malah berjaya mencuri hati peminat dengan personalitinya pula.
Sebagai Penyokong Jenama UNIQLO, Daiyan bakal mempertontonkan cara-cara penggayaan fesyen menggunakan helaian jenama tersebut dalam cara yang cukup versatil.
Terbaru, Daiyan muncul dalam kempen untuk koleksi Linen oleh UNIQLO dan melihatkan kepada foto-foto yang dilancarkan, Daiyan jelas merupakan pilihan selebriti yang tepat serta seiring dengan DNA jenama berkenaan.
Terdahulu, Daiyan pernah dilantik sebagai duta untuk beberapa jenama terkenal termasuklah Duta Kosmetik Jenama bagi jenama penjagaan kulit wajah SKINTIFIC pasaran Malaysia serta duta rangkaian vivo V30 Series oleh jenama telefon pintar, vivo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!