Siapa je yang tak suka makan burger kan? Dari budak kecik sampai la ke orang dewasa, boleh dikatakan burger tu memang favourite food setiap orang.
Ada individu lebih suka burger simple macam yang dijual di tepi jalan tu dan ada juga yang suka burger dengan patty tebal disaluti limpahan cheese.
Ha, dengar je pun dah boleh terliur kan?
Remaja nak kongsikan lima jenis burger yang dirasakan paling sedap di dunia dan rugilah kalau korang tak pernah cuba.
1. Big Mac
Kalau pergi McDonald, atleast sekali korang kena try Big Mac sebab rasa daging segar dan ketebalan isi dagingnya memang boleh buat korang kenyang sampai malam. Pendek kata, puas hati beb!
Ads
2. Burger bujang
Nampak simple je, tapi sekali makan boleh ketagih dibuatnya. Tak mewah sangat macam burger-burger di restoran fast food, tapi rasanya tetap umphh walaupun harga jauh lebih murah berbanding burger-burger yang lain.
3. Zinger burger
Ads
Nak makan burger, tapi rasa macam nak makan ayam goreng jugak. Okay la kalau macam tu apa kata korang order je Zinger burger ni sebab kenikmatannya sama-sama dirasai. Isi ayam goreng yang dimakan bersama roti burger, memang sesuai untuk korang yang berselera macam-macam. Hiks!
4. Burger bakar
Satu masa dahulu, burger bakar pernah menjadi viral kerana ketinggiannya dan limpahan cheese membuatkan ramai yang ingin mencuba. Rasanya, memang superb tak boleh disangkal lagi.
Ads
5. Crunchy Jalapeno Burger
Siapa yang gilakan hidangan pedas pasti akan sukakan burger daripada Texas Chicken ini.
Sebaik je korang rasakan bite pertama pada burger ini, rasa macam nak meletop tu pasti muncul! Bukan disebabkan oleh rasa pedas Zesty Jalapeno Cheese Bombers tu tau, tapi disebabkan adunan pelbagai rasa dalam satu hidangan burger.
Crunchy Jalapeno Burger datang dengan filet peha ayam, nanchos rangup, keju cair dan sos keju nacho. Kesemuanya dalam satu pakej. Kalau nak rasa oomph lagi, makan bersama hidangan side dish seperti Fry ‘N’ Dip Nachos.
Amacam, dah terliur ke?
Untuk pengetahuan semua, cawangan Texas Chicken pertama di Johor baru saja dibuka di City Square Shopping Mall dan ia juga adalah cawangan ke-48 di Malaysia. Jadi, dapat remaja di Johor merasakan Crunchy Jalapeno Burger ini selain daripada menu popular spicy chicken dan all-American Honey-Butter Biscuits.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktiviti konvoi motosikal berkuasa tinggi melibatkan pelakon, Raja Mohammad Atiqullah Syah bin Raja Azman Syah bersama sekumpulan rakannya hari ini bertukar tragedi setelah remaja berusia 22 tahun itu terlibat dengan satu kemalangan.
Raja Atiq.
Kejadian berlaku ketika Raja Atiq dalam perjalanan ke Bukit Fraser, Pahang bersama-sama beberapa orang rakannya termasuklah penyanyi Tajul dan Afieq Shazwan. Malangnya, sewaktu motosikal yang ditunggangnya menghampiri satu selekoh berpasir, dia hilang kawalan lalu terjatuh.
Akibatnya, seperti yang digambarkan menerusi hantaran di Instagram, Raja Atiq cedera pada bahagian bahu kirinya.
Katanya kepada rakan media di Kosmo, insiden tersebut tidak disengajakan kerana dia telahpun memperlahankan motosikal ketika menuju ke selekoh tajam yang dimaksudkan. Malangnya, jalan tersebut berpasir hingga menyebabkannya hilang kawalan lalu terjauh.
“Setakat ini, saya belum melakukan ujian imbasan X-Ray. Doktor memberitahu kemungkinan tulang bahu saya patah atau terkeluar dari soket.
“Selepas melakukan pemeriksaan lanjut, barulah saya dapat tahu apa sebenarnya yang tercedera.
“Buat masa ini, memang bahagian belah kiri badan rasa sakit sangat,” ulasnya yang telah mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Kuala Kubu Baru sebelum dipindakan ke Hospital KPJ Ampang Puteri bagi rawatan lanjut.
Ini bukanlah kali pertama Raja Atiq terlibat dalam insiden sebegini. Pada September 2020, pelakon yang popular dengan drama Nur itu pernah mengalami kemalangan juga akibat menunggang motosikal berkuasa tinggi.
Pada bulan September 2021 pula, Raja Atiq sekali lagi mengejutkan ramai pihak setelah dahinya tercedera ketika beriadah di Sungai Semungkis, Hulu Langat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tak kenal dengan wander women bersuara merdu yang telah membawa standard muzik Hip Hop tempatan ke aras seterusnya. Zizi Kirana antara penyanyi rap wanita yang berjaya mengangkat muzik ini. Juga personaliti seni yang dikenali kerana suaranya yang merdu.
Namun, jika sebelum ini imej bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketujuh ini sering mendapat perhatian netizen apabila cantik dan sopan berpakaian menutup aurat daripada imej sebelumnya.
Terbaru, warganet sekali lagi terpukau dengan video yang menampilkan keindahan suara Zizi tatkala mengalunkan ayat suci Al-Quran berserta tarannum.
Bersama bersama-sama seorang ustazah dikenali sebagai Ustazah Aisyah, video perkongsian dari laman Facebook Azdan Quranic Center tersebut telah ditonton lebih dari 17 juta viewers walaupun baru dua hari perkongsian tersebut dibuat.
Pada tahun ini juga, merupakan tahun ketiga penyanyi berasal dari Sabah ini mengenakan hijab pada bulan Ramadan. Sudah pasti penampilannya dipuji ramai kerana terlihat lebih anggun dan berseri.
Netizen Memuji
Selain itu, video dirinya sedang membaca al-Quran berserta tarannum telah berjaya menarik perhatian ramai. Rata-rata warganet terpukau dengan cara Zizi Kirana mengalunkan ayat al-Quran.
Ini bukan kali pertama alunan bacaan al-Quran Zizi Kirana dipuji netizen dan terpukau keindahan suara Zizi tatkala mengalunkan ayat suci Al-Quran. Sebelum ini, penyanyi berusia 35 tahun ini pernah mengalunkan ayat suci Al-Quran bersama qariah, Farhatul Fairuzah.
Saksikan video Zizi Kirana bertarannum
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang perasan, cuaca sekarang memang sangat panas dan berbahang, sehinggakan nak tidur malam pun berpeluh-peluh. Tambah pula di bulan Ramadan, memang menguji keimanan ketika berpuasa.
Sebelum ini pageRoot of Science pernah menyentuh secara ringkas tentang sains bangunan dan pengkhususan di dalam bidang seni bina yang menjadi punca kenapa rumah kita berasa panas. Remaja tertarik dengan perkongsian yang telah dibuat dan rupa-rupanya ada sebab kenapa rumah kita rasa panas.
Berikut merupakan tiga sebab utama pemanasan rumah dan strategi untuk mengatasinya;
1. Dilanda sinaran matahari secara langsung
Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah ini dengan baik. Sinaran matahari yang terkena pada dinding rumah, lantai dan ruang dalaman rumah akan menyebabkan peningkatan suhu mendadak.
Strategi terbaik untuk mengelakkan sinaran matahari daripada memancar secara langsung di bahagian-bahagian rumah anda adalah seperti yang berikut:
• Gunakan awning
Penggunaan awning akan meredupkan bukaan tingkap atau pintu. Ia juga dapat melindungi dinding daripada menyerap haba.
• Tanam pokok sebagai teduhan
Daun yang merimbun dapat menghalang sinaran matahari dan menyejukkan persekitaran luar rumah.
• Gunakan penebat haba di bumbung
Ini kerana bumbung akan menerima sebahagian besar haba dari matahari dan akan memanaskan udara di antara bumbung dan siling rumah. Penebat haba mampu untuk mengurangkan kesan pemanasan ruang ini.
• Melapisi dinding dengan lapisan tambahan
Penggunaan material seperti lapisan komposit aluminium, veneer atau lapisan bata perhiasan.
Dinding berlapis
• Cat dinding dengan warna yang cerah
Warna yang cerah akan memantulkan cahaya, sementara warna yang gelap pula akan menyerap cahaya. Apabila cahaya diserap, tenaga itu bertukar menjadi haba.
• Guna langsir, tirai atau skrin
Sama seperti awning dan teduhan pokok, langsir, tirai atau skrin juga dapat melindungi bahagian dalam rumah dan membenarkan aliran angin yang bebas.
• Menghalang bukaan yang menghadap matahari terbenam
Suhu paling panas adalah pada waktu petang antara 2pm hingga 4pm. Jadi sebaiknya, bukaan yang menghadap matahari petang dihadang bagi mengurangkan rasa rimas dan tidak selesa.
2. Tidak mempunyai pengudaraan yang baik
Untuk menangani masalah panas di dalam rumah adalah dengan memastikan semua udara panas yang terkumpul tersebar keluar dan digantikan dengan udara sejuk.
Tanpa pengaliran udara yang baik, haba ini akan terkumpul di waktu siang dan boleh berpanjangan sehingga waktu malam dan ini menyebabkan rasa tidak selesa.
Bagi mengatasi masalah ini, rumah anda patut mempunyai bukaan yang menggalakkan aliran udara masuk dan keluar seperti:
• Bukaan tingkap yang luas bagi memastikan kadar ACH (Air Changes per Hour) yang efisien.
• Aliran udara yang tidak terhad. Perabot, dinding dan langsir tebal yang merintangi penggerakan udara boleh menyekat dan membataskan pergerakan udara.
Udara panas keluar, udara sejuk masuk
• Gunakan air well iaitu ruang vertikal yang terbuka di bahagian tengah rumah, kebiasaannya di bahagian tangga.
Ia direka bagi membolehkan udara panas bergerak ke atas dan seterusnya keluar melalui bukaan tingkap berdekatan siling rumah.
Apabila ini berlaku, udara sejuk bergerak masuk menggantikan ruang tekanan rendah yang ditinggalkan oleh udara panas.
• Gunakan kipas ekstrak di aras yang tinggi (berdekatan dengan siling) bagi membolehkan udara panas dikeluarkan dengan cepat.
• Menyeragamkan hala kipas angin berdiri. Sekiranya laluan angin datang dari hadapan rumah, maka digalakkan untuk menggunakan kipas berdiri (atau kipas meja) dan menyeragamkan hala kipas itu agar bertiup ke belakang rumah.
• Gunakan kipas siling menghala ke atas di bahagian air well. Kipas ini akan berfungsi sebagai kipas pengekstrak. Namun, kaedah ini belum terbukti sekiranya diambil kira kos elektrik yang terlibat.
3. Kesan Urban Heat Island (UHI)
UHI adalah situasi di mana sesuatu kawasan bandar mengalami taburan suhu yang lebih tinggi dari persekitaran luar bandar. Perbezaan suhu ini terjadi apabila kawasan bandar yang dibangunkan mempunyai elemen-elemen yang memerangkap atau menjana haba yang berterusan.
Contohnya, permukaan berwarna gelap seperti jalan raya menyerap lebih banyak radiasi matahari. Oleh kerana kawasan bandar mempunyai lebih banyak rangkaian jalan raya yang berselirat, ini menyebabkan luas kawasan yang akan menyerap haba lebih besar.
Masalah ini ditambah dengan kurangnya tanaman pokok-pokok di dalam kawasan bandar dan menyebabkan kurang tempat berteduh dan kesan penyejukan pokok-pokok tersebut.
Haba yang terbuang hasil daripada penggunaan kenderaan, pendingin hawa dan industri secara umumnya juga menyumbang kepada peningkatan UHI.
Diharap dengan sedikit perkongsian yang dibuat ini dapat membantu korang untuk mengatasi masalah ruang dalaman rumah yang panas.