Makcik-makcik bawang di luar sana sila jangan cemburu, ya!
Pakaian termahal di dunia? Memang ada ke? Tak dapat dinafikan, seiring perkembangan zaman, semakin banyak pakaian yang diciptakan oleh para pereka dari yang murah hingga mahal. Harganya bergantung dari kualiti dan gayanya.

Ya, semakin bagus materialnya maka harga yang ditawarkan pun akan semakin mahal. Malah mahalnya seolah-olah seperti tak masuk akal, ada yang harganya sama dengan kereta mewah Lamborghini.
Berikut lima brand termahal di dunia yang harganya dijamin akan buatkan korang tertelan air liur.
1. Dior
Backstage at Dior Haute Couture Spring Summer 2020.
Christian Dior mengasaskan jenama ini pada tahun 1946, dan sejak itu, ia telah menjadi nama yang terkemuka di pasaran untuk pakaian couture panas dengan pelanggan yang terdiri daripada hartawan perniagaan, bintang filem dan banyak lagi. Antara barangan mewah yang jenama Perancis ini tawarkan termasuk dress ekslusif, alat solekan, wangian, aksesori dan lain-lain.
2. Gucci

Salah satu jenama mewah terkemuka Itali, Gucci telah menjadi pengeluar utama beg, kasut dan banyak lagi sejak pelancarannya. Ia mempunyai banyak pesaing dalam pasaran, tetapi barangan berkualiti tinggi yang mereka tawarkan menjadikan pelanggan tetap setia dengan label ini.
3. Chanel

Diasaskan oleh Coco Chanel pada tahun 1909, jenama ini sentiasa mempunyai koleksi unik aksesori fesyen dengan gaya paten yang tidak pernah meniru jenama lain atau berusaha keras untuk bersaing dengan mereka, sama seperti gaya tersendiri oleh pengasasnya sendiri. Chanel menjadi salah satu jenama paling popular di seluruh dunia dengan semua gadis-gadis muda berharap untuk memiliki salah satu beg tangan mereka sekurang-kurangnya sekali seumur hidup!
4. Prada

Filem “The Devil Wears Prada” menunjukkan kehidupan sebenar mereka yang mementingkan fesyen, dan memberitahu kita bahawa fesyen adalah lebih daripada hanya sekadar meliputi badan anda dengan pakaian. Walaupun filem itu tidak mempunyai banyak kaitan dengan Prada, namun Prada adalah label yang memegang prinsip tersebut — sentiasa mempunyai pakaian dan aksesori yang ringkas namun bergaya. Tidak perlu diperkatakan lagi, pendekatan daripada jenama ini yang menjadikannya popular dalam kalangan ramai selebriti terkenal.
5. Bawal Exclusive

Dengar sahaja tudung jenama Bawal Exclusive, memang sudah boleh dijangka, pasti ada di antara rekaan istimewanya yang boleh mencecah sehingga ribuan Ringgit!
Anda mungkin berminat dengan
Terbaru, tudung dengan tatahan lebih 7,200 batu swarovski pelbagai saiz dan warna yang turut mendapat pengiktirafan tudung termahal di dunia oleh Malaysia Book Of Records.
Pengasas Bawal Exclusive Haliza Maysuri.
Manakan tidak, tudung-tudung bawal yang direka itu merupakan tempahan khas dan harga tudung berkenaan adalah bergantung kepada tampalan batu Swarovski tulen menjadikan jenama Bawal Exclusive (BE) antara jenama tudung yang mewah dan eksklusif di Malaysia, sesuai dengan namanya.
Tidak mahu kalah dengan tahun-tahun sebelumnya, BE sekali lagi mencetuskan fenomena selepas mengumumkan harga rekaan tudung terbarunya yang paling mahal didunia yang pernah dihasilkan yang bernilai RM100,000! Wow….
Bangga sekejap bila ada anak Malaysia yang mempunyai barang atau item termahal didunia ni.
∞
Penyanyi rap terkenal Korea Selatan, Jessi baru-baru ini ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis mengenai dakwaan kes pukul yang melibatkan peminatnya.
Jessi atau nama sebenar Jessica Ho atau Ho Hyun Joo (36) diminta untuk memberi kerjasama dalam soal siasat selama 6 jam bermula pada malam 16 Oktober dan dibolehkan untuk pulang pada 17 Oktober, semalam.

Dilaporkan bahawa kronologi kes ini bermula pada 11 Oktober lalu apabila seorang peminat berusia 18 tahun meminta izin untuk bergambar bersama penyanyi itu di Apgujeong, Seoul. Namun, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang memarahi peminat berkenaan dengan meluahkan beberapa perkataan kasar di dalam bahasa Inggeris.
Dalam pada itu, pelaku itu juga dilaporkan telah memukul, menendang, dan menyerang peminat penyanyi berkenaan.
Disebabkan hal itu telah tular dan menarik perhatian orang ramai, Jessi tampil memberi kenyataan bahawa dia juga keliru ketika situasi itu terjadi kerana tidak mengenali lelaki yang menyerang peminatnya. Namun, menurut pihak berkuasa, Jessi perlu menghadiri sesi soal siasat kerana berada di tempat kejadian ketika perkara itu berlaku.


Pada masa yang sama juga, muncul seorang mangsa dari kejadian serupa yang terjadi pada 11 tahun lalu mendakwa Jessi pernah menyerang seorang wanita berbangsa Korea-Amerika di tandas sebuah kelab malam di Itaewon.
Menurut apa yang dilaporkan, pada Mei 2013 terdahulu mangsa kejadian mendakwa Jessi terlibat dalam penyerangan tersebut namun kenyataan itu dibatal dan ditarik semula. Jessi menyatakan bahawa dia tidak terlibat dan hanya ingin meleraikan pergaduhan yang terjadi pada ketika itu.
Selain itu, menurut mangsa dia tidak mempunyai pilihan selain membatalkan tuntutan berkenaan kerana perlu pulang semula ke Amerika. Kes itu juga memerlukan tempoh selama satu tahun untuk diselesaikan serta pihak yang terlibat tidak boleh meninggalkan negara selama kes tersebut masih berlangsung
Walau apa pun, semoga kes ini mendapat keadilan di pihak yang benar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Baru-baru ini, seorang wanita dipercayai pekerja syarikat penerbangan Hong Kong telah berjaya ditangkap selepas perbuatannya menjual butiran penerbangan BTS dan beberapa selebriti K-Pop lain akhirnya terbongkar.
Menurut laporan media Korea Selatan, unit jenayah siber Agensi Polis Metropolitan Seoul mengesahkan seorang pekerja syarikat penerbangan berpangkalan di Hong Kong telah diberkas kerana menjual butiran tempahan penerbangan BTS dan selebriti terkenal lain secara haram.
Pihak berkuasa juga mendedahkan bahawa mereka sedang menyiasat seorang wanita berusia 30 tahun dikenali sebagai A yang bekerja untuk syarikat penerbangan antarabangsa dan didakwa memasuki akses serta membocorkan ratusan butiran penerbangan sejak tahun 2023 sehingga 2024.

Difahamkan, wanita itu mempunyai akses secara langsung kepada sistem tempahan dalaman dan didakwa mencari nama selebriti dan tarikh lahir menggunakan perisian syarikat penerbangan untuk mendapatkan maklumat penerbangan sulit, termasuk nombor tempat duduk.
Wanita itu juga kemudian menjual maklumat tersebut dan butiran tempat duduk tertentu dengan harga yang lebih tinggi lebih lagi untuk bintang terkenal seperti BTS.
Dalam pada itu, menurut penyiasat kes ini menganggarkan A telah menjual lebih 1,000 set data dan memperoleh keuntungan melebihi 10 juta Korea Won (RM30,840).

Pada awalnya, wanita berkenaan mengaku dirinya berkongsi maklumat itu sebagai bantuan kepada kenalan, tetapi kemudian mula menjual data tersebut untuk keuntungan.
Sekadar info, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai bintang K-pop dan selebriti lain telah lama menjadi sasaran peminat sasaeng yang cuba mendapatkan maklumat peribadi perjalanan. Masalah ini telah menimbulkan kebimbangan serius mengenai keselamatan dalam industri penerbangan berkaitan akses tidak sah kepada rekod penumpang.
Sementara itu, pihak berkuasa kini sedang memperluas siasatan bagi mengenal pasti individu lain yang terlibat dalam penjualan dan pengedaran butiran penerbangan selebriti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Sudah lama sebenarnya ura-ura sistem SmartTag akan dimansuhkan.
Namun, berita perlaksanaannya masih belum diumumkan sehinggalah kelmarin
Selama ini, kita hanya melihat papan tanda RFID / SmartTag yang tergantung di plaza tol seluruh negara. Namun sekarang, penggunaan RFID bakal bermula tak lama lagi – dan mungkin secepat bulan September ini.
Pihak Touch ‘n Go berkata mereka akan menghentikan penjualan peranti SmartTag untuk menambah baik teknologi kutipan tol baru iaitu melalui pembayaran RFID.
BACA: RFID Dijangka Kurangkan Kesesakan Di Plaza Tol

Kami pernah mengulas mengenai RFID sejak Oktober tahun lepas. Ia adalah sistem yang lebih cekap dan canggih daripada yang sedia ada.
Penggula hanya perlu memasang sticker pelekat yang mempunyai cip frekuensi radio khas pada kenderaan dan melalui plaza tol tanpa perlu memperlahankan kereta. Lagi hebat daripada SmartTag lah ni.
RFID bertindak seperti pengimbas barcode jarak sejauh 27 meter dengan menggunakan scanner pada pintu plaza tol. Jarak respon imbasan pun lebih pantas iaitu sekitar 10 milisaat.
Fuh, tak sabarnya nak cuba!

Buat masa ini, korang masih boleh menggunakan SmartTag sepeeti biasa kerana RFID hanya akan melalui fasa percubaan dulu bermula 3 September ini. Bagi yang dah tak sabar-sabar nak cuba tu, korang boleh memohon dari laman Touch ‘n Go.
Agak-agak, kesesakan di plaza tol seluruh negara boleh dielakkan tak dengan penggunaan RFID?
∞