Musim cuti bukan saja dihabiskan pergi melancong, tapi ramai juga yang mengambil peluang ini untuk melakukan aktiviti bersukan.
Sebelum tu, perkara pertama yang korang kena sediakan adalah sepasang sport shoes yang sesuai dan bukan itu saja, rekaan kasut pun mestilah kena ada gaya kan?
Nah, ada empat jenis kasut yang sesuai untuk korang gayakan sewaktu beriadah, rugi kalau tak dapatkan sepasang.
1. Puma RS-0
Jenama Puma telah meneruskan inovasi dalam reka bentuk dan teknologi gaya dalam rekaan running shoes terbaru mereka. Model pengenalan RS-0 ini tampil dengan warna hijau bertemakan futuristik. Smart kan?
Ads
2. Reebok CrossFit Nano 8
Kasut keluaran Reebok ini menampilkan ciri-ciri seperti tapak yang selamat dan tahan lasak. Ia juga sangat selesa dipakai dan mempunyai rekaan asas yang kuat. Pendek kata, lenjan la macam mana pun, kasut ni memang padu beb!
Ads
3. Larrie Blue Cut-out Sporty Sandal
Sesuai untuk mereka yang mencari keselesaan untuk melakukan aktiviti riadah, kasut ini mempunyai reka bentuk cut-out dab tab tali di bahagian hadapan. Ia juga sesuai digayakan untuk aktiviti santai seperti ketika berada di pantai atau pun di kawasan berair.
Ads
4. Koleksi LiteRide, Crocs
Foam LiteRide menggabungkan ciri-ciri kesukanan, gaya trend terkini dan keselesaan maksima buat si pemakai. Koleksi ini adalah 40 peratus lebih lembut dan 25 peratus lebih ringan berbanding rekaan sebelum ini.
So apa lagi guys, cepat grab empat koleksi sport shoes ini di pasaran sekarang. Kalau tak beli, korang jugak yang rugi. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal, Jungkook BTS sekali lagi mencuri perhatian penggemar di media sosial apabila diangkat sebagai penerima pertama program pengiktirafan penderma baru, Hope Bridge Honors Legacy. Pengiktirafan ini diumumkan selepas beliau menyumbang 1 bilion Korea Won bagi membantu mangsa kebakaran hutan besar yang melanda beberapa kawasan di Korea Selatan awal tahun 2025.
Difahamkan, program Honors Legacy dilancarkan sebagai platform mengenali individu yang menyumbang lebih 1 bilion Korea Won ketika kecemasan negara. Pada masa yang sama, Hope Bridge menjelaskan bahawa inisiatif tersebut diwujudkan untuk mengukuhkan usaha kesiapsiagaan bencana jangka panjang Korea selain menjadi simbol solidariti sosial.
Jungkook atau nama sebenar beliau Jeon Jungkook (28) dipilih sebagai penerima sulung berikutan rekod yang konsisten dalam kerja-kerja kebajikan sejak debut pada 2013. Ketika menjalani perkhidmatan ketenteraan pada Mac 2025, beliau tampil menghulurkan sumbangan besar itu bagi membantu penduduk Ulsan, Gyeongbuk dan Gyeongnam yang terjejas teruk akibat kebakaran hutan. Ia turut direkodkan sebagai antara sumbangan selebriti terbesar dalam situasi bencana di Korea.
Memetik laporan terdahulu, daripada sumbangan 1 bilion Korea Won tersebut, sebanyak 500 juta Korea Won telah disalurkan kepada bantuan kecemasan termasuk sokongan kepada mangsa yang kehilangan kediaman. Baki 500 juta Korea Won pula digunakan untuk penyediaan peralatan respons kebakaran hutan, makanan kepada pasukan bomba serta kit kecemasan yang mengandungi 14 item penting untuk petugas di lokasi bencana.
Menerusi sebuah kenyataan, pelantun lagu ‘SE7EN’ dan ‘3D’ itu menegaskan tujuan sebenar beliau adalah memastikan bantuan dapat disampaikan secepat mungkin kepada pihak yang memerlukan.
“Menderma bukan tentang sesuatu (jumlah) yang besar, ia tentang langkah kecil untuk jadikan dunia sedikit lebih selamat. Saya berharap program Hope Bridge Honors Legacy ini menjadi peluang untuk menyebarkan mesej tentang perkongsian di seluruh dunia,” katanya.
Sementara itu, pengumuman berkenaan segera mendapat perhatian komuniti global dan para peminat terutama BTS ARMY yang memuji keikhlasan serta konsistensi Jungkook dalam aktiviti kebajikan. Salah seorang peminat turut menyifatkan idola K-Pop tersebut sebagai ‘legenda’ kerana sentiasa memberi inspirasi dengan hati yang bersih dan niat yang baik.
Di samping itu, Hope Bridge dalam kenyataan berasingan memaklumkan bahawa pelancaran program Honors Legacy datang pada waktu Korea berdepan krisis bencana yang semakin kompleks akibat perubahan iklim. Program itu juga menghimpunkan penderma utama termasuk tokoh korporat, selebriti dan atlet bagi menyokong polisi pengurusan bencana serta memperkukuh ketahanan masyarakat.
Apa yang lebih membanggakan, jumlah sumbangan Jungkook turut menyamai sumbangan syarikat gergasi seperti Naver, Kakao, Lotte dan beberapa kumpulan kewangan utama, menjadikan beliau satu-satunya individu yang berdiri setaraf dengan penyumbang korporat dalam kategori tersebut. Kedudukan ini mengukuhkan lagi imej Jungkook sebagai figura berpengaruh bukan sahaja dalam industri hiburan, tetapi juga dalam usaha kemanusiaan global.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya semua sudah sedia maklum bahawa penyanyi wanita, Elyana sebelum ini bertarung dengan penyakit kanser limfoma yang dikatakan sudah hampir ke peringkat kelima.
Elyana sering berkongsi perjalanan rawatan yang dijalaninya dan walaupun kelihatan kuat serta masih mampu tersenyum, namun ada suatu ketika penyanyi ini sepertinya sudah tidak kuat untuk menahan kesakitan.
Baru sebentar tadi Elyana telah memuat naik hantaran di instagram dengan berkongsi berita gembira mengenai status penyakit kansernya itu.
Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram. Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua.. Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil!!!!! Kanser saya hilang!!!!!
Alhamdulillah Ya Allah…. Terima kasih Ya Allah,kau telah mendengar doa kami.. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya . Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat.. Aku pernah putus asa untuk berjuang.Aku selalu cemburu dengan kesihatan orang.. Tapi aku sangat percaya dengan keajaiban dari sang pencipta ku. Allah Maha Baik!!! I love u Ya Allah…🤍
Rata-rata sahabat dan peminat mengucapkan syukur atas berita gembira ini dan terus mendoakan agar Elyana terus kuat dan menjadi inspirasi buat pesakit kanser yang lain.
Terbaharu, dia turut membuat perkongsian mengatakan kini sedang menjalani sesi kimoterapi untuk kali kelima.
Kami di Remaja turut mendoakan agar Elyana terus kuat dan dikurniakan kesihatan yang baik.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Usah diperkenalkan lagi bintang berbakat besar ini.
Pencipta lagu dan penyanyi, Hael Husaini bukanlah nama asing dalam industri tempatan. Tampil cemerlang dari hari ke hari, figura ini juga dilihat semakin mendunia setaraf selebriti antarabangsa yang lain.
Terbaharu, pelantun lagu popular Jampi itu sekali lagi terbang ke Eropah untuk memenuhi jemputan eksklusif jenama terkemuka dunia untuk minggu fesyen, di Itali.
Menerusi laporan Mstar Online, penyanyi berusia 35 tahun itu menzahirkan rasa bangga dan teruja apabila diberi peluang sedemikan serta berkesempatan untuk menyaksikan sendiri pembuatan barangan jenama mewah di sana.
Malah, Hael berkongsi rasa gembira apabila sempat meluangkan masa bersama beberapa selebriti popular antarabangsa seperti Diplo, Nicholas Galitzine dan ramai lagi.
“Saya sangat teruja menjadi tetamu eksklusif jenama terkenal seperti Fendi bersama selebriti yang hadir dari seluruh dunia. Selain dari pertunjukan fesyen, saya juga berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana produk berjenama ini dibuat.
“Selain itu, saya dapat meluangkan masa bersama selebriti antarabangsa yang lain seperti Diplo, Nicholas Galitzine, Greg Hsu, Noah Beck dan ramai lagi di acara tersebut. Saya juga tak sangka dapat berborak bersama pengasas Emporio Armani, Mr. Armani semasa menghadiri acara fesyen tersebut’,” katanya.
Sementara itu, penyanyi lagu Haram itu turut berkongsi beberapa momen sewaktu di acara berkenaan menerusi hantaran di platform Instagram miliknya.
Difahamkan selain Milan, Hael juga akan terbang ke Paris untuk menghadiri pertunjukan fesyen beberapa jenama antarabangsa lain pada minggu ini.
Sekadar informasi, ia merupakan kali ketiga bintang terkenal itu menerima undangan dari jenama terkemuka antarabangsa antaranya Prada, Ralph Lauren, MCM dan Zegna.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kenapa bateri telefon cepat habis masa travel walaupun tak guna aplikasi? Ketahui penjelasan sebenar tentang proses cellular handover dan tip jimat bateri semasa perjalanan jauh.