Penghijrahan merupakan suatu perubahan besar yang telah berlaku dalam diri.
Sejak kebelakangan ni, kita boleh lihat dah ramai selebriti yang cuba untuk lebih mendekati Islam.
Bukan saja berhijrah secara fizikal, iaitu dengan mengenakan hijab, tetapi gaya hidup yang dilalui mereka juga sudah nampak berbeza.
Berikut antara 4 selebriti yang pernah berkongsi kisah hijrah mereka dengan ZAYAN dan sama-samalah kita doakan agar mereka terus sama-sama istiqamah dalam mencari redhaNya.
Diana Amir
Semuanya berlaku pada 2011, Diana Amir bersyukur kerana telah mendapat hidayah dari Allah yang menggerakkan hatinya untuk lebih mengenali sang pencipta.
Jelasnya, kadang-kadang kalau mak ayah tolong pun tak jadi juga kalau Allah gelapkan hati kita. Alhamdulillah, Allah memberinya peluang untuk memahami apa matlamat hidup.
Tidaklah terlalu fokus kepada keduniaan seperti sebelum ini, Diana mula sedar yang dia hanyalah seorang hamba.
Dan tugas sebagai hamba di dunia ini hanyalah untuk menyembah kepadaNya.
Terbuka hati menerusi cerita yang dikongsi oleh rakannya sendiri tentang bagaimana Nabi Muhammad SAW menyayangi umatnya, Diana akhirnya terbuka hati untuk terus berhijab sehingga hari ini.
Ads
Catriona Ross
Selepas mengalami kemalangan pada tahun 2007, Catriona Ross mula mencari siapa dirinya kembali dan cuba untuk membuat come back dalam industri dan akhirnya menerima banyak tawaran berlakon.
Walaupun jiwanya pada masa tu sudah mula rasa kosong dan tak tahu apa yang perlu dilakukan selepas kemalangan, Catriona mula terfikir bahawa Allah telah memberinya peluang kedua. Dia sudahpun boleh berjalan dan berlari semula. Namun hatinya terdetik…
“Takkan nak pakai tudung sekarang kot? Baru 26, 27. Muda sangat nak pakai tudung kan..?”
Catriona mula mencari kekuatan untuk berubah – bermula dengan memakai tudung. Lebih-lebih lagi apabila ibunya bertanya, “Dah sembahyang ke?’. Catriona berasa terkedu untuk menjawab sudah sembanyang, wal hal dia tak buat pun pada waktu itu.
Sehingga pada satu tahap, dia merasa enough is enough dan ingin membuang hair extension yang dipakainya secara beransur-ansur. Disitulah Catriona nekad untuk istiqamah dengan penampilannya.
Ads
Caprice
Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Bin Ramli memulakan kariernya sebagi seorang pemuzik atau rapper. Ketika itu, Caprice banyak dipengaruhi oleh tunjuk ajar pemuzik yang lebih senior seperti Cat Farish dan Noh Salleh, selain rapper antarabangsar seperti Jay Z. Kisah di sebalik Jay Z juga turun ‘menjentik’ Caprice untuk membuat sesuatu untuk peminatnya yang masih bersekolah.
Caprice melancarkan kempen Anti Buli. Bukan saja melalui ground event, dia juga menggunakan media sosial untuk menentang kes buli siber.
Baginya, ini adalah sebahagian daripada usaha berjihad.
Jihad di sini dalam konteks memberi motivasi kepada pelajar untuk terus mencari ilmu kerana tanpa ilmu, sesiapa saja akan mudah sesat. Maka terhasillah Mengaji.Com, Smart Surau dan beberapa lagi projek lain.
Ads
Adam Corrie
Membesar dalam persekitaran orang Melayu membuatkan Adam Corrie bukan saja terdedah dengan budaya Melayu, malah pada ajaran Islam. Sehinggakan Adam pernah terikut-ikut untuk berpuasa dan juga tertarik dengan laungan azan.
Menurut Adam Corrie, jiwanya rasa tenang setiap kali mendengar tentang Islam.
Pada waktu itu, dia masih belum menerima hidayah untuk memeluk agama Islam meskipun dia berkawan rapat dengan anak seorang ustaz.
Untuk pengetahuan korang, hatinya hanya terbuka kepada Islam ketika berusia 39 tahun. Setahun selepas itu, dia mendirikan rumah tangga bersama isterinya.
Mengimbas kembali mengenai Adam Corrie, dia pernah menjadi seorang yang agak nakal ketika zaman kanak-kanaknya, malah bersekolah pun sehingga darjah enam saja. Bila tengok dekat TV asyik bawa watak gangster je kan. Alhamdulillah, Allah buka hatinya untuk berubah menjadi seorang yang jauh lebih baik.
* * * * *
Kalau korang nak tahu lebih banyak lagi tentang kisah penghijrahan selebriti Malaysia mendekatkan diri kepada Islam, boleh layari Kisah Inspirasi diYoutube Channel ZAYAN My.
Korang juga boleh dengarkan mereka menerusi aplikasi ZAYAN atau di saluran radio frekuensi 104.9 FM bagi korang yang menetap di Lembah Klang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang berpendapat bahawa hanya mereka yang bergaji besar saja boleh menyimpan wang kerana menganggap individu ini mempunyai wang lebihan untuk diasingkan sebagai simpanan.
Namun begitu, ini semua bukanlah alasan bagi korang yang bergaji sederhana untuk menyimpan duit. Pernah dengar pepatah ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’?
Kalau dah memang korang betul-betul bersungguh dan berusaha, pasti ada jalan untuk menyimpan sedikit walaupun tak banyak mana.
Seperti yang dilakukan oleh Syafiq Mustafa ini, threadnya di twitter pernah menjadi viral kerana dia berjaya menyimpan wang sebanyak RM12 ribu hanya dalam masa tiga bulan.
Wah, macam mana lelaki ni buat?
Jom kita baca tip yang telah dikongsi.
1. Set your goal
2. Jangan kedekut
3. Jangan asyik nak korek tabung
4. Jangan terlalu sayang duit, percaya pada rezeki
5. Guna tabung kecil
Walau bagaimanapun, ada suara-suara yang bercakap “duduk rumah parents boleh la. Kau tak ada tanggungan lagi masa ni.”
Lelaki ini mengaku bahawa semua benda tu betul tetapi kalau difikirkan semula, agak-agak kalau kita boleh ke simpan RM12 ribu dalam masa tiga bulan even duduk rumah keluarga? Hmm.. Hiks!
Jadi sebab itu kami katakan ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Kalau kita benar-benar berusaha dan bersungguh, pasti tidak ada apa yang mustahil.
Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah kelonggaran untuk merentas di antara negeri diberikan oleh kerajaan dan pihak berkuasa bermula minggu lepas, ramai warga kota yang mengambil kesempatan itu untuk ‘qada’ pulang ke kampung halaman.
Iyalah, semua orang kempunan nak pulang meraikan Aidilfitri pada bulan Mei lalu. Jadi inilah peluang terbaik bagi mereka melepaskan rindu.
Bagi sesetengah daripada kita pula yang masih berada di Kuala Lumpur disebabkan urusan kerja, tugasan assignment, peperiksaan mahupun kerana ingin fokus bercuti semasa perayaan Hari Raya Aidiladha kelak, janganlah risau.
Masa untuk kita pulang akan tiba juga. Haa, bagi anak jati Terengganu ataupun korang yang bercita-cita ingin bercuti ke Terengganu pada tahun ini, Tourism Malaysia menerusi bebenang di Twitter telahpun menyenaraikan beberapa tarikan menarik untuk dimasukkan ke itinerari di sekitar Terengganu.
Nah 8 tarikan pilihan REMAJA mengikut cadangan mereka:
01
Sungai Petang (Pusat Ternakan Ikan Kelah)
Sekiranya Ranau, Sabah mempunyai Sungai Moroli yang dijadikan Kelah Sanctuary, Terengganu pula mempunyai Sungai Petang. Haa, berenang lah korang dengan ikan-ikan jinak ini hehe..
02
Trek Chemerong – Berembun – Langsir (CBL)
Bagi yang menggemari aktiviti yang lebih mencabar, korang boleh menuju ke Chemerong Forest Reserve. Terletak di Hulu Dungun, kami menggemari trek sepanjang 27 kilometer-nya yang membawa korang ke kawasan hutan dan air terjun.
03
Pulau Lang Tengah
Ini merupakan di antara pulau paling popular di Terengganu. Namun, keindahan pantai dan lautnya masih tidak tercemar bagi yang inginkan percutian relaks.
04
Pantai Long Beach, Perhentian Kecil
Ya, ini adalah alternatif bagi yang pernah bercuti di Phuket dan Langkawi. Ia sering menjadi tarikan pelancong asing disebabkan pemandangan batu karang dan hidupan lautnya.
05
Makanan Wajib
Tak sah kalau tidak mencuba sebanyak mungkin makanan tempatan apabila berada di Terengganu. Dua lokasi cadangan Tourism Malaysia ialah Warung Pok Nong yang menyediakan pilihan celup tepung dan Nasi Dagang Atas Tol.
Kedua-duanya terletak di Kuala Terengganu.
06
Terrapuri
Akhir sekali ialah gabungan rumah tradisional Terengganu berusia 100 ke 250 tahun di Terrapuri. Belum terlambat lagi untuk korang mengambil OOTD Raya sekali lagi! Hehe.. Mesti cun gambar dengan latar belakang klasik seperti ini.
*
So, jom! Cuti dalam negara pun best okay.
Jika korang lebih gemari kawasan bersuhu dingin, why not jadikan Cameron Highland pula sebagai destinasi pilihan.
Berita penembakan Imam dari Palestin, Allahyarham Dr Fadi Mohammed Al Batsh Sabtu lalu agak memeranjatkan sekaligus menjadikan Malaysia tumpuan utama dunia ketika ini.
Allahyarham yang juga seorang pensyarah kanan Kejuruteraan Elektrik di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), ditembak di luar Kondominium Idaman Puteri di Setapak ketika sedang berjalan menuju ke Surau Medan Idaman untuk mengimamkan solat Subuh. Dua lelaki yang menaiki motosikal dikatakan telah menunggunya sebelum melepaskan 10 das tembakan yang mengenai mangsa.
Berita kematiannya turut dikaitkan dengan latar belakang kehidupan beliau dan reaksi daripada kumpulan pejuang Palestin menunjukkan yang Dr. Fadi ialah seorang yang penting kepada perjuangan menentang Israel.
Di sebalik terjadinya satu kematian bagaimana jika secara tiba-tiba korang ternampak perlakuan jenayah dan berlaku kematian di depan mata? Sebelum panik, ini lima tindakan yang boleh dilakukan jika perkara ini terjadi pada korang.
Jangan berada terlalu dekat dengan mayat – Jika ternampak susuk tubuh sudah tidak bergerak atau mati, tolong jangan berada terlalu dekat dengan mayat. Hubungi saja polis dan tunggu di sekitar lokasi.
Tindakan berada terlalu dekat akan meninggalkan kesan kaki atau jejak lain terutama bau tubuh individu pelakunya. Ini kerana bau-bau badan manusia atau bukti akan sukar dikesan oleh anjing penjejak kerana derianya sudah terkeliru. Begitu juga bukti lain seperti rambut, cap jari dan sebagainya yang akan menjadi samar jika kita sudah menyentuh mayat tersebut.
Dilarang memegang barang-barang milik di mati – Bila penyiasatan dilakukan oleh pihak polis, mereka akan cuba mencari seberapa banyak bukti yang boleh dikaitkan dengan perlakuan jenayah tersebut. Jadi jangan memandai memegang atau menyentuh apa saja objek yang kita temui di lokasi berlakunya jenayah terutama telefon, dompet atau objek aneh di lokasi. Tindakan memegang akan menyulitkan kerja polis.
Dilarang memindahkan barang-barang di lokasi – Kadang kala kita ada niat untuk lebih tahu, ingin membantu tetapi korang dinasihatkan untuk tidak memindahkan apa-apa saja barangan di lokasi. Biasanya pihak polis bukan saja cuba mengesan cap jari pelaku tetapi biasanya pihak polis akan mengukur dan merekodkan keadaan si mati dan dikaitkan dengan cara kematiannya.
Misalannya dari jarak berapa meter ditembak, objek digunakan, selain barang-barang lain yang digunakan sebagai “kayu pengukur” kepada punca kejadian jenayah terjadi. Jika kita cuba alihkan mayat dikhuatiri kerja polis lebih sukar kerana jarak, sudut dan cara kematian adalah hal yang perlu diberi perhatian oleh pihak polis ketika lakukan kera-kerja penyiasatan.
Jangan mengerumun lokasi jenayah – Ini biasakan di mana atas rasa sifat ingin tahu siapa mangsa, orang mana, lelaki atau perempuan, kita akan beramai-ramai mengerumuni mayat. Korang dinasihatkan untuk tidak berada terlalu dekat kerana semakin dekat korang dengan mangsa, semakin mudah bukti dihilangkan. Malah anjing penjejak juga keliru. Sebab itulah korang nampak polis rentangkan tali kuning dilarang melintas kerana polis mahu mencari bukti.
Jangan takut menjadi saksi – Mungkin bukan keluarga atau kita yang kena dan melibatkan keluarga orang lain. Jika korang menyaksikan perlakuan jenayah secara tak sengaja, rakamkan apa yang boleh, beri kerjasama pada polis dan jangan sesekali takut kerana jika kita bersikap mementingkan diri, kita sendiri tak tahu masa depan kita dan juga keluarga.
Sama-samalah kita menjadi warga yang prihatin ya. Semua peraturan ini terkecuali jika korang nampak mangsa kemalangan yang kita rasakan dirinya masih boleh dibantu. Tetapi jika sudah menjadi mayat, tolong jangan buat perkara-perkara dinyatakan di atas ya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.