Minggu ini, empat lagi buah lagu baru daripada penyanyi tempatan menarik perhatian REMAJA apabila masing-masing seakan mempunyai konsep yang sama.
Inti pati lirik kali ini adalah lebih melankoli, sedih dan lebih meruntun jiwa. Bagi pendengar yang sedang dilanda masalah peribadi terutamanya masalah emosi, pastinya empat buah lagu ini akan ‘dilayan’ oleh korang.
Penulis hendak ingatkan kepada korang usah dilayan sangat perasaan itu. Setiap permasalahan itu pastinya didatangkan dengan solusi. Cuma dengan kehadiran lagu-lagu ini, korang bolehlah menjadikannya sebagai peneman sementaran, hehe..
Senarai penuh 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke 33 (AJL-33) telah pun diketahui semalam.
Sebaik saja diumumkan oleh pengacara Sherry AlHadad dan Haziq Hussni, kami terus bercakap sesama sendiri mengenai penglibatan penyanyi senior yang telah ‘masak’ dengan pentas AJL-33 sebelum ini.
Antara yang melakukan comeback ialah Misha Omar, Siti Sarah, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Dayang Nurfaizah! Fuh, muka-muka tahun 2003 tu.
Siti Sarah – SemakinMisha Omar – Sampai Bila
Lalu, adakah edisi ke 33 ini akan menjadi battle di antara penyanyi senior dan junior. Mungkin. Tetapi apa yang lebih penting adalah pesaingan pencipta lagu itu sendiri, bukannya penyanyi semata.
Cuma mereka boleh menunjukkan taring dalam kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik nanti. Memandangkan kebanyakan lagu yang terpilih adalah dari genre balada, memang semuanya cuba ‘tarik’ suara sebaik mungkin lah!
Haqiem Rusli – Jatuh Bangun
Ini dia senarai penuh 12 buah lagu yang layak..
Semakin – Siti Sarah (Komposer & Lirik : Shuib, Mera Utama)
Sampai Bila– Misha Omar (Komposer & Lirik : Sharol Paul, Fedtri Yahya, Shah Shamshiri)
Nisan Cinta – Jaclyn Victor & Siti Nordiana (Komposer & Lirik : Mike Chan, Hael Husaini, Ezra Kong)
Tak Pernah Hilang – Amylea & Kaer (Komposer & Lirik : Farouk Roman, Amylea)
Bunga – Altimet (Komposer & Lirik : Omar K, Hohn Jeevasingam, Altimet)
Bunga– Ara Johari (Komposer & Lirik : Kadok, Laq, Hang Nadim)
Kau Pun Sama – Syamel (Komposer & Lirik : Syamel, Kid Santhe)
Haram – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah (Komposer & Lirik : Ezra Kong, Hael Husaini)
Antara perkara yang penulis tak sabar untuk menantikan adalah jika Altimetdan Ara Johariakan mengadakan kolaborasi khas lagu mereka berdua semasa promosi kerana – duh – kedua-duanya mempunyai tajuk lagu yang sama iaitu Bunga.
Kemudian, adakah Hael akan mengadakan persembahan medley untuk Haram dan Hajat? Cam best je kalau benda itu berlaku. Dan akhir sekali (eh, banyak betul harapan) jika kesemua penyanyi junior & senior dapat menyanyikan lagu penyanyi genre lain.
Khai Bahar – LuluhSufian Suhaimi – Di Matamu
Contohnya, jika Siti Sarah boleh nyanyikan lagu Luluh, kan best!
Apa-apa pun, penulis mengucapkan tahniah kepada 12 finalis yang terpilih. Walaupun tiada wakil band (sabar ya Aweera) atau genre rock, penulis pasti para juri telah memilih yang terbaik daripada yang terbaik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ingat lagi rasa tidak puas hati semua orang terhadap logo Hari Kemerdekaan tahun lalu?
Selepas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia melancarkan logo rasmi Hari Kemerdekaan ke 60 dengan tema ‘Sehati Sejiwa’ pada tahun lalu, netizen tak teragak-agak untuk mengkritik rekaan logo tersebut yang dikatakan semudah ‘crop dan paste’ menggunakan feature Paint.
Nampaknya tahun ini, kementerian yang sama akan menggunakan pendekatan berbeza untuk mencipta logo Hari Kemerdekaan.
Mereka mengajak netizen untuk menyertai pertandingan mencipta logo Hari Kemerdekaan dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’.
Logo yang terpilih akan digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan datang. How cool is that!
Korang yang berminat dan berbakat besar dalam penciptaan logo bolehlah menghantar penyertaan melalui Facebook Malaysia 360 atau ke laman web malaysiamerdeka.my
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 Julai 2018. So bagi kaki kritik logo tahun lepas tu, apa lagi? Tunjukkan kreativiti korang pula.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun dunia semakin berubah dengan pantas, esen kepada ciri-ciri kepimpinan masih sama seperti zaman terdahulu.
Sejak kecil, kita dibesarkan dengan kisah-kisah pemimpin hebat dunia Islam yang banyak mengubah corak kepimpinan dan kehidupan masyarakat Islam sedunia.
Mungkin sempena Pilihan Raya Umum ke 14 ini, kita boleh mengharapkan agar ciri-ciri lima pemimpin hebat Islam ini ada dalam diri calon mana-mana parti.
Gemar Turun Padang
Walaupun diberikan tampuk kuasa pemerintahan, ia tidak harus disalah guna untuk menguntungkan diri sendiri dan orang terdekat. Sebaliknya, rakyat yang memerlukan bantuan dibela.
Saidina Umar al-Khattab mudah menitiskan air mata jika ada rakyat yang kelaparan. Beliau tidak mampu untuk tidur dengan nyenyak sehinggalah dapat memastikan perut rakyat terlah terisi dengan makanan.
Dalam bahasa mudah, seharusnya pemimpin sentiasa berusaha untuk menjamin rakyat dapat hidup dengan selesa.
Membantu Dengan Ikhlas
Satu hari, Saidina Umar al-Khattab bertemu dengan seorang ibu yang memasak batu hanya untuk menghiburkan anaknya yang menangis kelaparan. Semuanya gara-gara tidak mampuk memiliki makanan.
Pada waktu itu juga, beliau memikul sekarung gandum dari gudang negara untuk diberikan kepada wanita tersebut namun merahsiakan kerja amalnya itu. Dalam dunia sekarang, janganlah pemimpin mengharapkan liputan media untuk datang sebelum mereka menghulurkan tangan bantuan.
Ikhlaslah ketika membantu rakyat.
Pikul Amanah Negara
Pemimpin hebat, Khalifah Umar bin Abdul Aziz akan memastikan rakyat di bawah kepimpinannya tidak lagi terdiri daripada golongan penerima zakat. Penurunan statistik kemiskinan semasa zamannya menjadi penanda betapa sistematik cara beliau menguruskan amanah dan ekonomi negara.
Berani Pertahankan Rakyat
Panglima kaum Muslimin, Salahuddin al-Ayyubi menghabiskan separuh daripada kehidupannya untuk membebaskan negeri Muslim daripada cengkaman penindas. Bagi beliau, tidak sejengkal pun tanah kaum Muslimin boleh dihina atau dirampas oleh sesiapa pun.
Beliau pantang menyerah tatkala berada di medan jihat sehingga beliau begitu disegani oleh pemimpin dunia pada waktu tersebut.
Sumber: Timbalan Mufti Perak
* * * * *
Diharap bakal pemimpin daripada mana-mana parti boleh mencontohi sifat kepimpinan yang ada pada mereka ini. Bukan sekadar menaburkan janji manis dan beramah mesra semasa tempoh berkempen saja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!