4 Dekad Dalam Industri, G-Shock Tampil ‘All- Out’ Berkolaborasi Bersama 88Rising

Share

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan jenama jam G-Shock dari Jepun?

Tidak kira anda peminat jam atau tidak, jenama jam tangan G-Shock cukup terkenal kerana kualitinya.

Dilahirkan daripada keinginan untuk mencipta jam tangan yang tidak pernah rosak,
Casio G-Shock dikenali sebagai “jam tangan paling tahan lasak di planet ini” dalam kalangan die hard watch collector keliling dunia. Fuiyohhhh…..

ARTIKEL BERKAITAN: Unnie! Sandara Park Teruja Bersama 2NE1 Hingga Kasut Tercampak Di Coachella

Selasa lepas, jenama jam terkenal ini meraikan ulang tahun ke-40 secara besar-besaran di Pavilion Kuala Lumpur dengan mengadakan lawatan pop-up store yang turut menampilkan koleksi terbaru mereka dengan artis rakaman syarikat muzik Amerika Syarikat, 88rising.

Lawatan ini dimaklumkan akan mendarat sehingga 29 Oktober dan boleh dikunjungi oleh orang ramai yang berminat untuk melihat sendiri koleksi terbaru jenama jam tangan ini.

Antara koleksi jam tangan yang dipamerkan adalah siri Clear Remix, siri Remaster Black, siri Recrystallized series, siri Adventurer’s Stone, siri Flare Red dan kerjasama G-SHOCK x Eric Haze yang dinanti-nantikan selama ini.

Sebaik sahaja pengunjung menjejakkan langkah ke Centre Court

Pavilion Kuala Lumpur, pameran berbentuk G-SHOCK 2100 tersergam indah yang turut mempamerkan sejarah perjalanan jenama jam terkenal tersebut selama hampir 40 tahun.

Acara pop-up tersebut juga menampilkan potret beberapa artis daripada syarikat rakaman muzik terkenal itu termasuk Rich Brian, Warren Hue, Spence Lee, Dumbfounded, Ylona Garcia, Milli, Atarashii Gakko!, Niki, dan Stephanie Poetri.

Potret artis tersebut turut menyampaikan intipati legasi G-SHOCK sambil menonjolkan asal usul artis dan intipati inspirasi reka bentuk jam tangan dari koleksi tersebut. Memang wowzers sangat!

Pengunjung turut berpeluang membeli jam tangan edisi terhad G-SHOCK x 88rising bersama sehelai t-shirt keluaran khas, berharga MYR 139 setiap satu.

Jadi apa anda tunggu lagi? Ayuh bergaya bersama jam tangan eksklusif keluaran G-Shock!

BACA LAGI: Berjaya Buat David Foster ‘Annoyed’ Lalu Turun Pentas, Sissy Iman Hulur Albumnya Sebagai Tanda Minta Maaf

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT FOTO: Casio, G-Shock

IKLAN