Perasaan teruja bertukar menjadi sedih apabila 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai telah ditipu oleh sebuah agensi pelancongan.

Menurut laporan Sinar Harian, bakal jemaah haji tersebut dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH). Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.

380 Bakal Jemaah Haji Terkandas Di KLIA, Ditipu Agensi Hingga Puluhan Ribu Ringgit
Sumber: Sinar Harian

Salah seorang mangsa memberitahu bahawa agensi pelancongan telah meminta semua jemaah di bawah kendaliannya untuk datang ke KLIA pada Khamis kerana penerbangan dijangka berlepas pada pukul 4.30 petang, namun dimaklumkan telah ditangguh pada pukul 7 malam.

Walau bagaimanapun, semakan mendapati penerbangan terakhir ke Jeddah, Arab Saudi adalah kira-kira pukul 6 petang (hari kejadian) dan mangsa tidak dimaklumkan apa-apa wakil oleh agensi pelancongan tersebut. Bakal jemaah juga tidak pernah ditunjukkan tiket penerbangan dan visa untuk menunaikan haji.

IKLAN
380 Bakal Jemaah Haji Terkandas Di KLIA, Ditipu Agensi Hingga Puluhan Ribu Ringgit
Sumber: Sinar Harian

Sehingga kini mangsa tidak mendapat pasport mereka lagi kerana ia masih dipegang oleh agensi pelancongan itu. Sepasang suami isteri dari Terengganu mengalami kerugian sebanyak RM76,000 dan difahamkan bakal jemaah telah membayar sekitar RM16,000 hingga RM35,000 untuk pakej yang ditawarkan.

380 Bakal Jemaah Haji Terkandas Di KLIA, Ditipu Agensi Hingga Puluhan Ribu Ringgit
Sumber: Sinar Harian

Pihak polis masih lagi merakamkan keterangan daripada pengendali agensi pelancongan tersebut. Jika benar mereka menipu bakal-bakal jemaah haji ini, semoga ada keadilan buat seluruh mangsa yang terbabit. Sama-sama kita doakan agar kesemua mangsa kuat untuk menempuh ujian ini.

IKLAN

Sumber: (1)

IKLAN

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI