30 Saat 1 Skrip, Dewi Remaja Kena Mengacara On The Spot

Share

 

Sebelum finalis Dewi Remaja 2018/2019 sempat untuk bernafas bagi Episod Keenam Ahad ni, kami sempat untuk test skil mereka mengacara!

 

Iyalah, kata nak jadi pengacara lah, penyampai radiolah, nak interview selebriti terkenal di red carpet

dan sebagainya.

Jadi sebelum korang dapat lakukan semua itu, kami test dulu skil masing-masing secara impromptu. Setiap finalis perlu mencabut undian yang tertera jenis tugasan masing-masing.

Kemudian untuk tempoh 30 saat, mereka perlu memikirkan skrip, situasi dan cara penyampaian masing-masing. Walaupun penonton merasakan tempoh 30 saat itu sekejap, tetapi bagi seorang wartawan penyiaran yang selalu korang tonton semasa berita siaran langsung di TV tu, tempoh 30 saat amatlah lama.

Ia perlu padat dengan informasi, penyampaian yang smooothhh dan daya confidence yang menebal.

Jom tengok siapa paling bersedia!

 

Jangan lupa menonton Episod Keenam

Dewi Remaja 2018/2019 pada Ahad ini (30 Disember) jam 10.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Kemudian, ikuti LIVE Instagram dan Facebook bersama finalis jam 11.30 malam.

IKLAN