3 Langkah Dapatkan Solekan Effortless Seperti Amyra Rosli Di DFKL 2019

Share

 

Nur oh Nur, kenapa cantik sangat semalam?

 

Semalam, anugerah DFKL 2019 telah berlangsung dengan cukup meriah apabila drama hit tempatan, Nur berjaya menempah beberapa kejayaan besar.

Antaranya termasuklah kategori pasangan pilihan melibatkan Amyra Rosli dan Syafiq Kyle. Congrats korang!

Selain menerima pujian dek kerana gandingan mantap mereka, Amyra juga mendapat pujian kerana kelihatan cukup cantik semalam.

Melalui khidmat jurusolek #ahmadanimakeup, Amyra kelihatan cukup cantik dan menonjol walaupun dengan lapisan mekap yang tidak terlalu tebal. Rahsianya adalah 3 langkah yang diaplikasikan pada wajahnya.

Pertama, Amyra menggunakan gincu Lip Color Satin Matte la Nude oleh Tom Ford Beauty. Ia mempunyai warna nude yang cukup berkesan untuk warna kulit perempuan Asia kerana tidak terlalu pucat mahupun terang.

Kedua, Ahma Dani menggunakan The Sheer Pressed Powder

dalam tona Translucent 02 dari jenama La Mer. Ada dijual di laman web La Mer dan di Sephora, ia adalah teknik terakhir yang harus korang gunakan pada wajah untuk mendapatkan efek matte tanpa minyak untuk semalam suntuk.

Akhir sekali, juntaian low ponytail oleh Amyra semalam membantu dia untuk menjadikan konsep effortless tersebut terhasil. Ini kerana dress Rizman Ruzaini yang disarung Amyra sudah sedia glamor. Lantas, dandanan rambut sanggul atau ‘kepuk’ beralun boleh membuatkannya lebih berusia.

Gunakan teknik back comb pada bahagian belakan dan atas kepala untuk mendapatkan volume sebelum mengikatnya dengan kemas. Kemudian, sempurnakannya dengan hairspray.

BACA: Tiru Beauty Look Fazura Untuk Malam ABPBH31, Macam Ni Rupanya..

Tadaaa! Jadilah korang persis Amyra Rosli.

IKLAN