Kalau hendak diikutkan, ramai penghibur hebat yang sebenarnya dijadualkan untuk menjayakan persembahan di Kuala Lumpur pada bulan Mac dan April 2020.
Di antaranya termasuklah Khalid (4 April, Stadium Malawati) dan Kim Jae-Joong (14 Mac, Stadium Malawati). Malah ada khabar angin yang mengatakan bahawa keseluruhan tahun 2020 akan bebas daripada sebarang penganjuran konsert di Malaysia. Bummer.
Ini bagi memastikan tiada punca merebaknya wabak Covid-19 walaupun selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat kelak.
*
Korang janganlah sedih sangat. Kebanyakan penghibur sedang merancang untuk melakukan persembahan secara maya sama ada di Instagram, YouTube, Facebook atau laman web hanya untuk peminat mereka.
Ada di antara persembahan tersebut dilakukan secara percuma untuk tontonan semua. Ada juga yang dilakukan untuk mengutip dana bagi bantuan kepada mangsa wabak Covid-19.
Jom lihat senarai beberapa persembahan terakhir yang menanti korang sebelum permulaan bulan Ramadan pada Jumaat ini.
Ads
01
KEMPINSKI CONCERTINI
Dibahagikan kepada 3 siri pada hari berlainan, pemaju 8 Conlay iaitu KSK Land akan membawakan 3 pemuzik hebat menerusi Kempinski Concertini : A Digital Concert Series by 8 Conlay. Ia telah bermula semalam di platform Instagram @8Conlay menerusi persembahan pemain sape dari Sarawak, Alena Murang. Ia diikuti oleh pemain violin, Josh Kua (24 April, 8.00 – 8.30 malam) dan Shila Amzah (3 Mei, 8.00 – 8.30 malam)
Untuk mengutip sumbangan terhadap mangsa wabak Covid-19 di Amerika Syarikat, konsert ini akan disiarkan secara langsung di aplikasi Apple Music dan AppleTV seluruh dunia. Ia akan disertai oleh Halsey, Jon Bon Jovi, SZA, Charlie XCX dan ramai lagi.
Festival muzik digital ini akan berlangsung dari 24 hingga 26 April ini dengan persembahan daripada Yungblud, Channel Tres, Pink Sweat$, Zeds Dead, Trevor Daniel, Jeremy Zucker and trust us, ramai lagi. Dana yang dikumpul daripada acara ini akan didermakan untuk membantu mangsa Covid-19 di bawah Sweet Relief dan Feeding Amerika.
Jika korang merupakan peminat Hanson, NETTA dan Flora Cash, korang tak boleh lepaskan peluang untuk menonton mereka secara percuma pada 25 April ini di Loop.tv. Kesemua dana bantuan akan disalurkan kepada MusiCares.
Siapa kata orang muda tak ada rasa sengal-sengal pada tubuh badan? Bukan golongan berumur je, anak-anak muda sekarang pun dah mula rasa badan penuh angin, lenguh sendi dan sakit belakang.
Untuk membantu anda mengatasi masalah ni, REMAJA ingin berkongsi tentang manfaat mandi ais yang dikatakan boleh menghilangkan rasa bisa dalam badan, sakit kepala, susah tidur dan menghindarkan diri daripada gangguan makhluk halus.
Jom lihat perkongsian menarik daripada laman Facebook Juna Ameral ini tentang cara-cara untuk mandi ais. Apa-apa pun ini hanyalah sekadar ikhtiar yang boleh dilakukan, selebihnya kita tawakal saja pada yang Maha Kuasa.
Cara-cara:
1. Beli sepaket ais dan masukkan ke dalam baldi, kemudian campurkan sedikit dengan air dalam baldi tersebut.
2. Perah limau nipis atau limau purut dalam empat atau lima biji.
Sebelum mandi, bacalah:
1. Al-Fatihah 3x
2. Al-Ikhlas 3x
3. Selawat 3x
Sebaiknya, baca ayat suci ini sebelum baldi dibawa masuk ke dalam bilik air. Setelah itu barulah anda mandi dengan air mandian tersebut.
Lebih baik jika air mandian ini digunakan pada bilasan terakhir. Mandi dulu dengan air biasa, kemudian baru mandi dengan air limau ini. Mula mandi daripada kepala, lebih kan siram di belakang tengkuk dan bahu.
Sekiranya ada gangguan, anda akan rasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk. Badan dan kepala akan menjadi lebih ringan.
Jika anda sendawa atau muntah selepas mandi, dinasihatkan agar anda dapatkan rawatan Islam.Mandian ini hanya alternatif dalam merawat pesakit seperti buang angin bisa dalam badan. Disarankan mandi pada waktu selepas Subuh dan selepas Maghrib. Anda akan rasa kesegarannya.
Ada beberapa selebriti Malaysia sebenarnya berdarah kacukan dan kerana keunikan wajah itu membuatkan mereka sering mendapat perhatian dan membawa tuah dalam karier masing-masing.
Mungkin ada di antara mereka yang korang sendiri tak tahu rupanya bukan ‘anak Melayu’ kerana terselit darah kacukan yang mengalir dalam badan.
Jom lita lihat senarai selebriti-selebriti Malaysia yang berdarah campuran.
Kelmarin, REMAJA telah berkongsi menerusi kolum Trending berkenaan enam orang selebriti yang mati akibat kes bunuh diri. TIGA daripada mereka terlibat dalam kes tersebut pada tahun ini.
Lalu kami bertanyakan sesama sendiri, golongan selebriti ni memang selalu berdepan dengan tekanan melampau ke sehingga sanggup meragut nyawa? Atau sehingga sanggup menayangkan video untuk menagih perhatian?
REMAJA tertarik dengan perkongsian oleh pengarah dan pelakon, kak Erma Fatima di akaun Instagramnya hari ini. Dalam caption-nya yang merujuk kepada artikel REMAJA kelmarin, jelas kak Erma sedikit terkesan dengan apa yang sedang berlaku dalam dunia hari ni, terutamanya di kalangan selebriti. Ia berbunyi:
“Orang Seni ni halus jiwanya…mudah tersentuh..mudah juga rosak jiwanya…Orang seni juga mudah absorb. Bukan saja karakter yang dilakonkan tapi juga persekitaran. Orang seni juga paling mudah terdedah pada musuh utama iaitu RIAK dan SOMBONG. Kerana POPULARITI mampu merubah kita.”
Di saat ‘zaman kegemilangan’ seseorang itu memuncak, sebagai manusia biasa, memang mudah untuk sesiapa pun mendongak terlalu tinggi.
Penulis bukan je merujuk kepada selebriti di sini, tetapi juga kepada belia seperti kita. Bila kena ‘cucuk’ sikit dengan pujian oleh ‘kawan baru’, kawan sebenar yang dah dikenali selama bertahun-tahun mudah dilupakan. Walaupun kawan itulah yang tak putus-putus menguntum nasihat dan doa.
“Orang seni itu sepi…jiwanya terisi hanya di lokasi. Kerana di lokasi itu mereka dikelilingi dengan jiwa-jiwa seni lain yang berperang untuk hidup. Setelah mereka pulang..mereka akan bertemu lagi dengan kesepian dan kekosongan.
Dan kerana hatinya rapuh maka kesepian dan kekosongan itu mudah terisi dengan sesuatu yang disangka mampu mengisi kesepiannya itu tanpa mengetahui yang SESUATU itulah yang akan MEROSAKAN jiwanya.
Akhirnya dia akan berperang dengan EMOSI yang telah dirosakkan oleh sesuatu itu. Ketika itu..dia akan menjadi KELIRU. Kehalusan jiwanya makin RAPUH. KERANA itu orang seni kena berdamping dengan IMAN sebelum NAFSU menguasai IMAN.”
Mudah untuk kita ‘taksub’ dengan kehidupan seharian kita. Jika yang nak kejarkan kecemerlangan dalam peperiksaan, kita lupakan segala kewajipan lain bahkan kewajipan kepadaNya demi mentelaah.
Jika sampai waktu untuk kita mencari duit, segalanya dicurahkan untuk mengejar harta walaupun kewajipan lain kepada ibu bapa dan keluarga terabai begitu je.
Seperti yang kak Erma ceritakan, setelah pulang ke rumah dan bersendirian, manusia itu masih tak tahu nak duduk diam dan nak ‘mengejar sesuatu’. Kalau tak, jiwa terasa kosong.
Pada waktu ‘kekosongan’ itulah manusia mudah melupakan bantuan Yang Esa demi. Sebaliknya, dia terarah kepada untuk mengisi kekosongan dengan cara duniawi – jalan mudah.
“Dari mana IMAN itu? Carilah pada RUKUN IMAN. Hanya IMAN mampu menjadi DOKTOR yang merawat JIWA-JIWA kita yang halus dan rapuh ini. BUKAN clubbing, BUKAN alkohol, BUKAN dadah, BUKAN ilmu yang lebih mengelirukan, BUKAN juga kawan-kawan.
“ORANG SENI pilihan dari ALLAH. Hargailah bakat yang dikurniakan pada kita kerana ada berjuta manusia yang ingin jadi seperti kita. JANGAN ROSAKKAN KURNIAAN itu hanya kerana kita lupa mendampingi IMAN.”
#hati aku tergerak untuk menulis ini bila artikel ini menganggu emosiku dari malam tadi.
Semoga ALLAH melindungi semua sahabat seni aku dari kerapuhan itu. AMIN
Mesej yang disampaikan kak Erma ini cukup jelas. Dia mungkin lebih mengerti yang berlaku di dalam dunia hiburan. Dia mungkin lebih mengetahui apa yang berlaku kepada sebahagian daripada rakan-rakan seninya
Manusia memang mudah untuk hilang pertimbangan. Manusia juga mudah untuk putar belitkan kehidupan sendiri sehingga mereka sendiri lupa hala laluan hidup mereka yang asal.
Alangkah baik jika kita semua memegang prinsip untuk kembali kepada Yang Esa. Ketika susah, ketika senang. Ketika kita diuji dengan musibah malah ketika kita diuji dengan nikmat sekalipun. Guys, selalu ingat, Tuhan sentiasa ada bersama kita. Ambil peluang dan dekatiNya.
mencipta kejayaan membanggakan dengan meraih tempat ketiga Miss World Asia 2026, Taanusiya Chetty kini bersedia membuka langkah baharu dalam dunia hiburan.
Pemilik nama penuh Taanusiya...