Indahnya aturan Allah, jika iklim Khatulistiwa menerima siang dan malam dalam tempoh 24 jam, berbeza dengan benua Artik (Kutub Utara) yang sepanjang masa adalah siang.
Inilah kebesaran Allah taala yang dapat disaksikan oleh pelajar Sekolah Menengah Sains Dungun (SMSD), Aiman Haikal Salim, 16 tahun apabila terpilih mewakili Malaysia dalam program Students On Ice – Arctic Educational Expedition 2018 pada Ogos lalu.
Aiman bersama Suffi dan seorang guru pengiring menyertai program Students On Ice – Arctic Educational Expedition 2018 pada Ogos laluPelajar diberi pengetahuan mengenai pelbagai aspek termasuk pemanasan global, kajian tumbuhan dan pelbagai lagi di benua Artik atau Kutub Utara
Bersama seorang lagi pelajar, Suffi Amilia dari SMK Sultan Ismail, Kuala Terengganu diiringi seorang guru selain 212 pelajar dari seluruh dunia berusia antara 13-24 tahun, Aiman berkata, ketika di Artik dia juga berkesempatan bertemu ketua-ketua puak yang dipanggil Inuit.
“Di Antartika orang sebut orang Eskimo tapi di Artik dipanggil Inuik. Ketika saya pergi suhu mencecah -7 dan saya sendiri pakai baju empat lapis tapi bagi puak ini, mereka hanya pakai selapis dua. Bagi mereka -7 itu panas. Kecuali ketika itu suhu -40, barulah pakai baju tiga-empat helai,” katanya memaklumkan tidak sama seperti Antartika, di benua Artik ada tanah dan kampung. Kata Aiman, perkampungan mereka di cat berwarna warni dan sangat menarik perhatian.
Inilah salah satu perkampungan di Artik, amat cantik. Rumah mereka dicat warna warniDi perkampungan di Artik yang mana rumah mereka dicat berwarna-warni dan sangat cantik
Jelas Aiman lagi, jika di Malaysia keputusan SPM straight A dianggap membanggakan bagi pelajar tapi di Artik dan puak Inuik ini, kalau remaja mereka berjaya memburu ikan paus biru, mereka dianggap hero.
“Bagi mereka pelajaran tak penting sebagaimana di sini tapi kebanggaan mereka kalau dapat memburu ikan paus biru di laut dalam,” katanya memaklumkan beza antara Artik dan Antartika ialah, di Artik siangnya 24 jam manakala di Antartika pula 24 jam malam.
“Jika bumi Artik masih ada tanah dan lautan dan dipenuhi iceberg tapi di Antartika dipenuhi iceberg dan di bawahnya adalah lautan,” katanya yang banyak belajar bahawa bumi semakin tenat akibat kerakusan manusia sendiri.
Beginilah rupa iceberg yang dipenuhi tompok hitam dipercayai pelepasan karbon monoksida dan melalui udara ianya bergerak ke iceberg ini. Ianya beracun dan jika iceberg ini mencair, kehidupan di lautan terancam kerana beracunIni pula iceberg yang pecah dan berbentuk seperti kapal besar. Jika iceberg ini mencair, paras air laut akan semakin meningkat dan memberi kesan buruk kepada manusia di benua lain kerana 70 peratus bumi adalah lautan
Kongsi Aiman, sebelum menaiki kapal kecil iaitu Zodiac, mereka perlu menempuh pelayaran 24 jam menaiki kapal besar. Kemudian barulah dibahagi kepada kapal-kapal kecil.
Ads
“Dari atas kapal, saya dapat saksikan satu iceberg besar tetapi kelihatan tompokan hitam-hitam melekat pada iceberg ini. Bila kami tanya pada pengendali program, katanya tompokan hitam itu adalah pelepasan gas karbon monoksida yang dilepaskan dari asap kenderaan, sistem penghawa dingin dan sebagainya.
“Ia juga beracun dan jika iceberg itu mencair, air akan memasuki lautan sekaligus mengakibatkan kematian kepada hidupan seperti ikan-ikan dan batu karang dan amat berbahaya kepada manusia yang menjadikan sumber laut sebagai makanan,” katanya memaklumkan, mereka diberi peluang untuk membuat kajian bukan saja tentang alam tetapi juga manusia,” katanya memaklumi turut membuat kajian mengenai haiwan dan tumbuhan yang mampu hidup di Artik.
Kajian tentang tumbuhan yang mampu hidup di ArtikPelajar diberikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan kajian di Artik
Dalam pada itu, Aiman memaklumi dia terlihat iceberg besar berbentuk kapal.
“Subhanaallah, memang pemandangan ini sangat menakjubkan dan saya bersyukur diberi kesempatan menjayakan program ini,’ katanya memaklumkan iceberg berfungsi sebagai penahan air laut.
“Ramai orang faham, iceberg ini dikatakan mampu meningkatkan paras air laut. Tidak sebenarnya kerana icaberg ini berfungsi sebagai penahan air laut. Kecualilah ia pecah dan mencair, barulah lautan dipenuhi air,” katanya memaklumkan, penyertaannya ke Artik ini bermula apabila seramai 30 pelajar terpilih dari ratusan penyertaan anjuran Yayasan Antartika Sultan Mizan.
Ads
Kesejukan melampau iaitu -7 tetapi bagi Aiman ia adalah satu pengalaman berharga buatnya sepanjang 2 minggu itu24 jam pelayaran sebelum boleh sampai di Artik menaiki Adventure Canada
“Sebelum ke sini, ada pelbagai ujian, tulisan, pengetahuan diuji sebelum dipilih. Antaranya esei mengenai Artik, pengetahuan dan macam-macam lagi. Saya antara 70 pelajar yang disaring dan mengikuti Kem Pola Sains di Pusat Sains Terengganu.
“Tak sangka pula dalam ramai-ramai, saya terpilih tetapi sebelum mengikuti kem memang saya ada buat penyelidikan dan membaca tentang Artik. Malah selepas balik ke sini, kami sudah mengadakan road tour kepada pelajar di Terengganu tentang benua Artik ini.
“Program ini dikongsikan untuk pelajar lebih memahami mengenai Artik dan apa implikasinya kepada kita di sini. Walau Malaysia jauh dari Artik (berdekatan Kanada) tetapi kesan kepada Artik dan Antartika turut boleh mendatangkan kesan buruk kerana 70 peratus dari bumi terdiri dari lautan.
Bagi Aiman, cabaran terbesar ialah solat tetapi syukur kerana mereka diberikan bilik khas untuk melakukan ibadah ini.
Ads
“Saya juga berpeluang mandi laut Artik hinggakan saya demam, tapi itu semua pengalaman berharga,” katanya.
Aiman bersama salah seorang peserta program yang turut mengikuti ekspedisi ini
Pihak sekolah turut memberi sokongan kepada ekspedisi ini
Angkat imej sekolah, negara
Sementara itu, Pengetua SMSD, Noor Maziah A Rahman berkata, penglibatan pelajar SMSD di peringkat antarabangsa amat membanggakan.
Menurutnya, ia membuktikan mereka mampu berada sebaris dengan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang lain.
“Antaranya untuk program Asian Science Camp ke Indonesia, Student On Ice ke Artik dan Sakura Science Challenge ke Jepun.
“Penglibatan dalam program sebegini bukan hanya mengangkat imej sekolah tetapi yang lebih penting memberikan pengalaman dan membantu proses pembelajaran mereka,” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelantun lagu PadaMu Ku Bersujud, Afgan menyifatkan pengalamannya menunaikan ibadah hajipada usia 35 tahun sebagai sesuatu yang luar biasa.
Tiga hari selepas menyambut ulang tahun kelahirannya pada 27 Mei lalu, penyanyi Indonesia itu telah berlepas ke tanah suci Madinah sebelum ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji.
Menariknya, perjalanan pada kali ini disempurnakan Afgan tanpa terlalu banyak berkongsikan momen-momen harian di sana.
Sebaliknya, hanya bingkisan ringkas di Instagram Story yang menjadi sumber tontonan peminatnya yang tertanya-tanya khabarnya di sana.
Hanya setelah menyambut Hari Arafah pada Khamis minggu lalu sebelum meraikan perayaan Aidiladha di sana, barulah kelibat hantaran di Instagram Afgan muncul dengan lebih kerap.
Mungkin sekali penyanyi tersebut ingin mengabadikan momen indah di sana untuk mendekatkan dirinya dengan Ilahi di luar pandangan ribuan peminatnya.
Usai selamat menyempurnakan ibadah haji, Afgan berkongsi perasaannya setelah rasmi menjadi ‘Pak Haji’.
“Sempurna sudah ibadah haji pertama saya. Ini adalah perjalanan rohani yang sangat indah ditambah pula saya berangkat sendiri dengan bermodalkan rasa nekad sahaja.
“Ini adalah pengalaman sekali seumur hidup dan rasa sangat bersyukur kerana boleh menjadi tetamu Allah tahun ini,” titipnya menerusi Instagram.
Dalam pada peminat menzahirkan rasa syukur melihat penyanyi kegemaran mereka ini berjaya memperolehi peluang menunaikan haji pada usia muda, Afgan sempat mengingatkan mereka mengenai makna di sebalik pengalaman berada di tanah suci.
“Ibadah haji adalah perjalanan antara anda dan Tuhan. Satu ibadah yang mengingatkan agar sentiasa merendah diri dan sentiasa ingat bahawa anda tidak akan sesekali keseorang selagi ada Tuhan bersama.
“Terima kasih atas doa kalian,” kata pemilik nama penuh Afgansyah Reza itu lagi.
Selain Afgan, antara selebriti lain yang turun terpilih dijemput ke tanah suci bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini ialah pelakon, Bella Dally.
“Saya single. Tolong carikan girlfriend untuk saya. Memang betul saya single sekarang. Sekarang ini selain berlakon saya juga aktif mengikuti aktiviti larian bersama kumpulan Challo setiap hujung minggu.
“Shout out to Challo Run kerana memberi inspirasi serta galakan kepada generasi muda untuk amalkan hidup sihat,” katanya kepada Remaja.
Baru-baru ini, desas-desus mengatakan pelakon drama popular Project: High Council menjalin hubungan dengan seorang wanita dari Singapura selepas foto mereka bersama tersebar. Namun, dia menafikan bahawa lelaki di dalam foto tersebut adalah dirinya.
Ditanya adakah dia ralat apabila terpalit dengan kontroversi seperti itu, kata Amir dia mengambil pendekatan dengan duduk di rumah menonton Netflix sebagai medium melupakan masalah.
“Setiap kali saya balik rumah, saya buka kasut, letak beg terus duduk di atas sofa dan menonton filem dalam Netflix.
“Saya ikut nasihat pengarah filem Kahar. Kapla High Council yang meminta saya untuk banyak menonton filem agar dapat memantapkan skil lakonan saya,” kongsinya.
Dalam perkembangan lain, Amir bakal muncul dengan filem Kahar. Kapla High Council yang akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 28 November 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam suasana penuh keberkatan Ramadan, aktres jelita, Toh Puan Syamim Freida berkongsi detik bermakna yang pastinya menjadi kenangan terindah dalam hidupnya.
Dua Momen Istimewa Dalam Satu Malam
Menerusi hantaran di Instagram Story, bekas peserta Dewi Remaja itu meluahkan rasa syukur apabila berjaya menamatkan bacaan al-Quran pada malam ke-27 Ramadan, iaitu satu malam yang cukup istimewa buat umat Islam.
Lebih menyentuh hati, detik tersebut turut jatuh pada tarikh ulang tahun perkahwinannya yang ke-10.
“Pada malam ke-27 Ramadan, saya berjaya khatam al-Quran dan ia jatuh pada ulang tahun perkahwinan kami yang ke-10,” coretnya.
Nikmat Berganda Yang Disyukuri
Menurut Syamim, momen tersebut disifatkan sebagai satu nikmat besar yang tidak ternilai buat dirinya dan suami tercinta.
“Alhamdulillah atas setiap nikmat setiap ujian dan setiap detik yang membawa kami ke sini,” katanya.
Doa Buat Cinta Yang Terus Mekar
Dalam kesempatan sama, Syamim turut menitipkan doa agar hubungan yang dibina selama sedekad itu terus dilindungi dan diberkati.
“Semoga Allah terus membimbing kami, melindungi cinta kami dan mengisi kehidupan kami dengan keberkatan,” katanya.
Untuk rekod, Syamim mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari Al-Hajj pada 19 Mac 2016.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari Ibu tahun ini cukup bermakna buat aktor versatil, Aedy Ashraf apabila luahan penghargaan yang dititipkan buat ibunya yang juga pelakon, Liza Zain mengundang...