23 Ahli NCT Muncul, Super Junior Ubat Rindu – Lihat 16 Stail Di Asia Artist Award

Share

 

Award season is definitely back in Korea!

Walaupun baru memasuki tahun kelima penganjuran acara Asia Artist Awards, itu tidak bermakna peminat dunia K-pop dan K-Drama tidak tertunggu-tunggu untuk menyaksikan siaran anugerah tersebut pada malam ini.

Apa yang membuatkan Asia Artist Awards berbeza dengan anugerah lain adalah ia memberi penghargaan kepada pelakon, penyanyi, selebriti rancangan berbentuk variety dan ramai lagi.

Jom lihat 15 stail pilihan REMAJA yang disarungkan oleh selebriti Korea kegemaran korang sama ada di atas pentas mahupun di karpet merah.

 

NCT

Pemenang Album Terbaik (Daesang), Artis Terbaik Muzik (Lelaki), Emosi Terbaik Muzik (NCT Dream) & Selebriti Asia Terbaik (WayV)

 

Seo Ye Ji

Pemenang Artis Terbaik Televisyen/Filem (Wanita) & AAA Hot Issue Televisyen/Filem (Wanita)

 

Pentagon

Pemenang Ikon Terbaik Muzik (Lelaki)

 

Treasure

Pemenang Rookie Terbaik 2020 Muzik (Lelaki)

 

Park Jin Young (GOT7)

Pemenang kategori Populariti Televisyen/Filem (Lelaki)

 

Super Junior

Pemenang Lagu Terbaik Dalam Sejarah

 

Monsta X

Pemenang Pentas Terbaik (Daesang)

 

Mamamoo

Pemenang Artis Terbaik Muzik (Wanita)

 

ITZY

Pemenang AAA Hot Issue Muzik (Wanita) & kategori Pilihan Peminat

 

Ahn Bo Hyun

Pemenang Emosi Terbaik Televisyen/Filem (Lelaki) & Anugerah Pilihan Peminat

 

Twice

Pemenang Artis Terbaik (Daesang) & kategori Populariti Muzik (Wanita)

 

GOT 7

Pemenang Persembahan Terbaik (Daesang)

 

Kim Soo Hyun

Pemenang AAA Hot Issue Televisyen/Filem (Lelaki)

 

Lee Sung Kyung

Pemenang Pelakon Terbaik (Wanita)

 

Lee Joon Hyuk

Pemenang Lakonan Terbaik (Lelaki)

 

Jeon Mi-do

Pemenang Lakonan Terbaik (Wanita)

*

*

Dua perkara yang menarik perhatian penulis adalah bagaimana kumpulan BTS tidak menghadiri acara tersebut walaupun memenangi 3 kategori utama iaitu AAA Best of Starnews Choeaedol Popularity Award, kategori Populariti Muzik (Lelaki) dan Lagu Terbaik 2020 (Daesang) menerusi single Dynamite.

Manakala, kumpulan sensasi yang mencetuskan fenomena di seluruh dunia, Blackpink tidak memenangi mana-mana kategori walaupun untuk kategori populariti dan pilihan peminat.

Hhm, pelik tak?

Apapun, ini adalah paparan ringkas mereka di karpet merah, malam ini.

IKLAN