Berita baik buat anak jati Selangor!

Seramai 21,289 penerima Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) bakal menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,500 sebaik sahaja mencapai usia 18 tahun, dengan penyaluran dijadualkan bermula Mac 2026.

Menerusi laporan Media Selangor, ini merupakan kali pertama manfaat Tawas disalurkan sejak skim tersebut diperkenalkan pada tahun 2008, sekali gus menjadi satu pencapaian penting selepas hampir 17 tahun pelaksanaannya.

21 Ribu Anak Selangor Tarik Nafas Lega, Bakal Terima RM1,500 Bermula Mac 2026!

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas), Gan Pei Nei, berkata kumpulan berkenaan adalah kumpulan pertama ahli Tawas yang layak menuntut simpanan mereka selepas mencapai usia dewasa.

Ads

Menurut beliau, proses penyaluran akan dibuat secara berperingkat dalam empat fasa, bermula Mac tahun hadapan, mengikut bulan kelahiran penerima bagi memastikan pengagihan berjalan lancar dan teratur.

“Kita akan mula penyaluran pada bulan Mac 2026 dan dibuat mengikut bulan kelahiran penerima. Setiap penerima akan menerima RM1,500 sama ada melalui pemindahan terus ke akaun bank (EFT) atau dikreditkan ke e-dompet yang didaftarkan,” katanya kepada pemberita.

21 Ribu Anak Selangor Tarik Nafas Lega, Bakal Terima RM1,500 Bermula Mac 2026!

Tambah beliau, berdasarkan rekod terkini Yawas, seramai 21,289 ahli Tawas dikenal pasti layakmembuat tuntutan manfaat tersebut. Penerima juga dinasihatkan supaya memastikan maklumat peribadi serta butiran akaun dikemas kini bagi mengelakkan sebarang masalah semasa proses penyaluran.

Ads

Mulai tahun hadapan, setiap anak Selangor yang mencapai usia 18 tahun akan menerima bantuan kewangan RM1,500 menerusi Program Tawas. Inisiatif ini bertujuan memberi sokongan awal kepada golongan belia, khususnya untuk membantu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau sebagai persediaan memasuki alam dewasa.

21 Ribu Anak Selangor Tarik Nafas Lega, Bakal Terima RM1,500 Bermula Mac 2026!

Ads

Dalam masa sama, Kerajaan Negeri Selangor turut menyediakan satu lagi inisiatif pendidikan iaitu Hadiah Pengajian IPT, di mana setiap anak Selangor yang menerima tawaran masuk ke universiti layak menerima bantuan tambahan RM1,000 bagi meringankan beban kewangan pelajar dan keluarga pada peringkat awal pengajian.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelaksanaan Tawas membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkasa generasi muda serta memastikan setiap anak Selangor mendapat permulaan kehidupan yang lebih stabil.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads