
Baru-baru ini, laman web undian popular dunia hiburan Korea, KingChoice telah pun mencalonkan kategori Pelakon Lelaki Paling Kacak di Korea untuk dipilih oleh peminat mereka.
Selepas beberapa minggu undian dibuka, berikut adalah hasil undian yang diterima dan peminat telah pun memilih lelaki-lelaki dalam senarai ini sebagai 20 Pelakon Korea Paling Kacak.
Jom kita lihat siapa antara selebriti yang tersenarai.
20. Kim Hyun Joong

19. Seo In Guk

18. Seo Kang Joon

17. Song Seung Heon

16. Jung Woo Sung

15. Lee Dong Gun

14. Park Hae Jin

13. So Ji Sub

12. Gong Yoo

11. Kim Soo Hyun

10. Kim Woo Bin

9. Lee Jun Ki

8. Park Seo Joon

7. Ji Chang Wook

6. Hyun Bin

5. Park Bo Gum

4. Lee Dong Wook

3. Song Joong Ki

2. Lee Min Ho

1. Lee Jong Suk

Amacam korang setuju ke tidak?
Sumber: Koreaboo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Inspirasi Dari Flora Jepun, Hanami Dicipta Khas Buat Hijabi Masa Kini

Bunga sakura tidak hanya menjadi kebanggaan rakyat negara matahari terbit, bunga yang memiliki keindahan dan pesonanya tersendiri itu juga menggamit perhatian di seluruh dunia.

Khas buat hijabi yang suka bergaya di masa sama menjaga aurat. Buat julung kalinya Hanami, salah satu label fesyen tudung instant telah melancarkan Koleksi Edisi Akhir Tahun 2019 di laman sesawang mereka yang baru diperbaharui.

Menariknya, rekaan koleksi edisi akhir tahun ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad untuk mengekalkan eksklusifnya dan diinspirasikan daripada lukisan tumbuh-tumbuhan dan flora yang terdapat di negara Jepun.

Istimewanya koleksi Hanami edisi akhir tahun ini ialah ia direka khas untuk mengembalikan corak bunga-bungaan kepada fesyen moden. Idea disebalik Koleksi Akhir Tahun 2019 ini juga disebabkan permintaan orang ramai terhadap rekaan yang bermotifkan flora. Koleksi ini juga didatangkan dengan koleksi tudung sedia pakai dan selendang.

Beberapa selebriti tempatan dan rakan rakan media turut bersama menghadiri makan tengahari bersama Hanami ini dengan turut mengayakan selendang Hanami koleksi akhir tahun.
Koleksi Akhir Tahun 2019 ini didatangkan dengan 15 corak berlainan dalam potongan selendang, bawal sedia pakai, selendang sedia pakai dan beberapa lagi. Koleksi ini boleh
didapati bermula dengan harga RM69 sehingga 89 setiap satu.
Untuk tahun 2020 juga, Hanami bebesar hati mengumumkan kolaberasi jenama bersama Prof Muhaya yang telah pun bermula pada Disember 2019 sehingga 2020.

Jadi tidak hairan la motif sakura sering menjadi inspirasi dalam rekaan fesyen sejak berabad lama dan tidak ketinggalan ia sering dijadikan antara ilham dalam industri fesyen tempatan.
So apa korang tunggu lagi jom dapatkan koleksi Hanami akhir tahun ni. Lambat melepas okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lebih Tiga Dekad Penantian, Shah Rukh Khan Akhirnya Genggam Anugerah Kebangsaan

Selepas lebih tiga dekad membina legasi dalam dunia perfileman, pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan akhirnya meraih Anugerah Filem Kebangsaan India bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.
Bintang berusia 59 tahun itu menerima pengiktirafan berprestij tersebut buat pertama kali menerusi lakonannya dalam filem blockbuster berjudul Jawan (2023) dan lebih menarik lagi, kemenangan ini turut dikongsi bersama pelakon Vikrant Massey yang cemerlang menerusi filem biografi berjudul ‘12th Fail’.
Pada masa yang sama, pelakon wanita terkenal, Rani Mukerji pula dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik hasil persembahan memukau dalam filem ‘Mrs Chatterjee vs Norway’. Juri Anugerah Filem Kebangsaan ke-71 memuji Shah Rukh Khan kerana memberikan persembahan bertenaga yang seimbang di antara intensiti dan kedalaman emosi.

Dalam pada itu, kemenangan tersebut turut mencatat sejarah peribadi buat Shah Rukh Khan kerana walaupun sudah memenangi 14 trofi Filmfare dan menerima penghormatan antarabangsa seperti Padma Shri serta Legion of Honour dari Perancis di mana beliau belum pernah meraih pengiktirafan kebangsaan sebelum ini.
“Ia menyuruh saya terus berkarya dan berbakti kepada dunia sinema,” kata Shah Rukh Khan dalam sebuah video penghargaan serta menyifatkan kemenangan ini bukan sekadar pencapaian peribadi tetapi juga peringatan bahawa karyanya memberi makna kepada penonton.

Sementara itu, kemenangan ini turut diraikan rakan industri seperti Juhi Chawla dan Allu Arjun, selain peminat yang menganggap pengiktirafan ini sudah terlalu lama tertangguh. Selain itu, turut mengimbau lakonan hebat Shah Rukh dalam filem-filem terdahulu seperti Swades (2004), Chak De! India (2007) dan My Name Is Khan (2010) yang dirasakan layak menerima pengiktirafan serupa.
Sekadar info, Shah Rukh Khan memulakan kerjayanya sebagai anak seni pada tahun 1988 menerusi siri televisyen Fauji sebelum debut filemnya Deewana (1992). Kini, selepas 33 tahun, pengiktirafan kebangsaan ini dianggap sebagai kemuncak perjalanan kariernya yang penuh warna dan inspirasi.
Sumber: Astro Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Jangan Datang Rumah Baru Saya…” Jungkook BTS Beri Peringatan Tegas Kepada Peminat ‘Sasaeng’

Penyanyi dan anggota kumpulan terkenal BTS, Jungkook baru-baru ini memberi peringatan tegas kepada peminat ‘sasaeng’ agar menjauhi rumahnya yang terletak di Itaewon, Seoul, Korea Selatan.
Menerusi siaran langsung di platform peminat K-pop iaitu Weverse, Jungkook atau Jeon Jungkook (27) telah berkongsi mengenai perkembangan terkini dirinya yang sedang bercuti daripada latihan khidmat ketenteraan serta sempat menunjukkan beberapa kawasan ruangan dalam di rumah barunya. Namun, pelantun lagu ‘Standing Next To You’ itu turut memohon permintaan penting kepada para peminat.
“Saya lihat khabar mengenai saya berpindah di rumah baru ini sudah pun tersebar di Youtube. Jadi sebab saya sudah pindah, saya harap orang-orang tidak datang mengunjungi rumah saya”

“Saya akan sangat menghargai jika anda menghindarinya (datang ke rumah),” katanya semasa siaran langsung tersebut.
Dalam pada itu, ahli termuda BTS itu turut memberi peringatan dan menjelaskan bahawa beliau tidak akan menerima sebarang hadiah daripada para peminat yang akan dihantar ke rumah barunya.
“Jika ada yang nak hantar barang ke alamat rumah baru saya, maaf tapi saya tak akan terima dan semuanya akan dikembalikan semula,” ujarnya.
“Sebaiknya, awak semua hantar saja surat ke alamat syarikat sebab di situ saya boleh ambil dengan aman,” jelasnya lagi.
BACA: The Pixel Project Pilih RM BTS Sebagai Salah Satu Daripada 16 Tokoh ‘Male Role Models’
BACA: Jin BTS Adakan Acara ‘Merry Run Around’, Bakal Tatap Muka 50 Peminat Paling Bertuah!

Selain itu, Jungkook juga memberitahu para peminat agar berhenti untuk menghantar hadiah di pangkalan kem tenteranya.
“Banyak sangat barang yang dihantar ke kem saya tetapi saya tak dapat menerimanya. Ada yang hantar makanan juga dan itu pun saya tak boleh terima. Saya sangat hargai setiap usaha peminat tetapi saya harap awak semua boleh menahan diri,” kata Jungkook.
“Seperti yang awak semua tahu, ini adalah hal yang sensitif,” tambahnya lagi.
BACA: Ditahan Dan Disoal Siasat Polis, SUGA BTS Kantoi Tunggang Skuter Dalam Keadaan Mabuk
BACA: Hilang 100 Ribu Pengikut Di Instagram, Peminat Kecewa V BTS ‘Sokong’ Jenama Israel

Sementara itu, menurut beberapa laporan, ini bukan pertama kalinya Jungkook dan anggota BTS lainnya terpaksa menghadapi masalah peminat obsesif atau lebih dikenali sebagai ‘sasaeng fans’.
Terdahulu, pada Mei lalu, Jungkook pernah memberi amaran yang serupa mengenai penghantaran makanan dengan menyatakan “tolong jangan kirim makanan ke rumah saya. Saya tidak akan memakannya”.
Menurutnya, dia sangat menghargai usaha para peminat tetapi jika mereka masih degil melakukan perkara yang sama, Jungkook akan memeriksa alamat penghantar dan mengambil tindakan undang-undang.
Sekadar info, empat ahli BTS iaitu RM, SUGA, Jungkook, V dan Jimin sedang menjalani perkhidmatan latihan ketenteraan sejak Disember tahun lalu dan kesemua ahli dijangka akan bersatu semula pada tahun 2025 selepas semua ahli menyelesaikan tugas ketenteraan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

