Soal kewarganegaraan asal atau warna kulit nyata tidak menjadi isu di pertandingan ratu cantik Miss Great Britain setelah ia menobatkan dua peserta yang berasal dari Zimbabwe dalam kedudukan 3 peserta terbaiknya, Isnin lalu waktu Malaysia.

Jurutera kimia, Noky Michelle Simbani bakal mewakili Great Britain di pertandingan Miss Universe 2022 setelah mengenepikan 35 peserta lain lantas menjuarai mahkota Miss Great Britain 2022.

Seorang lagi peserta kelahiran Zimbabwe iaitu Paidamoyo Mangi telah berjaya menempatkan diri di kedudukan pemenang tempat ketiga.

2 Peserta Kelahiran Zimbabwe Ungguli Top 3 Miss Great Britain 2022
Juara Miss Great Britain 2022, Noky Simbani. Foto : Instagram Dani Latimer
2 Peserta Kelahiran Zimbabwe Ungguli Top 3 Miss Great Britain 2022
Pemenang Tempat Ketiga, Paida, 23. Foto : Instagram Miss Universe Great Britain

Noky, 25 mempunyai ijazah sarjana Kejuruteraan Kimia dari University of Birmingham pada tahun 2020 dan kini bertugas dalam aliran kewangan untuk NatWest Group yang menawarkan inisiatif mengembangkan perniagaan di seluruh negara.

Bukan calang-calang ya!

IKLAN
2 Peserta Kelahiran Zimbabwe Ungguli Top 3 Miss Great Britain 2022
Foto : Instagram @nokysimbani

Untuk pengetahuan, Noky meninggalkan negara asalnya, Zimbabwe untuk bermastautin ke England pada tahun 2001 bersama ibu-bapanya dan seorang adik perempuan.

Sepanjang dibesarkan di England, Noky jelas mengejar kecemerlangan akademik dan sewaktu menjalani program latihan amali (internship) di beberapa syarikat besar seperti Infrastructure Process Engineering (Bristol) dan Exxonmobil (Southampton).

2 Peserta Kelahiran Zimbabwe Ungguli Top 3 Miss Great Britain 2022
Foto : Instagram @nokysimbani
2 Peserta Kelahiran Zimbabwe Ungguli Top 3 Miss Great Britain 2022
Foto : Instagram @nokysimbani

Begitupun, itu tidak bermakna Noky muncul dalam dunia ratu cantik tanpa pengalaman. Gadis berketinggian 160cm ini cukup fasih dalam selok-belok dunia peragaan yang disertainya secara separuh masa sejak tahun 2017. Malah pada tahun 2017, Noky pernah merasai pengalaman pertamanya dalam pertandingan ratu cantik setelah dia mewakili England di Miss Grand International 2017 di Vietnam.

2 Peserta Kelahiran Zimbabwe Ungguli Top 3 Miss Great Britain 2022
Foto : Instagram Dani Latimer

Di luar dunia kerjaya dan ratu cantik, Noky cuba untuk memperkasakan wanita secara konsisten untuk mencapai potensi mereka di tempat kerja.

IKLAN

Baru-baru ini, Noky telah melancarkan platform yang dinamakan sebagai Boss Bios secara atas talian untuk meraikan pencapaian wanita dalam pelbagai cabang kerjaya menerusi paparan kisah-kisah yang memberi inspirasi terutamanya kepada generasi muda.

Rata-rata para peserta Miss Great Britain memberi sokongan padu kepada Noky sewaktu namanya dipanggil sebagai juara pertandingan.

2 Peserta Kelahiran Zimbabwe Ungguli Top 3 Miss Great Britain 2022

2 Peserta Kelahiran Zimbabwe Ungguli Top 3 Miss Great Britain 2022

IKLAN

Dengan kelayakan, komitmen dan kecantikan yang dimilikinya, tidak mustahil gadis ini mampu membawa nama Great Britain jauh dalam pertandingan Miss Universe 2022.

BACA LAGI : Black Beauty! Pelajar Sarjana Undang-Undang Perniagaan Dinobat Miss World Cote d’Ivoire 2022 – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI