COVID-19 yang mencetuskan pandemic di seluruh dunia bukan saja mengakibatkan jangkitan masalah kesihatan serius tetapi juga membawa kesan ekonomi yang berpanjangan apabila banyak kawalan pergerakan terhad dilakukan di seluruh dunia.
Ternyata apa yang ditakuti, bermula dari penurunan harga minyak mentah, pemotongan gaji pekerja, ketiadaan bonus dan sebagainya dan terkini pembuangan pekerja.
Dalam satu laporan akhbar, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan pemberhentian pekerja akan terus berlaku selepas Hari Raya Aidilfitri kerana kebanyakan majikan masih bergelut dengan kesan ekonomi akibat wabak koronavirus (Covid-19).
Menurut laporan portal FMT, Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan berkata, pada masa ini terdapat majikan yang meminjam wang atau menggunakan simpanan bagi membayar gaji pekerja.
Ads
"Dijangka lebih 2 juta akan kehilangan pekerjaan, termasuk lepasan universiti dan 610,000 yang menganggur sebelum Mac tahun ini. Situasi ini dijangka berterusan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya.
Samsuddin berkata ketika ini majikan memerlukan undang-undang baharu bagi membantu menangani kos overhed.
Ads
Beliau memberi contoh sumbangan majikan kepada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sebelum ini disyorkan supaya dikurangkan daripada 11 peratus kepada lima peratus.
"Kadar siling tetap perlu ditentukan bagi potongan gaji dan waktu kerja anjal sebagai suatu bentuk kompromi dengan kesatuan sekerja yang menolak pengurangan gaji dan waktu bekerja.
"Ia selaras dengan keperluan menerima normal baru pasca Covid-19 dengan menambah bahawa beban bagi memastikan overhed rendah dan kakitangan terus bekerja perlu dipikul semua pihak," katanya.
Ads
Berhubung langkah kerajaan memastikan rakyat tempatan diambil bekerja di pasar borong Selayang di Kuala Lumpur ia sesuatu yang wajar dipuji kerana ia dapat membersihkan tempat tumpuan warga asing di ibu negara.
Jelasnya, operasi pasar berkenaan kini dilihat lebih bersih dan menarik.
“Terdapat kira-kira 1,500 jawatan kosong yang boleh diisi rakyat tempatan sama ada bekerja secara sambilan atau sepenuh masa.
"Walaupun kos menggaji warga tempatan lebih tinggi, namun majikan boleh menjimatkan kos dalam tempoh panjang kerana tidak perlu bayar levi dan kos dokumen undang-undang," katanya.
Sumber :Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aduh, mungkin pemerhati Indonesia ni dah habis idea nak claim apa lagi yang ada di Malaysia dan Nusantara.Kini dia beralih ke negara Eropah pula dorang.
Perbalahan antara peminat Indonesia dan Malaysia bukan sesuatu yang pelik. Isu seperti ini sering terjadi dan ini bukanlah kali pertama berlaku. Tapi kali ni special sikit sebabnya seorang penguna youtube memuat naik video dengan tajuk THE BEATLES TERINSPIRASI BAND INDONESIA “THE TIELMAN BROTHERS” ??Eh Yakinnya kamu.
Siapa tak kenal dengan band muzik legenda The Beatles. Malah, lagu-lagu dari kumpulan ni masih dapat didengari sehingga sekarang walaupun kumpulan ini sudah tiada. Jika ditanya tentang The Beatles, pasti akan menyebut lagu yang romantik seperti ‘Yesterday’, ‘Hey Jude’, ‘Something’ dan ‘Let It Be’ kerana ia merupakan lagu paling terkenal.
The Beatles berasal dari Liverpool dan ditubuhkan pada tahun 1960. Kumpulan ini dianggotai oleh John Lennon, Paul McCartney, Ringo Starr dan George Harrison. Kumpulan ini memainkan muzik rock and roll dan romantik. Lagu-lagu kebanyakan terkenal dari kategori romantik.
Terbaru seorang gadis dari Indonesia iaitu Nadia Omara ini sempat memuat naik video #claim yang mengatakan bahawa band The Beatle diinspirasi daripada band Rock Indonesia di zaman Belanda The Tielman Brothers.
Nadia Omara sempat menunjukkan bukti dan faktanya untuk memberi info bahawa The Beatles sempat melihat persembahan The Tielman Brothers di German.
Sempat claim The Beatles hadir untuk melihat persembahan The Tielman Brothers
Ahli yang paling berjasa bagi mantan pemain bass The Beatles, Paul McCartney turut dikaitkan, menurut gadis ini Paul Mccartney mengagumi aksi dan turut meniru gaya The Tielman Brothers!
Antara komen dari netizen
Rata-rata netizen tidak begitu menyokong dan setuju dengan gadis dari Indonesia ni.
Penulis membesar dengan muzik The Beatles sejak dari zaman rock n roll mereka sehinggalah ke zaman eksperimen dan revolusi muzik mereka yang berjaya mengubah dunia.
Bagi saya The Beatles adalah kumpulan muzik yang teragung di dunia dan kombinasi Lennon-McCartney adalah singer-songwriter yang terbaik sepanjang abad. Tak kisah la siapa terinspirasi siapa yang penting The Beatles punya lagu memang terbaik dan tak lekang dek zaman.
Sumber : Youtube Nadia Omara
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, viral kisah seorang rider FoodPanda yang kehilangan motor ketika membuat penghantaran makanan di sebuah pasar raya di Batu Caves.
Lebih malang, motosikal yang digunakan untuk mencari rezeki ini khabarnya baru sahaja dibeli tiga bulan yang lalu. Rata-rata warganet simpati akan nasib yang diterima wanita tersebut.
Rupa-rupanya ada hikmah disebalik kejadian yang melanda, hari ini Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan menyampaikan sumbangan peribadi iaitu sebuah motosikal kepada Nur Athirah Abdul Latiff.
Menerusi sebuah posting di laman Facebook Selangor Royal Official, baginda menzahirkan rasa sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular di media sosial mengenai nasib malang gadis berusia 23 tahun itu.
Baginda juga berharap dengan sumbangan itu, Nur Athirah akan kembali meneruskan kerja harian sekali gus dapat menyara keluarga termasuk ibu serta dua adik beradiknya.
Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, baginda berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa selain turut mendoakan agar rakyat terus dimurahkan rezeki serta sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan menyampaikan sumbangan peribadi iaitu sebuah motosikal kepada Nur Athirah Abdul Latiff yang disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.
Rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada Tengku Permaisuri Selangor dan memuji sikapnya yang berjiwa rakyat.
Cantik Rupa, Cantik Bahasa
. Terima Kasih Tuanku
Untungnya dapat hadiah dari Tengku Permaisuri Selangor, moga Tuanku dikurniakan kesihatan yang sihat dan usia yang panjang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru ini tular di media sosial berkaitan penemuan satu rangka mayat yang sudah mereput dan menjadi tengkorak yang dikatakan berlaku di Kuala Krau Temerloh, Pahang. Ada mendakwa mayat bapa yang sakit mental ini ditinggalkan sendirian di rumah dan anak-anak tidak ambil peduli dan langsung tidak menjengah bapanya yang terlantar sakit.
Sebaik tersebar di media sosial, ramai menyelar anak kepada bapa ini sebagai anak derhaka, tanggang moden kerana langsung tidak mempedulikan ibu bapa sendiri dan tidak mengambil tahu kerana sibuk dengan urusan pekerjaan.
Namun di sebalik kisah mayat menggemparkan negara ini, ada yang mendakwa mayat ini sudah berada dalam keadaan sedemikian selama 3 bulan. Berbagai teori tersiar dengan pendapat masing-masing.
Penemuan mayat sudah mereput yang tular di media sosial baru-baru ini
Namun perkongsian seorang gadis di laman twitter atas nama aiinnnn yang membalas twitter @jebat_165 (Aku Sang Pendosa) beliau merungkai kisah tersebut kerana rumah keluarganya berhadapan dengan balai polis.
Menurut penjelasan aiinnnn di twitternya, mayat berkenaan sudah tiga tahun terbiar (bukan tiga bulan seperti tular).
Asalnya ada budak cari kucing dan terbau bau busuk. Dan dari situlah penemuan ke atas mayat ini bermula. Arwah dikatakan tidak sihat dan tiada siapa menjaganya. Dengan orang kampung pun tak banyak bercakap.
Asalnya budak cari kucing hilang sehingga membawa kepada pertemuan mayat ini. Orang kampung sangkakan arwah sudah tidak menetap di rumah itu lagi!
Orang kampung syak meninggal sebab lapar. Allah, moga roh arwah di tempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Tidak pernah berkahwin seperti diperkatakan di media sosial. So tiadalah istilah anak derhaka atau tanggang moden tak jengah ibu bapa ya.
Apa pun mari kita sedekah Al-Fatihah buat arwah dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Sumber : Twitter Aku Sang Pendosa @jebat_165, aiinnnn @aiinnngggg
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.