Pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman memilih untuk tidak lagi mengulas mengenai keputusan tampil tanpa hijab apabila diajukan soalan berhubung perubahan imejnya baru-baru ini.
Menurut Norreen atau nama penuhnya Norreen Iman Abdullah, dia merasakan isu tersebut tidak lagi perlu diperbesarkan dan kini mahu memberi perhatian kepada perkara yang lebih penting dalam kehidupannya.
Enggan Panjangkan Isu Penampilan
Ketika ditemui selepas pertunjukan fesyen Neonate sempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) di KLCC, Norreen menjelaskan dia tidak mahu terus dikaitkan dengan kontroversi berhubung penampilannya.
“Saya rasa orang akan menyampah jika saya berterusan bercakap tentangnya (buka tudung).
“Jadi tidak perlulah imej saya ini dibahaskan lagi kerana orang sudah dapat menilai. Apa yang boleh saya katakan, saya akan menjadi lebih baik selepas ini,” katanya.

Akui Sudah Lali Dengan Kecaman Netizen
Mengulas mengenai reaksi netizen terhadap perubahan imejnya, Norreen mengakui dia sudah terbiasa menerima pelbagai komen sepanjang bergelar anak seni.
Malah, menurutnya, kritikan di media sosial tidak memberi kesan besar terhadap dirinya, sebaliknya ada teguran yang dianggap sebagai ruang untuk memperbaiki diri.
“Permainan media sosial tidak akan memberi kesan kepada saya. Malah saya bermula dalam industri seni dalam keadaan orang saling menegur di media sosial.
“Saya anggap teguran netizen boleh menjadikan saya manusia yang lebih baik. Hendak difikirkan apa yang mereka kata tentang saya, abaikan sahaja. Sebab mereka tidak kenal saya.
“Untuk apa saya terus memikirkan perkara yang negatif? Mohon beri ruang untuk saya menjadi diri sendiri,” ujarnya.

Bahagia Jalani Kehidupan Bersama Anak-Anak
Dalam masa sama, Norreen berkongsi bahawa kehidupannya kini berada dalam fasa yang lebih baik dan bahagia bersama anak-anak.
“Saya jalani kehidupan yang lebih baik di samping anak-anak,” katanya.
Anda mungkin berminat dengan
Perubahan Imej Jadi Perhatian Ramai
Terdahulu, Norreen menjadi perhatian selepas tampil tanpa hijab, sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Perubahan itu mula diperkatakan apabila dia memuat naik swafoto bersama seorang individu yang digelarnya sebagai adik pada 11 Julai lalu. Tidak lama selepas itu, Norreen sekali lagi menjadi bualan apabila tampil tidak menutup aurat sepenuhnya dalam beberapa video yang dikongsikan ketika berada di gimnasium.
Untuk rekod, Norreen bercerai talak satu dengan Mohd Raizi pada Mei lalu selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Pelakon Emilia Pérez dan Only Murders in the Building, Selena Gomez yang mengikat tali pertunangan bersama penerbit muzik, Benny Blanco pada bulan Disember lalu telah muncul di karpet merah dan acara Golden Globes 2025 bersama cincin tunangnya buat kali pertama.

Calon kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam Siri Televisyen – Muzikal dan Komedi serta kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Filem hadir bersama tunangnya di acara, pagi tadi dalam persalinan berona powder blue rekaan Prada.
Bagaimanapun, aksesori Selena lebih mencuri tumpuan dalam bentuk cincin tunang jenis marquise-cut itu.


Sewaktu Selena mengumumkan pertunangannya, ramai pakar barangan kemas menganggarkan cincin tersebut kemungkinan bernilai antara USD225,000 (kira-kira RM1,016,045) hingga USD1,000,000 (kira-kira RM4,515,750)!
BACA: Akhirnya Temui Kebahagiaan! Selena Gomez Umum Sudah Bertunang Dengan Penerbit Muzik Benny Blanco – Remaja
Selain semasa kelibatnya di karpet merah, Selena, 32 juga dilihat menunjukkan cincinnya kepada gandingannya dalam Only Murders in the Building, Martin Short ketika di meja mereka.
Tidak cukup sekadar itu, pengacara Golden Globes 2025 iaitu Nikki Glaser juga sempat menyelitkan jenaka mengenai Selena, Benny dan pertunangan mereka.
“Selena Gomez berada di sini dengan dua pencalonan menerusi Emilia Pérez dan Only Murders in the Building.
“Dan dia di sini bersama tunangnya, Benny Blanco,” sambil Selena dilihat tersipu dengan pengumuman tersebut. “Dan Benny Blanco di sini kerana ‘jin; telah mengabulkan kehendaknya. (Awak seorang) lelaki yang bertuah.”
Selain Selena dan Benny, satu lagi pasangan yang mencuri perhatian di Golden Globes 2025 ialah Timothée Chalamet – Kylie Jenner.
BACA: Timothée Chalamet & Kylie Jenner Berkekalan! Hangat Bercinta Di Golden Globes Meski Hubungan Dipandang Serong – Remaja
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Dalam kehidupan sebenarnya adalah penting untuk kita menghargai diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengutamakan orang lain. Kami percaya masalah ini sering berlaku di kalangan remaja kerana segelintir daripada mereka tidak benar-benar mengakui pentingnya untuk mempunyai ‘self-respect’.
Hal ini berlaku mungkin kerana faktor-faktor seperti social standards, persekitaran, keluarga dan macam-macam lagi.

Sebilangan besar remaja tidak mengamalkan sikap self-respect dan cenderung untuk mengutamakan kepentingan orang lain sebelum diri mereka sendiri.
Ada beberapa perkara yang korang boleh buat untuk meningkatkan self-esteem yang baik bagi menghargai diri sendiri. Antaranya adalah seperti berikut:
• Bercakap hal-hal yang positif terhadap diri sendiri (self-talk)
• Menjauhkan diri daripada individu toksik
• Melakukan aktiviti atau mencari hobi baru
• Menerapkan self-care seperti mempunyai istirahat yang cukup, makan makanan yang sihat dan bersukan
• Menerima bahawa tiada yang sempurna, sentiasa mensyukuri segala nikmat yang ada
Berikutan daripada masalah ini, pelajar tahun akhir daripada Taylor’s University Lakeside Campus telah pun mengadakan kempen yang memperkasa sikap self-respect di kalangan masyarakat yang dinamakan ‘TRI (To Respect ‘I’) Campaign’.
Mesej disampaikan melalui media sosial dengan pengisian di Instagram seperti Triangle Handsign, Instagram Template, Self-respect Bingo, secret challenge dan banyak lagi.
Korang boleh melawati laman Instagram @tri_campaign untuk keterangan lanjut.
∞
Krisis rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah bertambah keruh dengan keterlibatan Sarah Yasmine yang mengejutkan industri hiburan. Terbaru, wanita yang dikatakan kekasih Aliff iaitu Sarah mendedahkan perbualan yang didakwa berlaku antara Aliff dan aktres Ruhainies.
ARTIKEL BERKAITAN : “Aliff Minta Cerai & Dia Kata Dah Tiada Perasaan Pada Februari Lalu” -Bella Astillah

Apapun, ketika ini sedang trending di aplikasi X tentang kod rahsia atau singkatan yang digunakan Aliff kepada Ruhainies. Kod ‘MUSM’ atau sebenarnya singkatan untuk ‘Miss U So Much’ menjadi topik hangat sekarang ni.
Bukan kod tu sahaja, Ruhainies juga dilihat memberikan singkatan seperti ‘LU’ untuk ‘Love U’ dan ‘LUM’ untuk ‘Love U More’. Menerusi ciapan di aplikasi X, rata-rata warganet cuba memahami ‘short form’ tersebut dengan mencari terjemahannya.
LU = love you
LUM = love you more
MUSM = miss you so much
MUMUMUMU = mucuk mucuk mucuk mucuk
Menjengah ke ruangan balas pula, terdapat segelintir warganet yang sukar memahami maksud singkatan perkataan-perkataan itu selain ada juga yang turut geli hati melihat mesej tersebut.

Selain dari kod rahsia ni, nama Aliff Aziz juga menduduki carta teratas sebagai isu trending di Malaysia. Boleh dilihat, 5 top trending Malaysia adalah berkait dengan isu mereka termasuklah, Sarah Yasmine, Bella Astillah dan Ruhainies.
Sebelum ini, Sarah mendakwa bahawa dia dan Aliff sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu. Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan Ruhaines.
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Adui, makin rumit masalah dorang ni!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Platform X
∞