Duo bintang terkenal, WOODZ dan Jennie dari kumpulan BLACKPINK baru-baru ini mengejutkan para peminat selepas mendedahkan hubungan persahabatan mereka sebenarnya sudah lebih daripada satu dekad.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Youtube milik WOODZ, Jennie tampil sebagai tetamu undangan istimewa dan berkongsi pelbagai cerita menarik mengenai pertemanan mereka yang terjalin sejak dari zaman sekolah.
Walaupun sudah mengenali antara satu sama lain sejak bertahun-tahun, kedua-duanya mengakui bahawa ini merupakan kali pertama mereka berinteraksi di hadapan kamera. Momen tersebut jelas kelihatan sedikit kekok pada awalnya sebelum bertukar menjadi santai apabila mereka mula mengimbau kenangan lama.
Menurut WOODZ, beliau sudah mengenali Jennie selama kira-kira 10 tahun, manakala Jennie turut mengingati detik pertama pertemuan mereka di sebuah festival sekolah menengah.
Ads
Difahamkan, hubungan kedua penyanyi itu kemudian menjadi lebih rapat apabila mereka pernah menjalani latihan sebagai trainee di bawah agensi yang sama. Masa yang diluangkan bersama ketika berulang-alik untuk sesi latihan secara tidak langsung mengukuhkan lagi persahabatan tersebut.
Sementara itu, Jennie turut berkongsi bahawa WOODZ merupakan individu yang terlebih dahulu menghubunginya untuk berkawan. Mengulas perkara itu, WOODZ secara berseloroh berkata beliau hanya ingin menjadi seorang kawan yang menyeronokkan.
Lebih menarik lagi, mereka juga mendedahkan bahawa pernah bersekolah di sekolah rendah yang sama, sekaligus menjelaskan mengapa hubungan mereka begitu akrab.
“Ramai yang tertanya-tanya kenapa kami rapat, tetapi hubungan kami sebenarnya lebih mendalam daripada yang disangka,” jelas Jennie.
Dalam pada itu, sepanjang video tersebut, WOODZ dan Jennie jelas menunjukkan keserasian yang selesa dengan saling berbalas gurauan. Jennie turut memuji WOODZ sebagai seorang artis yang konsisten menghasilkan muzik berkualiti serta bekerja keras, selain menyatakan kekagumannya dan sentiasa memberikan sokongan terhadap perjalanan kerjayanya, sekaligus menjadikan momen tersebut kelihatan hangat dan menyentuh hati.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demam k-drama nampaknya masih belum reda kerana impaknya sangat besar kepada penonton sehinggakan mereka tampil kreatif dengan menghasilkan video-video yang menarik perhatian netizen.
Terbaru, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai _xuxilucas telah memuat naik video montaj drama Korea yang diedit menjadi seperti montaj drama Melayu di negara kita. Individu tersebut telah menukar tajuk drama dan menggunakan nama-nama daripada barisan pelakon dan penyanyi tanah air.
Hasilnya memang menakjubkan dan menghiburkan. Serius nampak real. Hiks!
Isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib iaitu Watie Hanafiah akhirnya tampil membuka mulut susulan kritikan yang diterima anak tirinya, Thalita, berhubung pemilihan busana semasa majlis gender reveal yang berlangsung minggu lalu.
Menerusi satu klip siaran langsung di TikTok, Watie atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah menjelaskan bahawa Thalita sebenarnya pernah menyimpan hasrat untuk bertudung sebelum ini.
“Dulu Thalita pernah kata nak pakai tudung dan keinginan itu memang ada, tapi bila besar sikit minatnya berubah ikut persekitaran.
“Bila makin besar, dia ada keinginan lain pula, nak cuba baju-baju berbeza. Bila saya larang, daddy tegur sebab saya pun dulu ada pengalaman pakai baju seksi juga,” katanya.
Dalam pada itu, Watie turut mengakui wujud sedikit kesilapan dalam pemilihan busana yang ditempah khas untuk majlis berkenaan. Namun, kekangan masa menyebabkan rekaan asal tidak sempat diubah seperti yang dirancang.
Menurutnya lagi, Shuib sendiri menegur penampilan Thalita yang disifatkan agak mencolok mata untuk kanak-kanak seusianya.
“Kes haritu, baju itu tidaklah diminta seperti itu sebenarnya. Tapi baju itu terpotong ke bawah sedikit.
“Pada hari kejadian pun ramai saja yang tegur termasuk ahli keluarga. Daddy tegur, dia harap Thalita tak pakai baju sebegitu dah. Sebab baju-baju Thalita saya yang uruskan,” jelasnya lagi.
Selain itu, Watie menegaskan bahawa pengalaman tersebut dijadikan sebagai pengajaran buat Thalita agar lebih berhati-hati dalam membuat pilihan pemakaian pada masa hadapan.
“Saya izinkan dia pakai. Bila dah pakai, dia sendiri nampak apa yang orang kecam. Biarlah dia alami sendiri supaya selepas ini Thalita boleh fikir dan buat keputusan sendiri tentang pemakaian.
“Kalau kita halang, budak sebesar Thalita ini akan memberontak. Kalau kritikan itu membuat dia tak mahu pakai baju seksi lagi, kenapa tidak? Kalau itu boleh menjadikan kita lebih baik, salah ke?” tambahnya.
Sebelum ini, Thalita menerima kecaman daripada segelintir netizen selepas tampil mengenakan gaun labuh rona merah jambu dengan rekaan dedah bahu yang disifatkan kurang sesuai dengan usianya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IGmakeupbyaqielahm
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Telefon pintar hari ini merupakan satu simbol gaya hidup. Kiranya, tak ada phone tak ada life lah! Percaya atau tidak, pemilihan telefon pintar sedikit sebanyak berkait rapat dengan personaliti anda. Ambil kuiz ini dan lihat, betul atau pun tidak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!