Usia muda dan tanpa sebarang pengalaman mendaki gunung bukan penghalang buat seorang remaja lelaki untuk merealisasikan impian luar biasa.
Itulah yang dibuktikan oleh Mohammad Shamil Azim Mohd Suhaimi, 15, apabila berjaya menjejakkan kaki ke Kem Pangkalan Annapurna (Annapurna Base Camp, ABC) di Nepal.
Menerusi laporan media tempatan, Mohammad Shamil berkata, perjalanan ke Nepal itu dilakukan bersama seorang rakan yang dianggap seperti abang angkatnya, Khairi Safri, yang juga individu mencetuskan idea pendakian berkenaan.
“Idea untuk mendaki gunung itu datang daripada Khairi yang mahu sampai sehingga ke Annapurna Base Camp memandangkan cubaan dia untuk mendaki sehingga ke base camp pada 2014 gagal.
“Apabila diajak, saya terus setuju meskipun tiada pengalaman mendaki gunung sebelum ini,” katanya.
Menurut Mohammad Shamil, persiapan yang dibuat juga agak terhad kerana hanya sempat menjalani latihan selama beberapa minggu sebelum berlepas ke Nepal pada 31 Disember lalu.
“Sejujurnya, ada rasa bimbang sepanjang perjalanan mendaki itu kerana persediaan latihan saya tidak lengkap.
Ads
“Saya hanya membuat latihan larian dan kayuh basikal sepanjang tempoh berkenaan.
“Alhamdulillah, perjalanan saya menuju ke base camp berjalan lancar dan kami selamat sampai di sana (Annapurna) pada 7 Januari lalu,” katanya.
Detik tiba di Kem Pangkalan Annapurna yang terletak pada ketinggian 4,130 meter dari aras lautmenjadi momen paling bermakna buat remaja ini, apatah lagi apabila dia berjaya membawa nama sekolahnya ke puncak tersebut.
“Apa yang lebih membanggakan adalah saya berpeluang mengibar bendera sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (L) Methodist Sentul di base camp berkenaan.
Ads
Selepas ini, saya dan Khairi merancang untuk menawan gunung berkenaan sekali gus mencapai antara wish list (senarai hajat) kami,” katanya.
Sementara itu, bapa kepada Mohammad Shamil, Mohd Suhaimi Janah, mengakui pada awalnya menyangka hasrat anaknya itu hanyalah gurauan.
“Ketika anak beritahu Khairi mahu ajaknya mendaki, saya ingat mereka bergurau.
Ads
“Namun apabila Khairi datang ke rumah untuk minta kebenaran, baru saya tahu bahawa mereka serius,” katanya.
Pesara polis itu berkata, beliau tidak keberatan memberikan keizinan kerana yakin dengan kemampuan serta minat anak bongsunya terhadap aktiviti lasak.
Selain itu, beliau turut menzahirkan sokongan penuh terhadap minat anaknya itu dan merakamkan penghargaan kepada Khairi yang menaja sepenuhnya perjalanan pendakian berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Metro Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagaimana pula dengan kita, ada tawarih tak di masjid dan surau tahun ini..?
Dalam satu kenyataan rasmi kepada media hari ini, Sultan Selangor Sulta Sharafuddin idris Shah secara rasminya tidak akan menganjurkan majlis berbuka puasa dan solat tarawih Bersama rakyat pada bulan Ramadan, tahun ini.
Kenyataan itu disampaikan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat dengan berat hati setelah mengambil kira faktor keselamatan rakyat berikutan penularan wabak Covid-19 yang masih dalam tahap pandemik. Lalu program berbuka puasa dan solat tarawih Bersama rakyat di seluruh negeri akan dibatalkan.
Bagaimanapun, sumbangan duit raya dan agihan zakat kepada golongan asnaf masih akan disalurkan seperti tahun-tahun sebelum ini.
Lembaga Zakat Selangor akan mengagihkan bantuan hari raya berjumlah RM500 menerusi kaedah yang selamat dan efisien iaitu secara pengkreditan terus ke akaun bank penerima. Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, LZS akan memberikan baucar tunai untuk dikeluarkan di mana-mana cawangan Bank Islam.
"Baginda mendoakan seluruh rakyat agar dijauhi daripada bencana dan dilindungi Allah SWT. Semoga rakyat dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa," jelas beliau lagi menerusi laporan BERNAMA.
*
Satu persoalan yang timbul adalah sama ada tradisi solat tarawih di masjid dan surau akan dibatalkan serta-merta di seluruh negeri Selangor.
Tinjauan REMAJA di laman Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor masih tidak menunjukkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan penganjuran solat tarawih pada bulan Ramadan. Malahan, pihak Jabatan Mufti juga telah menutup pejabat operasi sejak 27 Mac lalu selaras dengan arahan lanjutan perintah kawalan pergerakan.
Apa-apapun, faktor kesihatan dan keselamatan kita lebih utama. Sekiranya semua penganjuran solat tarawih di negeri Selangor diarah agar dibatalkan, kita masih boleh melakukan ibadah di rumah secara berjemaah bersama ahli keluarga. Kuat sikit ukhuwah, tak gitu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Itu saja respon yang mampu diberikan setakat ini oleh Menteri Komunikasi & Multimedia, Gobind Singh Deo mengenai penutupan akaun Twitter rasmi milik Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semalam.
Akaun diRaja yang popular dengan nama @cheminahsayang itu didapati telah ditutup oleh rakyat yang mengikuti Tuanku setiap hari di media sosial.
Apa saja yang dikongsikan oleh Tuanku pasti akan mencuit hati rakyat sama ada gambar, video, retweet atau sekadar status biasa.
Ramai yang beranggapan di ditutup kerana sesetengah rakyat berkelakuan tidak beradab ketika menghantarkan reply kepada posting Tuanku.
Mereka terlupa bahawa Tuanku merupakan Raja Permaisuri Agong Malaysia walaupun Tuanku bersifat chill di mata rakyat.
Apabila Yang Berhormat Gobind diminta untuk mengulas mengenai penutupan akaun Twitter itu, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan secepat mungkin selepas mendapat maklumat lengkap.
“Saya dimaklumkan mengenai isu ini pagi tadi. Saya belum lihat secara terperinci mengenainya. Saya akan minta laporan apabila kembali ke pejabat selepas ini, kemudian barulah buat keputusan.
“Kita tengok dulu..,” kata beliau secara ringkas.
Gobind juga meminta agar diberikan ruang dan masa sebelum mereka mengeluarkan kenyataan walaupun isu tersebut kini viral di media sosial dengan hashtag #AmpunTuanku bagi mengajak Tuanku untuk kembali semula ke dunia Twitter.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mimpi ngeri rakyat Malaysia akhirnya menjadi realiti setelah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan angka keseluruhan kes baharu Covid-19 telah melepasi angka sejuta kes berikutan pertambahan 17,045 kes pada hari ini.
#COVID19 Terkini. 25 Julai. Kes baharu hari ini adalah yang tertinggi 17,045.
Bukan saja kes baharu yang dicatatkan pada hari adalah yang tertinggi selama negara kita dilanda musim pandemik sejak bulan Februari, tahun lalu. Malahan, jumlah kes keseluruhan yang mencapai 1,013,438 kes atau kira-kira 3.1 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia merupakan rekod baharu untuk kita.
Sumber Foto : Twitter KKM
Dalam pecahan kes baharu yang dimuat dilaporkan oleh pihak KKM sebentar tadi, negeri Selangor masih mendahului jumlah kes baharu tertinggi dengan 8,500 kes. Ia diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2,045) dan Kedah (1,216).
Perlis yang sebelum ini pernah mencatatkan 0 kes baharu juga melaporkan 10 kes pada hari ini. Selain Perlis, dua lagi buah negeri yang mencatatkan kes baharu di bawah angka 100 pada hari ini ialah WP Putrajaya (50) dan WP Labuan (21).
Untuk pengetahuan, semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan ke atas individu yang telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Ini termasuklah membenarkan mereka makan di restoran, beriadah, bersukan serta merentas negeri bagi bertemu pasangan suami isteri yang berkelana di negeri lain.
Pakej kelonggaran ini dijangka akan diumumkan pada minggu hadapan untuk memberikan sedikit kelegaan kepada rakyat. Namun dengan catatan rekod buruk yang dihadapi Malaysia pada hari ini, mungkinkah lebih baik sekiranya keputusan itu kembali dirujuk?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!