Diasaskan oleh aktres jelita dan usahawan kreatif, Nelissa Nizam, HER Series bukan sekadar jenama fesyen.
Ia lahir sebagai sebuah platform penceritaan yang meraikan identiti, perjalanan dan kekuatan wanita daripada pelbagai latar belakang kehidupan.
Koleksi terbaharu HER Series yang dipratonton secara eksklusif menerusi acara High Tea bersama Nelissa Nizam di Royal Chulan menjadi penanda aras penting dalam perjalanan jenama ini. Ia bukan sekadar pelancaran koleksi baharu, sebaliknya simbol kepada kematangan, keberanian dan makna yang semakin mendalam dalam setiap rekaan.
Rezeki Yang Hadir Tanpa Dirancang
Penglibatan HER Series di pentas fesyen antarabangsa bukanlah sesuatu yang dirancang secara teliti. Ia bermula secara spontan apabila Nelissa menerima jemputan untuk kembali ke pentas Kuala Lumpur Fashion Week melalui pereka fesyen, Sodiqin Shaz, yang pernah terlibat dalam acara tersebut sebelum ini.
Daripada satu jemputan ringkas, ia berkembang menjadi peluang kolaborasi yang akhirnya membawa HER Series ke pentas antarabangsa, termasuk di Bali. Pengalaman ini bukan sahaja membuka mata terhadap kepelbagaian rekaan serantau, malah mengukuhkan keyakinan Nelissa terhadap visi jenama yang dibina dengan penuh kejujuran.
“Semua ini berlaku tanpa perancangan rapi. Tapi mungkin di situlah rezekinya. Sokongan yang diterima sangat luar biasa,” ujar Nelissa.
Dua Visi, Satu Kepercayaan
Dalam membangunkan HER Series, Nelissa memilih untuk bekerjasama rapat dengan Sodiqin Shaz sebagai peneraju kreatif dan pereka utama. Berbekalkan pengalaman luas di pentas Kuala Lumpur Fashion Week serta projek fesyen antarabangsa, Sodiqin membawa kepakaran teknikal, disiplin rekaan dan perspektif moden ke dalam jenama ini.
Nelissa pula berperanan sebagai pengasas dan pencetus naratif, manakala Sodiqin menterjemahkan idea, emosi dan cerita setiap episod ke dalam rekaan yang praktikal dan boleh dipakai. Proses kreatif mereka dibina atas asas komunikasi terbuka, saling menghormati kepakaran serta kepercayaan terhadap peranan masing-masing.
Ads
Setiap rekaan melalui perbincangan mendalam, daripada pemilihan konsep, fabrik dan potongan sehinggalah kepada visual kempen demi memastikan HER Series mengekalkan identiti yang konsisten tanpa mengorbankan kualiti dan integriti fesyen.
Setiap Wanita Punya Episodnya Sendiri
Keunikan utama HER Series terletak pada konsep koleksi berasaskan episod. Setiap episod membawa naratif berbeza, dengan muse dan definisi ‘HER’ yang tersendiri.
Episod pertama merupakan refleksi peribadi Nelissa sendiri iaitu seorang wanita dalam industri hiburan yang sering dilihat berani dan yakin, namun tetap berdepan dengan insekuriti yang bersifat manusiawi. Episod kedua pula bakal mengetengahkan kisah wanita lain, selari dengan kepercayaan Nelissa bahawa setiap wanita memiliki definisi ‘HER’ yang berbeza.
Secara keseluruhan, HER Series dirancang untuk menghasilkan empat episod setahun menerusi pendekatan slow fashion, yang menekankan ketelitian, kualiti dan penceritaan berbanding pengeluaran secara besar-besaran.
Merah: Simbol Keberanian & Transformasi Diri
Bagi koleksi terbaharu ini, warna merah dipilih sebagai warna utama, bukan sekadar sebagai elemen visual, tetapi simbol kepada keberanian, kekuatan dan proses transformasi diri.
Ads
“Merah melambangkan keberanian yang saya mahu keluarkan dari dalam diri. Tahun 2026, saya mahu jadi lebih kuat, lebih berani dan lebih berkuasa,” jelas Nelissa.
Pemilihan warna ini membawa mesej bahawa wanita boleh tampil yakin dan berkuasa tanpa menafikan sisi rapuh dan realistik dalam diri mereka.
Praktikal, Versatil & Berjiwa Wanita Moden
Dari segi rekaan, HER Series menampilkan siluet ready-to-wear yang versatil, sesuai untuk kehidupan seharian wanita moden, ke tempat kerja, acara sosial mahupun aktiviti santai. Keseluruhan koleksi diperkaya dengan penggunaan fabrik premium dan potongan yang lebih kemas.
Fokus utama terletak pada pemilihan fabrik yang dibuat secara teliti, digabungkan dengan potongan bersih, tidak berlebihan serta rekaan yang mudah digayakan tanpa kelihatan rumit.
“Kami mahu orang rasa mereka nak pakai rekaan ini. Ia tidak terlalu eksperimental, tetapi tetap elevated,” kata Nelissa.
Ads
Dari segi harga, koleksi ini ditawarkan mengikut jenis rekaan dan material, dengan item seperti blazer berada dalam julat premium sejajar dengan penggunaan fabrik eksklusif serta penghasilan terhad.
Impian Inklusiviti Untuk Semua Wanita
Walaupun buat masa ini HER Series masih menawarkan saiz standard, Nelissa berkongsi impian jangka panjang untuk menjadikan jenama ini lebih inklusif yang merangkumi pelbagai bentuk badan, warna kulit dan latar belakang wanita.
“Saya mahu HER Series benar-benar untuk semua wanita. Itu impian saya,” katanya.
Fesyen Sebagai Medium Inspirasi
Bagi Nelissa, HER Series bukan sekadar jenama atau projek kreatif sementara. Ia adalah satu misi untuk berkongsi cerita, membina keyakinan dan memberi inspirasi kepada wanita yang berada di fasa kehidupan berbeza.
“Setiap orang berada di episod hidup yang berlainan. Hari ini mungkin episod satu, esok mungkin episod empat. Dan semua itu tidak mengapa.”
Dengan sokongan pasukan kreatif dalaman yang kukuh serta kolaborasi strategik bersama Sodiqin Shaz, HER Series kini melangkah ke hadapan sebagai jenama fesyen tempatan yang bukan sahaja menampilkan gaya, tetapi juga jiwa, makna dan keberanian wanita.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berdiri pada ketinggian 184cm, kelebihan fizikal yang ada pada wakil Miss Supranational Malaysia 2025, Eshwin Kaur nyata memberi tuah kepada apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori ‘Supra Model of the Year’ bagi rantau Asia/Oceania.
Berlangsung di Nowy Sącz, Poland sempena pertandingan ratu cantik Miss Supranational 2025 pada minggu ini, Eshwin merupakan salah seorang daripada 66 orang wakil negara yang bertanding dalam acara ‘SupraModel’; salah satu aktiviti (sub-contest) yang dianjurkan pada minggu ratu cantik (pageant week).
Model berusia 24 tahun ini bukanlah asing dalam bidang peragaan. Dengan memperolehi tunjuk ajar daripada mentor peragaan dan dunia ratu cantik, Nizam Jalil; Eshwin berjaya membentuk identitinya sendiri sewaktu beraksi di pentas peragaan semalam.
66 peserta di bahagikan mengikut lima rantau utama iaitu Asia/Oceania, Afrika, Amerika, Caribbean dan Eropah. Hanya dua peserta dari setiap kumpulan ini yang meneruskan saingan sebelum hanya seorang juara kumpulan dipilih.
Eshwin yang menyarungkan gaun rekaan Freda Creation diumumkan sebagai peserta Top 2 bagi rantau Asia/Oceania bersama wakil Filipina, Tarah Valencia.
Namun, tuah berpihak kepada Eshwin apabila kredibilitinya dalam memperagakan busana fesyen serta aura yang terpancar sepanjang aksinya di pentas berkenaan membolehkan Eshwin mengenepikan saingan Tarah dan diumumkan sebagai juara rantau berkenaan.
Selain Malaysia, juara lain daripada rantau berbeza terdiri daripada Zambia (Afrika), Brazil (Amerika), Curacao (Caribbean) dan Jerman (Eropah).
Dalam pada itu, malam kemuncak Miss Supranational ke-16 ini bakal dilangsungkan pada 27 Jun 2025. Pada malam itu juga, salah seorang daripada lima juara ‘SupraModel’ ini akan diumumkan sebagai ‘Supra Model of the Year’ dan secara automatik menempah kedudukan Top 24.
Raya kan hanya setahun sekali, tak salah kalau nak bergaya dengan selesa.
Menjelang hari raya Aidilfitri, kami pasti ramai yang teruja membeli persiapan raya seperti baju, kuih-muih dan tidak terkecuali kasut raya juga.
Kasut adalah pelengkap gaya. Bila sudah manis bergaya dengan persalinan baju kurung , kebaya atau jubah pada lebaran yang bakal menjelang minggu hadapan, tentu spoil jika tersalah memilih kasut untuk dipadankan.
Untuk pengetahuan korang, bersempena Aidilfitri 2023 yang bakal menjelma, LARRIE jenama kasut terkemuka di Malaysia memperkenalkan koleksi baharunya yang bertemakan “Milano Flair”.
Koleksi “Milano Flair” diilhamkan dari konsep yang menawan, ikonik dan mengikut arus permodenan dunia fesyen. Koleksi baharu yang menarik ini menampilkan warna rona romantis dan lembut seperti lemonade pink, romantic white, lucite green, royal blue, toasted almond, dan glacier grey.
Check this out!
Tip Pilih Kasut
Bercakap mengenai kasut ini, REMAJA senaraikan beberapa tip untuk korang membeli kasut dengan sesuai.
WAKTU TEPAT MEMBELI KASUT
Tahukah anda, waktu paling sesuai untuk membeli kasut ialah pada waktu petang? Hal ini disebabkan saiz kaki yang mengecut pada waktu pagi dan mengembang pada waktu petang.
Semasa anda mencuba kasut baharu, pastikan terdapat ruang untuk jari kaki anda bergerak dan cuba berjalan beberapa langkah untuk melihat potongan san saiz yang sesuai. Rasakan juga keselesaanya. Jika rasa ketat dan sempit, pastikan cari kasut yang lebih besar dan selesa untuk dipakai.
JIKA BUKU LALI BESAR
Elakkan dari memakai kasut bertali di buku lali. Ini untuk mengelakkan buku lali anda nampak lagi besar. Sebaliknya, pastikan kasut yang dipilih jenis pump yang membuatkan kaki kelihatan lebih slim dan panjang.
Dari segi warna, cari warna yang lebih selamat seperti hitam, putih, kelabu, krim dan coklat. Untuk yang lebih berani, anda boleh mengenakan kasut berwarna kontras. Ini akan membuatkan anda nampak berani dan meenyerlah di pagi raya.
JIKA MEMPUNYAI KAKI LEBAR
Elakkan membeli kasut yang mempunyai potongan runcing di hadapan. Ia akan membuatkan kaki anda berasa sakit, tersepit, melecet dan membengkak. Anda boleh cuba kasut jenis tertutup jenis bulat di bahagian hadapan kerana ia menutup kaki yang ‘gemuk’. Potongan jenis ini selalunya dapat memberikan keselesaan yang berpanjangan.
Elakkan juga kasut yang bertali halus. Ia membuatkan kaki anda seperti bengkak dan isi kaki terkeluar dari jaringan tali-tali kasut. Sebaiknya, pilih kasut bertali lebar agar ia kelihatan lebih kemas dan cantik.
Sebagai penutup, pastikan membeli kasut mengikut bentuk kaki korang yang sesuai. Ini adalah supaya kasut yang dibeli masih boleh dipakai walaupun selepas hari raya. Jika anda membeli kasut secara online, pastikan kasut yang dibeli mengikut citarasa dan keselesaan anda, bukan sekadar harganya yang murah. Apapun, pilihan di tangan anda, tepuk dada tanya selera sendiri ok.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jeans merupakan salah satu item wajib dan bff bagi Remaja.
Pemilihan pakaian amat penting untuk keselesaan waktu bergerak atau melakukan apa-apa aktiviti. Jadi, tidak hairanlah wanita sentiasa dalam dilema memilih pakaian yang paling sesuai dengan diri mereka walaupun sekadar memilih sepasang seluar jeans.
Jika sebelum ini trend skinny jeans menjadi pilihan kerana mampu menonjolkan sisi ramping dengan ilusi tinggi lampai,namun baru-baru ini tular video yang dimuat naik di aplikasi TikTok yang mencetuskan perbalahan di antara generasi milenial dan generasi Z.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pemuda tersebut telah meminta orang ramai untuk tidak memakai skinny jeans disebabkan tidak ‘in’ lagi di tahun 2021 ini.
Manakala bagi trend terkini, generasi Z mengatakan fesyen yang terbaru adalah baggy jeans, seluar yoga serta chinos. Fesyen tersebut merupakan yang terkini dan memberikan gaya yang segar serta membuatkan setiap pakaian mereka kelihatan up to date.
Tak mengapa, nah beli 5 jenis jeans ini katanya barulah up to date mengikut laporan majalah ELLE
1. Upcycled Jeans
2. Super Baggy Jeans
3. Neutral And Natural Jeans
4. Straight Leg Jeans
5. Flared Jeans
Rentetan daripada itu, Lindsay Albanese iaitu seorang pakar fesyen mengatakan era skinny jeans tidak akan pernah pupus. Ini kerana skinny jeans mempunyai fungsi dan kepelbagaiannya tersendiri.
“Skinny jeans sangat mudah dipakai. Tidak kira apa jenamanya, skinny jeans memberikan keselesaan dan sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai jenis pakaian”, ujar Lindsay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kaki aku jadi lemah saat melihat Kaabah.” Kisah menyentuh tentang perjalanan hidayah seorang wanita yang pernah hidup sebagai pengkid sebelum berubah selepas menunaikan umrah di Mekah.