Susulan daripada peningkatan kes positif melibatkan petugas dan pelajar sekolah, 19 sekolah di Selangor diarahkan tutup bermula Isnin ekoran kemunculan kluster pandemik COVID-19.
Menurut Astro Awani, antara sekolah yang diarahkan tutup adalah seperti berikut:
• Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong
• SMK Bandar Sri Damansara 2
• SMK Damansara Jaya
• SMK Seksyen 7
• SMK USJ 23
• SMK Puchong
• SMK Puchong Utama 1
• SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara
• SMK Bandar Puncak Jalil
• SMK Seksyen 20
• SMK Puchong Perdana
• SK Puchong Perdana
• SK Bandar Baru Sri Damansara 2
• SK Bukit Kuchai
• SK Bandar Sri Damansara 3
• SK Bukit Jelutong
• SK USJ 20.
• Sekolah Agama Menengah Bestari Subang
• Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chai.
Ads
Pejabat Kesihatan Daerah Petaling berkata penutupan sekolah adalah bertujuan untuk kerja-kerja pembasmian kuman dan aktiviti saringan kontak-kontak rapat.
Pembukaan sekolah akan dimaklumkan dua hari sebelum dan pihak sekolah perlu memastikan semua kontak rapat kepada kes positif dikuarantin. Semua kontak rapat perlu hadir untuk menjalani ujian swab atau diberi surat kuarantin.
Ads
Risau pula melihat kes yang seperti tiada kesudahan ini. Diharap agar korang semua jaga diri dan sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan SOP kita berada di luar.
Situasi kes Covid-19 yang dikaitkan dengan syarikat Top Glove nampaknya masih belum surut setelah ia mencatatkan sebanyak 5,450 kes di kalangan pekerjanya dan dikenali sebagai kluster Teratai.
Baru semalam, syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, Top Glove didakwa memecat seorang pekerja asing setelah dia mendedahkan keadaan sebenar kediaman pekerja Top Glove yang tidak mengikut SOP.
Dalam laporan oleh rakan media di Reuters itu, pekerja berusia 27 tahun itu dikatakan telah mengambil dua keping gambar yang menunjukkan keadaan pekerja kilang yang sedang bersesak tanpa jarak semeter di antara mereka. Gambar itu kemudiannya dihantar kepada pertubuhan hak pekerja di Nepal; yang kemudiannya melaporkan kepada kerajaan Malaysia.
Walaupun pihak Nepal tidak mendedahkan siapakah gerangan pekerja yang membuat laporan itu, seorang pekerja Top Glove yang dikenali sebagai Yubaraj telah mendedahkan kepada Reuters bahawa syarikat tersebut telah menamatkan perkhidmatannya kerana perbuatan tersebut.
*
Hari ini, satu lagi berita mendukacitakan tiba ke pengetahuan media apabila seorang pengawal keselamatan di kilang Top Glove dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, Sabtu lalu.
Mangsa yang dikenali sebagai Yam Narayan Chaudhary Tharu merupakan seorang warganegara Nepal dan pernah berkhidmat di sebuah kilang yang terletak di Meru Klang. Menurut laporan BFM, kira-kira tiga minggu lalu, mangsa yang berusia 29 tahun telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan namun dilaporkan meinggal dunia hujung minggu lalu.
Setelah berita tersebut disahkan, Top Glove mengeluarkan kenyataan akan menghulurkan bayaran pampasan kepada waris mangsa sebagai tanda mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung oleh keluarga mendiang.
*
Laporan kematian seperti inilah yang perlu kita ambil secara serius. Ia mengingatkan kita supaya jangan sesuka hati berada di tempat yang sesak dengan orang ramai sekiranya tiada keperluan. Kita tidak tahu sekiranya ada di antara mereka yang telah dijangkiti.
Semalam, REMAJA ada melaporkan mengenai kenaikan jumlah trafik di beberapa kawasan tarikan pelancong selepas kerajaan membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri.
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun ini saja, sudah ada beberapa kes kematian yang berkaitan extreme selfies. Namun, keghairahan mengambil gambar sehingga mengabaikan keselamatan masih juga berlaku.
Seorang remaja lelaki berusia 20 tahun menemui ajal selepas terjatuh daripada tingkat 16 sebuah hotel di Genting Highlands, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Mansor Mohd Nor, mangsa, P. Kanesh Naidu mati serta merta setelah terjatuh ke tingkat 7 hotel berkenaan.
Mangsa tiba di parkir tingkat 16 hotel bersama tiga rakan dilaporkan keluar daripada kenderaan seorang diri dan memanjat dinding parkir untuk mengambil gambar, sebelum tergelincir dan terjatuh.
“Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah pada di kepala dan badan, konsisten dengan kecederaan jatuh dari tempat tinggi,” kata Supt Mohamad Mansor. Siasatan awal turut menunjukkan tiada unsur niat jahat dalam insiden ini.
So guys, memangla syok kalau dapat insta-worthy shots tu. Tapi, please consider keselamatan korang jugak. Jangan disebabkan gambar, nyawa tergadai k!
Sebagaimana ramai tahu, situasi jangkitan COVID-19 di Sabah masih belum menunjukkan situasi akan reda. Bahkan dalam sehari lebih kurang 300 kes disahkan postif COVID-19 menjadikan tugas pegawai perubatan dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia agak sukar.
Di sebalik berjuang agar kesihatan rakyat terjaga dan pulih sepenuhnya, ada kala kita terlupa petugas kesihatan ini adalah unsung hero yang jarang didendangkan.
Perkongsian dari seorang doktor, Muhamad Na’im Ab Razak mengenai rakan sekerjanya, Dr Saraswathy Subramaniam yang dijangkiti COVID-19 dan kini dalam proses pemulihan selepas diberitakan sembuh dari wabak ini. Apa yang membuatkan beliau terharu dan terasa mahu menangis, dia sudah tidak sabar untuk kembali bekerja dan membantu pasukan perubatan yang kini berada dalam keadaan getir menghadapi gelombang ketiga pandemik ini.
Baca perkongsiannya. Semoga kita sentiasa menghargai barisan hadapan petugas KKM yang bersedia membantu orang ramai di saat pandemik ini memasuki gelombang ke tiga.
Hari ini, saya mahu berkongsi tentang kisah seorang doktor yang bertarung nyawa setelah dijangkiti Covid-19 ketika merawat pesakit di Semporna. Beliau adalah antara hero sebenar di sini. Sanggup bekorban nyawa demi untuk berbakti kepada masyarakat.
Dr Saraswathy Subramaniam telah dihantar untuk bertugas di Hospital Semporna sebelum outbreak berlaku dengan dahsyatnya. Dia hanya baru dua hari disahkan sebagai Pegawai Perubatan setelah menamatkan latihan housemanship ketika memulakan tugas di sini.
Sehari sebelum pilihanraya, beliau telah bertugas melebihi 12 jam merawat pesakit di Hospital Semporna. Menjelang hari pilihanraya, beliau hanya pulang pada jam dua pagi setelah menyelesaikan urusan merawat enam pesakit Covid-19. Beberapa hari sebelum itu juga, beliau telah merawat pesakit lain yang juga didapati positif.
Setelah tidur selama empat jam, beliau bangun dalam keadaan penuh lemah. Dia tidak bermaya tetapi mengagahkan diri untuk turun bekerja sekalipun diserang sakit kepala yang teruk. Pagi itu juga, dia mula rasa tidak sedap badan, batuk-batuk kering, sakit otot dan sakit tekak. Beliau memandu melintasi barisan orang ramai yang sedang bersedia untuk mengundi.
Sekalipun badannya dalam keadaan lemah, dia cuba untuk bekerja sebelum akhirnya terasa terlalu lemah dan hampir pengsan. Beliau segera mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan dirawat oleh rakan-rakan doktor.
Saat ngeri bermula apabila beliau disahkan positif Covid-19 dan dimasukkan ke wad pengasingan. Malamnya, keadaan beliau menjadi semakin teruk. Badannya seakan-akan mahu berhenti berfungsi dan terasa seperti demam. Beliau gagahkan diri dengan memakan parasetamol dan berbaring sambil dibalut selimut hospital. Entah bagaimana nasibnya nanti?
Dr Aruna, sahabatnya datang merawat beliau dengan memakai pakaian PPE lengkap. Ujian lanjutan diambil dan dia diberikan cecair melalui jarum branula. Antara sedar dan tak sedar, dia diberitahu bahawa dia harus dihantar ke Hospital Tawau dengan segera.
Jantung membengkak
Ini kerana, ujian X Ray mendapati jantungnya membengkak. Ujian makmal mendapati dia mengalami keradangan jantung akibat jangkitan Covid-19. Pada jam 12.49 pagi, dia menggagahkan diri menaiki ambulan untuk dihantar ke Hospital Tawau bagi menerima rawatan lanjutan.
Sewaktu saya berhubung melalui media sosial dengannya, beliau kini sudah semakin pulih. Hari ini adalah hari kesembilan belas dia dijangkiti Covid-19.
Syukur, dia telah dibenarkan pulang dan kini menjalani kuarantin wajib bagi memastikan tiada lagi virus berada di dalam tubuhnya. Ini adalah sebahagian daripada polisi keselamatan KKM untuk memastikan tiada lagi virus berada dalam tubuh.
Sebenarnya, virus boleh dikatakan sudah tiada atau dalam keadaan tersangat lemah dalam tubuh pesakit setelah hari ke-10 menerima rawatan. Oleh itu, pesakit stabil dan tidak bergejala boleh dibenarkan pulang setelah hari ke 10.
Yang membuatkan saya terasa mahu menangis adalah, dia sudah tidak sabar untuk kembali bekerja dan membantu pasukan perubatan yang kini berada dalam keadaan getir menghadapi gelombang ketiga pandemik ini.
Mulia sungguh hatimu adikku.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!