Berita

Pelajar UiTM Jadi Orang Pertama Miliki iPhone 17 Di Malaysia, Siap ‘Matching’ Baju Oren Lagi!

Share

Malaysia sekali lagi mencatat sejarah apabila menjadi antara negara terawal di dunia yang menerima keluarga iPhone 17, yang mula dijual secara rasmi hari ini (19 September) di Apple Store The Exchange TRX, Kuala Lumpur.

Untuk info, ini merupakan pelancaran iPhone kedua di Apple Store rasmi pertama Malaysia yang dibuka pada Jun 2024 lalu.

Menariknya, pelanggan pertama yang berjaya mendapatkan iPhone 17 ialah Danial Arif bin Abdul Halim, pelajar berusia 19 tahun dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Menurut laporan sebuah media tempatan, Danial sudah pun bersedia sejak tengah malam, sebelum kembali semula ke lokasi pada jam 3 pagi untuk mula beratur secara rasmi.

“Saya naik taraf daripada iPhone 13 Pro Max ke iPhone 17 Pro Max. Warna Cosmic Orange memang sangat cantik.

“Masa buat pra-tempahan saya agak gementar tapi pada masa yang sama teruja. Sekarang saya rasa sangat lega.

“Saya peminat Apple sejak kecil dan memang nak rasai pengalaman ini. Selalu tengok YouTuber macam iJustine beratur awal untuk dapatkan iPhone terbaru, sebab itulah saya pun nak cuba,” katanya panjang lebar.

Bukan itu saja, Danial bukan sekadar membeli iPhone 17 Pro Max dalam warna Cosmic Orange, malah turut mengenakan baju berwarna oren sempena hari bersejarahnya itu.

Sementara itu, pelanggan kedua pula ialah Mugilan A/L Vijaya Rajah

, juga berusia 19 tahun dan merupakan pelajar UNITAR, yang memilih iPhone 17 Pro berwarna Silver.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Weirdkaya

Published by
Fath