
Komposer dan penyanyi terkenal, Ajai bakal hadir dengan lagu duet terbaharu bersama penyanyi berbakat besar, Nadeera.
Perkhabaran gembira itu dikongsi sendiri Ajai menerusi satu hantaran di Instagram. Menurutnya, proses rakaman bersama Nadeera berjalan lancar dan dia amat kagum dengan kualiti vokal penyanyi tersebut.
“Alhamdulillah. Selesai recording dengan Nadeera. Saya hendak berkongsi seni dengannya.
“Melamarnya berduet bersama-sama untuk lagu terbaharu.
Dalam hantaran sama, Ajai turut memuat naik beberapa foto ketika mereka berada di studio rakaman untuk tatapan peminat.
Bukan sekadar memuji vokal, Ajai juga mengagumi semangat juang Nadeera yang tidak pernah mengenal erti putus asa sejak awal pembabitannya dalam industri.
“Dia tidak pernah berputus asa, sebab dia percaya pada bakat besar yang dimilikinya. Saya seronok melihat pencapaiannya sekarang,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat tidak sabar menantikan hasil kolaborasi dua nama besar ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.