Pegang Pasport Malaysia di Lapangan Terbang Korea, Lingling KIIRAS Jadi Sorotan Peminat

Share

Baru-baru ini, anggota kumpulan KIIRAS, Lingling mencuri perhatian para peminat terutamanya di Asia Tenggara apabila gambar beliau mempamerkan pasport Malaysia di lapangan terbang Korea Selatan sebelum berlepas ke Singapura tular di media sosial.

Lingling, atau pemilik nama sebenar Wong Lingling yang dilahirkan pada 20 April 2005 di Selangor, Malaysia sebelum ini mula meraih perhatian orang ramai selepas diiktiraf sebagai idola K-Pop wanita pertama yang berasal dari Malaysia, sekaligus membuatkan kehadirannya di industri muzik Korea Selatan cukup istimewa bagi peminat tempatan.

Dalam pada itu, gambar-gambar Lingling memegang pasport Malaysia yang tular di media sosial berkenaan juga menimbulkan rasa bangga dalam kalangan rakyat Malaysia yang semakin teruja dengan pencapaiannya di luar negara.

Tidak dinafikan, Lingling berjaya mencipta fenomena sendiri apabila ramai peminat mula menjadikannya sebagai inspirasi kerana berjaya menembusi pasaran K-Pop yang terkenal kompetitif.

Selain itu, ramai yang berpendapat, kehadirannya dalam industri muzik di Korea Selatan juga  membuka peluang dan memberi semangat kepada bakat-bakat muda dari Malaysia.

Sekadar info, menurut laporan terkini Passport Index, pasport Malaysia pada tahun 2025 telah diiktiraf sebagai pasport kelapan paling berkuasa di dunia. Malah, ia juga berada di kedudukan kedua di Asia Tenggara dengan akses bebas visa ke 183 destinasi.

Apa yang lebih menarik, status pasport Malaysia yang semakin mendapat perhatian global, imej Lingling bersama pasport tersebut menjadi simbol kebanggaan buat rakyat negara ini secara kebutulan.

Sementara itu, menerusi populariti KIIRAS yang semakin melonjak, tidak hairanlah setiap pergerakan ahli kumpulan ini, khususnya Lingling, terus menjadi sorotan media dan peminat di seluruh dunia.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE