16 Selebriti Malaysia Yang Masih Bujang & Hot, Boleh La Kalau Rasa-Rasa Nak Try

Share

[et_pb_section admin_label=”section”][et_pb_row admin_label=”row”][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text admin_label=”Text”]

Belum berkahwin bukan bermaksud tidak ada siapa yang mahu. Mungkin saja mereka belum bersedia atau lebih tepat lagi, jodoh belum sampai.

Tak kecuali barisan selebriti lelaki dan wanita Malaysia, kali ni REMAJA senaraikan beberapa orang di antara mereka yang belum berkahwin tetapi tetap kekal hot dan meletop.

1. Remy Ishak

Suatu ketika dulu, heboh juga dikatakan pelakon kacak ini sudah bertunang. Tapi apa yang pasti Remy Ishak masih lagi mengekalkan title abam hot dan belum berkahwin.

2. Zul Ariffin

Diberi jolokan abam sado, Zul Arifin juga antara jejaka kacak yang masih bujang dan hmm, not available ye. Eh! Ok gurau saja, jangan marah bang. Hehe

3. Fazura

Cantik, manis dan sejuk mata memandang. Itulah karakter yang kami boleh describe tentang Nur Fazura.

4. Janna Nick

Perwatakan gadis boyish ni tetap mampu mencairkan hati lelaki. Wajah comel Janna ni bikin lelaki tak keruan tau. Hiks!

5. Zizan Razak

Walaupun ada dikaitkan gosip bersama selebriti wanita, tetapi Zizan tetap cool memegang title ‘orang bujang’.

6. Fattah Amin

Siapa agaknya Wanita Terindah di hati cik abam Fattah Amin ni ya? Hmm..

7. Emma Maembong

Baru-baru ni ada juga cerita panas tentang gosip Emma dan pasangan. Takpe la, kita doa yang baik-baik je.

8. Hael Husaini

Abam jampi. Itu perkara pertama yang buat peminat teringat tentang Hael. Bukan saja handsome, suaranya juga mampu mencairkan hati ramai wanita. Tak gitu?

9. Ayda Jebat

Gadis pencuri hati ini pun antara wanita cantik yang masih single. Ala, Ayda pun muda lagi kan?

10. Aiman Hakim

Pernah memulakan kariernya di dalam industri dengan menjadi seorang penyanyi, tapi nampaknya rezeki Aiman lebih kepada dunia lakonan. Wajah tampan pemuda ini memang tak boleh disangkal lagi.

11. Tiz Zaqyah

Pelakon stylo ni memang antara selebriti wanita yang cun melecun dalam industri hiburan Malaysia.

12. Daler Yusuf

Bila pandang wajah mix Daler ni, tipu la kalau tak ada perempuan yang akan jatuh hati.

13. Neelofa

Bukan saja cantik, wanita ini juga sangat sukses dalam dunia perniagaan yang diceburinya. Salute!

14. Hans Isaac

Walaupun sudah menjangkau usia 40-an, tapi Dato’ Hans Isaac ni tetap baby face.

15. Nelydia Senrose

Seorang lagi selebriti yang berdarah kacukan. Cantik, memang cantik!

16. Syafiq Kyle

Manis ada, kacak pun ada. Syafiq Kyle antara Hero Malaya yang mendapat tempat di hati peminat kini.

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

IKLAN