Pengacara terkenal, Nana Mahazan melihat penglibatan anak perempuannya, Althea dalam program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) sebagai satu pengalaman yang sangat berharga dan proses pembelajaran yang baik untuk usia remaja.
Cabaran Bahasa Melayu Jadi Ujian Terbesar Althea
Nana, 42, berkata Althea berdepan cabaran utama dari segi komunikasi dalam bahasa Melayu, yang menjadi antara kesukaran terbesar sepanjang menyertai program tersebut.
Menurutnya, walaupun rancangan itu belum bersiaran secara rasmi, Althea sudah mula merasai tekanan sehingga mengalirkan air mata ketika sesi rakaman promosi.
“Program ini menarik sebab dapat lihat dia keluar dari zon selesa. Cuma saya rasa cabaran terbesar dia adalah bercakap dalam bahasa Melayu.
“Masa mula-mula rakaman promo, dia ada menangis. Saya tanya kenapa, sebab belum diserang netizen, rupanya dia rasa susah nak bercakap Melayu.
Sebenarnya dia boleh cakap, tapi bila orang tanya laju-laju, dia tak sempat nak terjemahkan apa yang difikirkan dan jadi panik,” katanya kepada Remaja.

Tak Kejar Kemenangan, Lebih Utamakan Perkembangan Diri
Bagi Nana, kemenangan bukanlah keutamaan utama dalam penyertaan Althea dalam program tersebut. Sebaliknya, dia lebih mementingkan perkembangan diri dan keyakinan anaknya.
“Kalau dia tak menang pun tak mengapa. Asalkan bila habis program nanti dia lebih fasih bercakap Melayu, itu pun saya sudah cukup gembira,” ujarnya.

Nana & Suami Sempat Ragu-Ragu Pada Awalnya
Dalam pada itu, Nana turut mengakui dia dan suaminya, Brian pada awalnya berasa ragu-ragu untuk membenarkan Althea menyertai program tersebut kerana faktor usia.
Menurutnya, walaupun Althea tidak mempunyai masalah dalam nyanyian, sifat pemalunya membuatkan mereka sedikit bimbang dengan penerimaan orang ramai.
“Saya dan suami rasa dia masih terlalu muda untuk berdepan dengan penilaian orang ramai. Saya sendiri pernah melalui fasa dihina dan dikecam sebelum ini.
“Jadi saya tak pasti sama ada Althea benar-benar bersedia atau tidak, memandangkan dia baru berusia 16 tahun,” kongsinya.
Anda mungkin berminat dengan

Barisan Peserta TTMM2 Meriahkan Persaingan
Selain Nana dan Althea, musim kedua TTMM turut menampilkan beberapa pasangan selebriti dan anak mereka yang lain, antaranya Adira bersama Anggrek, Datuk A. Aida bersama Azeva, Datuk Fazley bersama Fariedz Fazley serta Datuk Seri Vida bersama Cik B.
Turut memeriahkan pertandingan ialah Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Ani Maiyuni dan Viviana, Pak Azad dan Amarra serta Safura dan Kim Khairii, menjadikan saingan musim ini lebih berwarna-warni dan penuh variasi bakat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Aktor berbakat besar, Syafiq Kyle mengakui sudah berjaya menakluk semula hati aktres jelita, Mimi Lana dan hanya menanti masa yang sesuai sahaja untuk meneruskan hubungan mereka kembali.
Kata pelakon filem popular Sherif: Narko Integriti itu, dia hanya menunggu pengesahan daripada pelakon filem The Experts mengenai perkara tersebut.
“Takluk itu sudah, tunggu masa yang sesuai nak diizinkan,” katanya dalam nada seloroh.
BACA LAGI: Mimi Lana Titip Ucapan Buat Syafiq Kyle -“Cinta Akan Selamanya Ada Untuk Awak…”

Syafiq memberi reaksi tersebut menerusi sebuah video di Instagram ketika menjadi artis jemputan di stesen radio Era FM.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan hasrat untuk melihat pasangan pelakon popular itu disatukan sehingga ke jinjang pelamin.
“Kalau tengok muka berseri-seri macam ini, selalunya memang dah menjadi,” antara komen peminat,” komen seorang pengguna.
“Alhamdulillah masih ada harapan untuk mereka bersama. Semoga ada jodoh antara mereka dan diharapkan jodoh kedua-duanya berkekalan,” komen seorang lain.

Sekadar info, kedua bekas peserta Hero & Dewi Remaja itu sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun namun hasrat untuk berumah tangga putus di tengan jalan apabila mereka membatalkan majlis pernikahan pada 18 Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun, mereka kini dilihat terus berbaik dan banyak terlibat sama dalam beberapa tawaran kerja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Syafiq kyle & Mimi Lana
∞
Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, iaitu Cik B, tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan dia bermain telefon semasa berada di dalam kelas.
Menerusi satu video yang dimuat naik di platform TikTok, Cik B menjelaskan bahawa dia sebenarnya menggunakan telefon untuk mencari maklumat tambahan berkaitan dengan pembelajaran di dalam kelasnya.
“Bukan saya tak fokus masa pensyarah mengajar. Dekat sini belajar tak sama macam dekat Malaysia.
BACA LAGI: Cik B Pilih Sepanyol Sebagai Destinasi Untuk Sambung Pengajian -“Korang Tak Rindu CikB Ke?”

“Kadang-kadang saya cari terjemahan yang ada dalam Google untuk tahu maksud-maksud mengenai perniagaan,” katanya dalam video tersebut.
Cik B, turut mengakui bahawa sebagai seorang pelajar, ada kalanya dia memahami dengan jelas topik yang diajar dan ada kalanya kurang faham.
Selain itu, Ci B turut menjelaskan bahawa pensyarahnya memberi kebenaran untuk pelajar menggunakan telefon bagi mencari maklumat tambahan dalam usaha memahami pelajaran dengan lebih mendalam.
BACA LAGI: Cik B Balas Dakwaan Tumpang Kesenangan Ibu -“Moga Saya Jadi Seorang Yang Berjaya Macam Mama”

“Saya pun manusia biasa yang tak sempurna juga, ada masa saya faham, ada masa kurang faham,” tambahnya.
“Pensyarah bagi kami kebenaran untuk cari maklumat lebih mendalam melalui telefon. Tak mudah nak masuk dalam dunia perniagaan, banyak benda yang saya perlu cari dan ambil tahu,” katanya lagi.
Dalam pada itu, remaja yang kini berusia 19 tahun itu menitipkan nasihat kepada orang ramai agar tidak terburu-buru menilai situasi hanya berdasarkan apa yang mereka lihat.
“Sebab itu kita kena bertanya, jangan terus menghukum seseorang kalau kita tak tahu kenapa dan mengapa.

“Dalam kehidupan kita, ke mana pun kita pergi kita tetap akan mencari sesuatu untuk buat rujukan. Bukan senang nak senang,” ujar Cik B.
Sebelum ini, tindakannya bermain telefon ketika kelas sebelum ini telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang menganggap beliau tidak fokus di dalam kelas.
Untuk makluman, Cik B kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di Sepanyol.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok CikB Salmon Official
∞
Bukan sahaja cantik dan terkenal dengan bakatnya yang besar, bahkan keprihatinan yang dimiliki menjadi satu taruhan personaliti ini. Kemurahan hatinya untuk membantu mereka yang berada dalam kesempitan dan kesusahan mendapat perhatian ramai.
Beberapa hari lalu, isteri kepada Jay-Z ini telah membuat keputusan untuk memberi geran bernilai RM20 ribu ringgit kepada mereka yang mengalami masalah untuk membayar rumah akibat krisis Covid-19 di Amerika Syarikat.
Menerusi yayasannya yang dikenali dengan nama BeyGOOD, seramai seratus individu terpilih akan menerima bantuan tersebut pada penghujung Januari 2021 yang akan datang. Kebanyakan mereka yang menerima bantuan mengalami masalah disebabkan kehilangan kerja akibat penyakit dan juga sistem pengurangan pekerja yang diambil oleh banyak industri.
Pusingan kedua untuk pemberian geran ini pula akan dilakukan pada awal Februari 2021.
Sebelum ini BeyGOOD telah melancarkan bantuan kepada bisnes kecil yang mengalami impak yang mana lebih 250 bisnes telah menerima geran bernilai RM40 ribu ringgit.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh yayasan tersebut, “Ketika kita berhadapan dengan pandemik yang disebabkan oleh COVID-19, BeyGOOD membuat rancangan untuk membuat sesuatu yang berbeza. Kami membantu organisasi di seluruh negara yang menyediakan keperluan asas seperti bekalan makanan, air, bekalan rumah tangga dan ujian COVID. Kami juga menyediakan khidmat sokongan kesihatan mental.”
Sumber: CNN
Sumber Gambar: Instagram Beyonce
∞