Baru-baru ini, enam (6) orang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bakal mencipta sejarah dengan mewakili negara ke Kejuaraan Persekutuan Sukan Universiti Antarabangsa (FISU) Dunia yang akan berlangsung di Itali pada Jun ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata, beliau meletakkan harapan yang tinggi kepada pasukan pelayaran UMT agar mereka merangkul kejuaraan pada kejohanan peringkat antarabangsa berkenaan.
Pasukan yang diwakili oleh tiga pelajar lelaki dan tiga pelajar perempuan itu juga merupakan satu-satunya wakil Malaysia yang layak ke pertandingan tersebut dan mereka ialah Muhammad Faris Aiman Basri (22) sebagai ketua pasukan, Nur Muhammad Aqil Nadzri (21), Mohamad Hanif Mohd Shafiee (20), Nur Zulaikha Mohd Zafarin (21), Nur Sofea Balqis Kamal Azalan (21), dan Nur Ainul Izzati Zil Husham (23).
Kredit: Canselori UMT
“KPT amat menggalakkan pelajar terlibat dengan aktiviti sukan. Di peringkat universiti kita ada Karnival Sukan Universiti Malaysia (Masum) dan KPT sendiri menyumbang kira-kira 20 peratus atlet negara.
Ads
“Penyertaan pelajar UMT ke kejohanan peringkat antarabangsa ini akan mengangkat nama negara. Pelajar juga berperanan sebagai duta kecil bagi memperkenalkan Malaysia di mata dunia,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan rasmi ke UMT hari ini.
Menurutnya, kejayaan tersebut bukan sahaja menaikkan nama negara di mata dunia, malah mempamerkan kualiti tinggi yang dimiliki pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia.
Ads
Kredit: BERNAMA
Sementara itu, Muhammad Faris Aiman berkata, pasukannya sedang giat menjalani latihan dalam negara sebagai persiapan ke Itali pada 4 Jun nanti. Selain itu, mereka juga akan berlatih sehingga empat jam untuk meningkatkan kemahiran serta kecekapan bagi menghadapi pesaing hebat dari negara Eropah, Amerika dan Asia.
“”Kami akan berdepan cabaran dari 16 pasukan termasuk Amerika, Belanda, Ireland, Jerman, Jepun, China dan Perancis yang semenangnya memiliki kekuatan tersendiri”
Ads
“Walaupun sukar kami tetap meletakkan sasaran untuk mendapatkan podium di kejohanan tersebut,” katanya.
Selamat maju jaya kami ucapkan kepada pasukan pelayaran UMT. Semoga meraih kemenangan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menurut laporan dari The Star, Nur Hazirah Ramli baru-baru ini telah meraih RM60,000 selepas memenangi empat pingat emas dalam kejohanan boling.
Wang tersebut dirancang untuk disimpan bagi menyokong hasratnya melanjutkan pengajian dalam bidang komunikasi massa pada tahun depan.
Seimbangkan Pelajaran Dan Sukan Boling
Hazirah menyatakan niatnya untuk meneruskan pengajian sambil terus beraksi dalam sukan boling, menyeimbangkan antara cita-cita akademik dan sukan.
Kejayaan ini telah menambah semangatnya untuk cemerlang dalam kedua-dua bidang tersebut, sekali gus membuktikan kemampuan atlet muda Malaysia yang berkaliber.
Sebelum ini, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan insentif RM15,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat emas pada SUKMA dan Para SUKMA kali ini.
Pemenang pingat perak akan menerima RM5,000 manakala gangsa RM3,000.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Pada pendapat engkau Zain, siapakah gadis yang paling cantik dalam kelas kita antara Zarina dengan Rohana?”.
“Pada pendapat aku, Zarina lebih cantik dari Rohana, eh! dari atau daripada ya?”.
Demikian dialog pengguna bahasa Melayu yang keliru dengan penggunaan “dari” dan “daripada”. Kedua-dua perkataan itu kadang kala bertukar ganti penggunaannya dalam ayat. Saya kemukakan panduan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut. “Dari” merupakan kata sendi nama yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan masa/waktu (M), arah (A) dan tempat (T). Untuk memudahkan kita mengingati fungsi ini maka kita boleh jadikan fungsi tersebut dalam bentuk akronim “MAT”.
Untuk menentukan penggunaan kata sendi nama tersebut betul penggunaannya hanya tentukan perkataan yang digunakan selepas kata sendi nama sama ada arah, masa atau pun tempat.
Ayat contoh: 1. Ayah bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang. (masa) 2. Angin bertiup dari arah utara. (arah) 3. Dia datang dari Kuala Lumpur. (tempat)
“Daripada” merupakan kata sendi nama yang hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad, asal kejadian atau sumber dan unsur perbandingan atau perbezaan.
Ayat contoh: i. punca a. Hadiah ini daripada ayah. (manusia) b. Kaki Ali luka akibat cakaran daripada kucingnya. (haiwan) c. Kita hendaklah menjauhkan diri daripada dadah. (benda) d. Kejayaan usahawan itu daripada kesusahan yang dialaminya. (unsur mujarad)
ii. asal kejadian atau sumber a. Kerusi itu diperbuat daripada kayu. b. Arahan Perintah Kawalan Pergerakan datangnya daripada kerajaan. b. Amy daripada kumpulan Search merupakan penyanyi utama kumpulan itu.
iii. unsur perbandingan
Zamani lebih tinggi daripada abangnya Yazid.
Azrul lebih cekap memandu daripada kakaknya
Imani lebih petah bercakap daripada abangnya.
Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa “dari” dan “daripada” tidak boleh bertukar ganti dalam ayat walaupun kedua-duanya berfungsi sebagai kata sendi nama. Semua kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, namun tiap-tiap satu mempunyai tugas atau fungsi yang tertentu. Oleh itu, “Betulkan yang Biasa, Biasakan yang Betul”, “Bahasa Jiwa Bangsa”.
Penyiaran artikel ini merupakan hasil kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa & Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Dr. Haji Amir bin Haji Juhari
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah diucapkan kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) kerana diiktiraf sebagai universiti ke-71 terbaik dunia bagi kategori di bawah usia 50 tahun oleh Times Higher Education (THE) Young University Rankings 2024.
Ranking terbaru itu meletakkan kedudukan UUM naik 24 anak tangga jika dibandingkan pada tahun lalu iaitu di tempat ke 95.
Pengiktirafan itu juga meletakkan nama UUM sebagai universiti awam di bawah usia 50 tahun terbaik di Malaysia.
Kredit: Universiti Utara Malaysia Today
Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan berkata, kejayaan itu adalah hasil kerja keras warga universiti yang sentiasa berusaha meletakkan universiti itu di peringkat lebih tinggi.
Ia juga, bukan sesuatu yang mudah apabila UUM perlu bersaing dengan universiti terkemuka lain untuk berada di kedudukan tertinggi.
“Sempena UUM yang kini berusia 40 tahun, keputusan ini menunjukkan kita terus unggul di peringkat antarabangsa, khususnya dalam bidang pengurusan, perniagaan dan perakaunan serta sains sosial”
“Ini secara tidak langsung meletakkan imej dan nama UUM sebaris universiti ternama dunia yang mencipta rekod tersendiri,” jelasnya lagi.
Kredit: Universiti Utara Malaysia Today
THE Young University Rankings 2024 menggunakan 17 indikator dalam lima kategori iaitu pengajaran (29.5%), kualiti penyelidikan (30%), persekitaran penyelidikan (29%), pandangan antarabangsa (7.5%) dan pendapatan industri (4%).
THE Young University Rankings 2024 yang dikeluarkan secara tahunan menyaksikan lebih 673 universiti seluruh dunia yang disenaraikan bagi penarafan 2024.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!