Bekas anggota tentera kini diberi amanah baharu apabila seramai 16 individu mula melaporkan diri sebagai warden lelaki di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sekali gus menandakan permulaan pelaksanaan inisiatif MARA bagi memperkukuh aspek keselamatan, kebajikan dan disiplin pelajar.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kesemua mereka mula bertugas pada Isnin lalu dengan menghadiri sesi taklimat serta pengenalan bersama pihak pengurusan maktab.

16 Bekas Tentera Mula Bertugas Sebagai Warden MRSM, MARA Sasar Sifar Buli Menjelang 2027

Warden wanita bakal menyusul minggu hadapan

Menurut Asyraf, seramai 16 lagi warden wanita daripada kalangan bekas anggota tentera dijangka memulakan tugas mereka pada minggu hadapan.

“Mereka diwajibkan menghadiri sesi orientasi dan pengenalan maktab yang dikendalikan oleh pengetua MRSM terlibat.

Ads

“Sesi ini bertujuan memberikan pendedahan awal berkaitan struktur pengurusan maktab, peraturan serta peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh para warden,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

16 Bekas Tentera Mula Bertugas Sebagai Warden MRSM, MARA Sasar Sifar Buli Menjelang 2027

Empat warden sepenuh masa bagi setiap MRSM terlibat

Dalam pada itu, beliau memaklumkan setiap MRSM yang terlibat akan diperuntukkan empat warden sepenuh masa yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita.

Ads

Bagi fasa pertama pelaksanaan, inisiatif itu melibatkan 10 MRSM iaitu MRSM Besut, Balik Pulau, Muadzam Shah Rompin, Sultan Azlan Shah, Serting, Kubang Pasu, Jeli, Parit, Kuala Berang dan Muar.

16 Bekas Tentera Mula Bertugas Sebagai Warden MRSM, MARA Sasar Sifar Buli Menjelang 2027
Pelaksanaan diperluas ke semua MRSM pada 2027

Menurut Asyraf lagi, inisiatif berkenaan akan diperluaskan ke semua 58 MRSM di seluruh negara bermula 1 Januari 2027.

Ads

Beliau turut berharap bekas anggota tentera yang dilantik mampu menggalas amanah dengan penuh dedikasi dalam membantu pihak pengurusan maktab memastikan kebajikan, keselamatan serta disiplin pelajar terus terpelihara.

“Moga-moga hasrat kita untuk menyaksikan MRSM bebas dan sifar buli akan menjadi kenyataan,” katanya.

16 Bekas Tentera Mula Bertugas Sebagai Warden MRSM, MARA Sasar Sifar Buli Menjelang 2027

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads