Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa di sekitar Lembah Klang baru-baru ini, kami pasti pasangan yang ingin berkahwin mula berasa panik kerana takut majlis mereka terpaksa ditunda lagi. Tambahan pula, kini hampir seluruh negara dikenakan arahan PKPB di daerah mereka.
Ramai juga dikalangan teman rapat kami terpaksa menunda majlis dari awal tahun lalu dan lebih menyedihkan apabila duit deposit yang dibayar untuk dewan majlis ‘hangus’ begitu sahaja.
Gambar hiasan
Menurut Harian Metro, masih ada 150,000 majlis perkahwinan yang dirancang dalam tempoh pandemik COVID-19 di seluruh negara tertunda. Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM) Arabath Ali Arul Alavudeen berkata, data itu direkodkan pihaknya yang menunjukkan penangguhan majlis sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), April lalu.
Gambar hiasan
Mengikut rekod, hanya lima peratus sahaja yang melansungkan perkahwinan atau pernikahan secara online dan bakinya masih menunggu untuk melangsungkan perkahwinan sebaik keadaan pulih.
Hal ini bukan sahaja menjejaskan bakal pengantin, malah pemain industri perkahwinan juga terkesan kerana ramai pasangan yang ingin menangguh atau membatalkan majlis.
Ada yang meninggalkan komen berkongsi pengalaman kerana bisnes mereka turut terjejas dek kerana situasi ini.
Ads
Ads
Malah, ada juga netizen yang menasihatkan agar meneruskan perkahwinan tetapi buat secara bersederhana.
Ads
Apa-apa pun, pilihan tetap ditangan bakal pengantin. Kami pasti mereka mempunyai alasan tersendiri kerana menangguhkan majlis perkahwinan. Sama-sama kita doakan agar urusan semua bakal pengantin dipermudahkan.
Tak semua kisah percintaan mempunyai happy ending..
Berita perpisahan pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh setelah 11 tahun berkahwin masih sukar untuk dipercayai oleh peminat. Keputusan tersebut khabar mereka telah diambil dan dilakukan secara baik selepas mempertimbangkan banyak aspek.
Kata Noh menerusi paparan di Instagram-nya, “Selepas melalui pelbagai cabaran dan berbincang, kami akhirnya sepakat untuk berpisah dan membawa haluan sendiri.
“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang selama ini banyak memberi sokongan dan kasih sayang kepada kami selama bertahun-tahun.
“Jangan risau, kami masih berkawan dan baik,” catatnya.
Sedih memang sedih namun itulah mengapa cinta disebut sebagai satu bentuk ‘perjudian’. Love is a gamble dan tidak semua pasangan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Korang pun mesti mempunyai kenalan rapat yang pernah putus di tengah jalan. “BUT GUYS, KENAPA?”
Mungkin salah satu punca ini adalah sebabnya.
01
Jarak Jauh
Bila korang tak berjumpa sehari dua, dah sibuk nak Facetime lah, telefon berjam-jam lah, WhatsApp dan sebagainya. Inikan lagi apabila korang berada di lokasi yang teramat jauh di antara kalian berdua.
Ada yang berjauhan disebabkan sambung pengajian di luar negara, dan juga disebabkan tuntutan kerja yang memerlukan pasangan selalu ‘terbang’ ke sana-sini.
Bila dah lama tak jumpa, hanya rindu je yang tinggal. Besar kemungkinan cinta sudah tiada lagi.
02
Belum Betul-Betul Kenal Hati Budi
Sebab itulah dalam budaya masyarakat di Malaysia, kita DIWAJIBKAN untuk menemukan pasangan dengan ahli keluarga.
Kadangkala, cinta membuatkan kita buta dan ingin segera melangsungkan perkahwinan. Tapi ada perkara yang hanya orang di sekeliling akan perasan mengenai hubungan kalian.
Bukan sebab mereka cemburu dengan kemesraan kalian, tapi kerana mereka betul-betul sayangkan korang dan enggan melihat kalian melakukan kesilapan terburu-buru.
03
Mengongkong Kerana Cemburu
Cemburu adalah perkara yang baik sebenarnya dalam relationship, tetapi pada kadar yang minimum. Kalau pasangan sudah mula melihat talian mesej WhatsApp korang, melihat senarai nama panggilan telefon, DM di Instagram, komen di setiap Facebook post korang….
Maksudnya dia sudah mengongkong kerana merasa insecure dan itu ada toksik dalam perhubungan.
Aduh, ni topik yang agak sensitif. Ada yang berpendapat it is okay to spend on your other half.
Iyalah, dah sayang semua benda pun kita sanggup belikan. Namun, jika sudah timbul persoalan mengapa hanya korang yang membelanja si dia andnot the other way around, maksudnya pasangan adalah seorang yang high maintenance.
‘High maintenance’ itu bukan hanya untuk orang yang sukakan barangan mahal-mahal je, tetapi juga untuk orang yang suka dibelanja bak puteri. Amboi, kita belum HALAL lagi kau dah minta non-stop!
05
Kehendak Pasangan Diabaikan
Tapi itu tak bermakna korang harus abaikan kehendak dia.
Korang hendakkan sesuatu daripada perhubungan ini seperti rasa disayangi, perhatian, barangan, dibelanja makan dan sebagainya. Tapi kehendak dia, korang pandang sepi pula. Ini selalu terjadi di kalangan pasangan lelaki yang terasa seperti diabaikan.
06
Ego
Rasanya tak perlulah penulis terangkan punca keenam ini.
Semua orang ada ego, tak kiralah lelaki atau perempuan. Cara korang ketepikan ego demi relationship yang sebenarnya membezakan hubungan berjaya dan hubungan berkecai.
07
Dah Penat Cuba Selamatkan
Bukan tak mahu selamatkan cinta, tetapi kadangkala korang seakan bertepuk sebelah tangan. Korang lakukan segala-galanya untuk memastikan ‘masa-masa gentir’ di antara kalian dapat berlalu pantas.
Kalau sudah baiki tapi retak hubungan kembali muncul tak sudah-sudah…
Penatlah!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada yang berpendapat bahawa cemburu itu tanda sayang dan sihat.
Namun, cemburu yang melampau hakikatnya tergolong dalam penyakit emosi yang boleh membawa kepada kemurungan.
Menurut pakar psikologi, cemburu merupakan perasaan yang terbuku dalam hati dan menyebabkan hati seseorang gelisah. Contohnya apabila korang melihat pasangan didekati orang lain dan berkomunikasi secara ‘terlebih mesra’.
Mengapa perasaan cemburu sering menghantui walaupun kita telah lama mengenali pasangan?
01
Rasa tidak selamat
Perasaan insecure merupakan akar kepada segala rasa cemburu seseorang. Ia merupakan potensi utama yang menyebabkan rasa cemburu terbit dalam hati.
02
Rendah diri
Ini berkait rapat dengan perasaan insecure. Korang akan merasa rendah diri jika fizikal atau taraf kewangan tidak semenarik orang lain. Contohnya, jika pasangan terlihat seseorang yang bergaya serta mempunyai karier yang mantap. Rasa rendah diri akan mudah mengundang rasa cemburu dan cemburu menjadi reaksi mekanisme bagi dia mempertahankan diri.
03
Dahagakan perhatian
Jika korang sejenis berdikari biasanya tiada masalah. Namun ada sesetengah orang ni mudah cemburu kerana inginkan perhatian sepenuhnya daripada pasangan. Ada yang menganggap situasi ini berlaku disebabkan persekitaran semasa dia dibesarkan. Dia dah terbiasa dengan layanan first class daripada keluarganya.
Eh betul ke?
04
Fobia ditinggalkan
Mana ada orang yang tak takut ditinggalkan. Oleh sebab itu, ada individu yang mempunyai fobia melampau terhadap kemungkinan dirinya ditinggalkan sehingga mencabar untuk membunuh diri. Ramai je pasangan yang clingy kerana fobia ini, maka mulalah cemburu yang membuak-buak.
05
Bersikap mengongkong
Ini merupakan sikap yang cukup negatif.
Sifat mengongkong jika dibiarkan untuk tempoh yang lama boleh bertukar kepada satu bentuk penderaan mental. Punca utama seseorang boleh menjadi sebegini adalah kerana dia menganggap korang merupakan hak eksklusif miliknya walaupun masih belum mempunyai hubungan yang sah.
*
Jika korang mempunyai pasangan yang kuat cemburu, maka mainkan peranan dalam membantu menangani masalah ini.
Pertama, kamu berdua perlu duduk berbincang. Perkara asas seperti meluahkan kata-kata positif mampu meredakan keadaan. Setiap kali sifat cemburunya muncul, ringankanlah mulut untuk ucapkan 3 perkataan keramat ‘I Love You’.
Selain itu, luangkan masa dengannya walaupun kamu sibuk.
Komunikasi dunia sekarang kan tanpa sempadan. Tanya khabar atau berjumpa dengannya. Kamu juga perlu elakkan daripada berahsia tentang kawan-kawan berbeza jantina kamu. Kenalkan mereka kepada pasangan agar tiada salah faham akan berlaku pada masa akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mesti korang pernah dengar perkataan ‘langkah bendul’, gelaran yang selalu diberikan kepada adik yang berkahwin dulu sebelum kakaknya.
Adat dan kepercayaan ini lazimnya diamalkan oleh masyarakat Melayu zaman dulu-dulu, tetapi ada juga yang masih mengamalkannya sehingga kini. Oleh sebab itu, si adik perlu memberi hadiah kepada si kakak kerana sudah ‘langkah bendul’.
Gambar hiasan
Pada mulanya, ia tidaklah menyalahi syarak atas nama hadiah, tapi kalau dah berlebihan dan menjadi kewajipan serta mengundang beban kepada pasangan yang nak kahwin tu, maka ia sudah menyalahi syarak Islam yang memudahkan perkahwinan.
So gaiss, kalau adik korang dah maklumkan kepada keluarga yang dia nak berkahwin, korang kena la positif walaupun diri sendiri pun belum berpunya.
Berikut merupakan tip-tip yang korang boleh lakukan sekiranya mengalami situasi seperti ini:
1. Sokong niat mereka
Walaupun korang masih single, tapi sokonglah niat mereka untuk berkahwin awal kerana lebih baik daripada membiarkan mereka keluar berdua-duaan tanpa ikatan yang sah.
2. Jangan susahkan mereka
Janganlah pula minta hadiah macam-macam sebagai syarat untuk berkahwin sebelum korang. Ini sebenarnya akan menyusahkan mereka sebab bayangkanlah berapa banyak wang yang mereka kena belanjakan untuk majlis kahwin, then nak tambah lagi perbelanjaan untuk tunaikan permintaan korang.
Sebaliknya, korang mintalah doa yang baik-baik kepada bakal pengantin. Jangan kecil hati pula bila si adik tu dah nak kahwin. Suruh mereka doakan agar korang cepat-cepat dapat jodoh kan lebih baik. InsyaAllah!
Dah nama satu keluarga, buat apalah nak simpan hasad dengki. Be positive. Mungkin lepas adik kahwin, giliran korang pula nanti. Kalau kita mudahkan urusan orang, insyaAllah Allah mudahkan urusan kita juga.
Doakan yang baik-baik semoga mereka bahagia hingga ke akhir hayat. Kalau adik korang happy, korang pun tumpang happy sekali kan?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.