Pasti ramai peminat k-drama yang menantikan drama-drama terbaharu dari Korea pada tahun ini. Seperti biasa, senarai drama yang bakal dipertontonkan ini jarang gagal untuk menarik perhatian penonton.
Kali ini kami nak kongsikan dengan korang antara drama-drama Korea yang bakal ditayangkan di Netflix sepanjang tahun 2022.
1. All of Us Are Dead
Menceritakan tentang pelajar yang terperangkap di sekolah ketika virus zombie merebak dan mereka berhempas pulas berjuang untuk meneruskan hidup. Siri ini adalah berdasarkan webtoon popular dari Jong Dong Geun yang dikenali sebagai ‘novel grafik zombi gaya Korea’.
2. Juvenile Justice
Foto: What’s on Netflix
Kisah seorang hakim yang tidak suka kepada pesalah juvana yang akhirnya dilantik sebagai hakim di mahkamah juvana. Kim Hye Soo memainkan watak sebagai Sim Eun Seok, seorang hakim berkarisma yang baru dilantik di daerah yang mempunyai kes juvana yang tinggi.
3. Twenty Five, Twenty One
Drama remaja yang menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Kim Tae-ri, Nam Joo-hyuk, Kim Ji Yeon, Choi Hyun Wook dan Lee Ju Myung. Dalam masa ketika impian kelihatan di luar jangkauan, seorang seorang remaja pemain pedang mengejar cita-cita besar dan bertemu dengan seorang lelaki muda yang bekerja keras dalam usaha membina semula hidupnya.
4. Forecasting Love and Weather
Siri komedi romantis yang mengisahkan tentang pekerja-pekerja di Pentadbiran Meteorologi Korea, jatuh bangun mereka dalam kehidupan. Jin Ha Kyung yang berazam tidak mahu bercinta dengan rakan sepejabat dan akhirnya menjalin hubungan dengan seorang pekerja baru.
Drama kehidupan dan percintaan yang menyentuh hati di antara persahabatan, cinta dan kehidupan tiga sahabat yang akan mencecah umur 40 tahun. Kebetulan mereka merupakan BFF di sekolah menengah. Apabila umur mereka 39 tahun, mereka mengalami kehidupan yang tidak baik dan perlu mengucapkan selamat tinggal kepada persahabatan yang telah terjalin.
6. Tomorrow
Drama fantasi akhirat, Tomorrow menggambarkan bagaimana Choi Jun-woong yang sudah lama menganggur secara tidak sengaja terserempak dengan ‘gream reapers’ dalam sebuah misi khas dan menjadi pekerja kontrak di pasukan pengurusan krisis mereka.
7. Business Proposal
Drama percintaan pejabat, Business Proposal, adalah berdasarkan novel web dan webtoon terkenal di seluruh dunia mengisahkan tentang percintaan CEO dan pekerjanya.
8. The Sound of Magic
The Sound of Magic, berdasarkan webtoon popular Annarasumanara, ialah drama menyentuh tentang Yoon Ah-yi, seorang gadis yang terpaksa membesar terlalu cepat, dan Rieul, seorang ahli silap mata misteri yang — walaupun sudah dewasa — ingin kekal sebagai seorang kanak-kanak.
Mengisahkan Rex, ejen mencari jodoh ekslusif dan pakar dalam melayani permintaan pelanggannya untuk dijodohkan dengan golongan orang berada.
10. A Model Family
Kisah sebuah keluarga yang di ambang kehancuran akibat muflis dan masalah terjebak dengan sindiket pengedaran dadah.
11. Glitch
Mengisahkan seorang wanita yang cuba untuk menjejaki kekasihnya yang hilang dengan bantuan kelab UFO. Dalam proses itu, dia berhadapan dengan rahsia misteri.
12. Suriname
Mengisahkan seorang lelaki Korea yang menjadi tokan dadah di negara Suriname di Amerika Selatan. Drama ini merupakan drama paling mahal di Korea dengan kos mencecah 40 billion won (RM140 juta).
Ads
13. Money Heist: Korea – Joint Economic Area
Menceritakan ahli strategi yang genius dan krewnya yang berbakat terdiri daripada pencuri kelas atas yang cuba melakukan rompakan yang belum pernah berlaku di Semenanjung Korea.
14. Love to Hate You
Drama tentang seorang wanita yang tidak suka kalah dengan lelaki dan seorang lelaki yang curiga terhadap wanita yang kemudiannya menemui remedi kehidupan di sebalik ciri-ciri mereka yang bertentangan.
15. Somebody
Seorang pemaju sebuah aplikasi sosial terlibat dengan seorang lelaki misteri, ketika kes pembunuhan berlaku menerusi aplikasi sosial bernama Somebody yang dibangunkannya.
Wah, banyak betul kdrama sepanjang tahun ini. Harapnya korang terhibur. Selamat menonton!
Sumber: Netflix
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Februari dianggap sebagai bulan cinta kerana hari memperingati kekasih jatuh pada tanggal 14 Februari. Istimewanya kali ini, sebuah filem romantis berjudul ‘Marry Me’ bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 11 Februari depan, jadi korang bolehlah ambil peluang ini untuk menonton bersama yang tersayang.
Dibintangi oleh Jennifer Lopez, Owen Wilson, Maluma, John Bradley-West dan Sarah Silverman, Marry Me menceritakan tentang kisah seorang Bintang Latin, Kat Valdez, bersedia untuk berkahwin dengan pasangannya di atas pentas, Bastian, di hadapan seluruh peminatnya. Namun, beberapa saat sebelum membuat ikrar perkahwinan, dia telah mendapati dirinya ditipu dan membuat keputusan untuk berkahwin dengan orang yang tidak dikenalinya.
Charlie, seorang lelaki yang memegang papan tanda “Marry Me” dalam ribuan peminat yang menonton mereka, adalah pilihannya sebagai pengantin lelaki baharunya.
Wah, drama betul kan. Hiks!
Kami ingin mengajak korang untuk menonton tayangan perdana Marry Me dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah.
Tarikh: 8 Februari 2022 Masa: 8.00 malam Lokasi: GSC The Starling
Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang dan sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19. Pemenang bertuah akan diumumkan di DM instagram. Korang berpeluang memenangi sepasang tayangan perdana secara percuma dan pastikan akaun Instagram korang boleh diakses secara umum.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan, mendedahkan hasratnya untuk menceburi bidang lakonan sekiranya diberi peluang.
Menurut Ammar, dia lebih tertarik dengan genre filem aksi gangster berbanding komedi kerana mahu menampilkan sisi macho di layar perak.
“Jangan suruh saya menyanyi. Saya memang tak suka menyanyi. Kalau anda nampak saya menyanyi, itu maknanya ayah saya yang suruh.
“Kalau diberi pilihan, saya lebih suka berlakon. Tetapi saya nak berlakon filem gangster sahaja, jangan suruh berlakon filem komedi.
“Saya nak nampak macho sebab itu nak berlakon filem gangster. Baru-baru ini saya tonton filem Blood Brothers: Bara Naga dan suka dengan watak Ghaz lakonan Sharnaaz Ahmad,” katanya kepada media.
Selain itu, Ammar turut berkongsi hasrat untuk menyimpan jambang seperti Sharnaaz, namun keinginannya itu tidak dipersetujui ibunya.
“Saya harap saya boleh simpan jambang, tetapi mak saya tak suka sangat,” ujarnya.
Ditanya mengenai bakat dalam bidang perniagaan seperti bapanya, Ammar secara jujur mengakui dirinya tidak begitu cenderung ke arah itu.
“Saya memang tak pandai bercakap tapi yang peliknya orang suruh jadi pengacara. Saya tak pandai menyanyi, orang suruh saya menyanyi.
“Saya tak pandai masak, orang suruh saya jadi cef. Sebenarnya saya nak jadi ahli perniagaan dan pemimpin yang boleh membawa masyarakat ke depan,” tambahnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan seniman agung yang sangat berbakat dalam menghasilkan karya-karya filem hebat sepanjang zaman.
Kenapa kami katakan begitu? Korang lihatlah sendiri sehingga ke hari ini stesen televisyen masih lagi menyiarkan filem-filem lakonan dan arahan daripada seniman hebat ini.
Jika P.Ramlee masih hidup, beliau sudah pun berusia 93 tahun dan semalam merupakan hari ulang tahun kelahirannya iaitu pada 22 Mac 1929. Namun hingga hari ini, karya-karya ciptaan lagenda ini masih tetap ditonton tidak mengira lapisan masyarakat.
Setiap kali disiarkan di kaca televisyen, pasti kita terhibur menontonnya dan kebanyakan dialog daripada filem P.Ramlee juga sudah boleh dihafal. Mana tidaknya dari kecil dah tonton filem-filem beliau kan?
Apa yang menariknya, filem-filem ini bukan hanya lucu tapi sarat dengan mesej yang boleh dijadikan pengajaran untuk kita semua.
Jom kita lihat antara filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang paling legend.
1. Bujang Lapok
2. Seniman Bujang Lapok
3. Pendekar Bujang Lapok
4. Ali Baba Bujang Lapok
5. Do Re Mi
6. Nasib Do Re Mi
7. Laksamana Do Re Mi
8. Tiga Abdul
9. Masam-Masam Manis
10. Labu Labi
11. Nasib Labu Labi
12. Nujum Pak Belalang
13. Ibu Mertuaku
14. Anak Bapak
15. Keluarga 69
16. Anakku Sazali
17. Ahmad Albab
18. Musang Berjanggut
Betul-betul menggamit kenangan kan?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: YouTube
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah SPM 2025 pelajar Korea Selatan, Kim Na Eun yang memperoleh 10A+ di SMK St Columba, Miri menjadi inspirasi tentang disiplin, usaha dan kejayaan luar biasa pelajar antarabangsa di Malaysia.