
Fenomena selebriti dari Korea memang sudah tidak asing lagi bagi peminat di negara kita. Ramai penyanyi dan pelakon mereka menjadi kegilaan masyarakat kita, bukan hanya yang muda, malah seluruh lapisan umur.
Tidak dinafikan wajah tampan dan jelita yang dimiliki mereka membuatkan ramai yang ‘jatuh cinta’ setelah melihat personaliti Korea.
Walaupun mungkin ramai yang mengganggap bahawa kecantikan yang dimiliki bukannya asli, tetapi kita tidak boleh menafikan hak yang mereka ada untuk melakukan sebarang transformasi.
Kalau korang ingin tahu bagaimana agaknya wajah asli mereka sebelum bergelar bintang terkenal, berikut kami senaraikan gambar antara personaliti wanita Korea dulu dan sekarang yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Vonne Kim.
1. Bae Suzy

2. Jun Ji Hyun

3. Park Min Young

4. Son Ye Jin

5. Lee Ji Eun (IU)

6. Kim Yoo Jung

7. Kim So Hyun

8. Yoo In Nah

9. Kim Go Eun

10. Sulli

11. Jang Nara

12. Kim Many

13. Song Hye Kyo

14. Park Bo Young

15. Park Shin Hye

Sebenarnya mereka ni memang dari dulu pun dah cantik kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sedekah Kena Sembunyi Atau Hebahkan? Ustaz Kongsi Rahsia Surah Al Baqarah & Fatir Yang Ceritakan Hal Ini

Baru ini tular di media sosial di mana Ustaz Ebit Lew meminta maaf andai perbuatannya bergerak ke sana ke mari semasa Perintah Kawalan Pergerakan membuatkan hati orang lain terguris. Masa yang sama beliau berkata niatnya membantu barisan hadapan negara menangani COVID-19 dengan menyampaikan sedekah adalah kerana Allah taala. Ia ekoran ada individu yang bersuara bahawa perbuatan sedekah dilakukannya tidak harus ditunjukkan di media sosial.
Pasti isu berkenaan turut menjadi tanda tanda di hati kita bolehkah sedekah dibuat terang terangan, di kongsi di media sosial atau seharusnya dibuat tanpa orang lain ketahui? Ini kerana mungkin ada di antara kita difahamkan tangan kanan memberi, tangan kiri tak harus ketahui.
REMAJA terjumpa perkongsian menarik dikongsikan oleh Ustaz Abu Iqbal atau mesra disapa Ustaz Mizul di fbnya mengenai hal ini dan mengupasnya untuk pembacaan kita semua. Rupanya dalam surah Al-Baqarah dan Fatir ada dinyatakan bahawa sedekah dibolehkan dihebahkan. Bacalah, agar kita lebih faham.

Mike, kalu orang tanya…boleh ke idak kita tunjuk kat orang sedekah kita?
Selalunya orang akan kata…Hish…buat apa ditunjuk ke orang. Habih pahala.
Kalu nak buat baik, nak bagi sedekah, kena sembunyi-sembunyi…aci boleh, tangan kanan memberi, tangan kiri pun idak tau…
Hemm…selalunya ghoper itulah. Orang marah bebeno, sinis bebeno kalu nengak ada orang bagi sedekah dengan terbuka.
Apa lagi kalu masuk TV, masuk FB dan sebagainya.
Rugi le dia. Bagi sedekah, lepeh itu nayang kat orang. Riyak…habis lunyei pahala…
Sebenonya, baik sembunyi ke, atau terang-terangan ke…kedua-duanya dibolehkan.
Mari teman bagi beberapa dalil:
1# “Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Baqarah: 271)
2# ”Orang-orang yang menginfakkan hartanya malam dan siang hari (secara) sembunyi-sembunyi mahu pun terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.” (al-Baqarah, 2: 274)
3# “Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan solat dan mendermakan daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.” (Fatir: 29)
Cukup tak tiga dalil di atas. Nak bagi ada lagi…
Sebab itu jangan mudah kata ke orang. Bila orang tu buat benda baik, dan dia tayang kat orang, ada sisi baiknya.
Nabi Muhammad SAW buat benda baik dan baginda tayang tak kat orang? Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a diketahui ahli sedekah no. 1 selepas nabi, ater ghoper mana orang boleh tahu kalu dia sedekah sembunyi-sembunyi? Begitu juge le taikun bisnes Muslim…siapa lagi kalu bukan Saiydina Abdul Rahman bin Auf?
Sebenonya, pamerkan ke, atau sembunyikan ke, yang penting sekali ialah niat. Jika niat sebeno-beno hanya kerana Allah SWT, maka ia lulus.
Tapi jika bagi le sembunyi-sembunyi, tapi dalam hati terdetik…isk…aku le orang paling pemurah…baiknya aku…haa… Cerah Masa Depan…itu semua sifat mazmumah…rasa ujub dan sebagainya…
Sebenonya, mempamerkan benda baik adalah sebahagian daripada ajaran Islam…
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa memulai suatu sunnah yang baik dalam Islam, maka ia mendapatkan pahalanya dan pahala orang-orang yang mengikutinya.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)
Wallahua’lam.
Ustaz Mizul al-Lenggongi
#CMD
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Road To Oscars’- Abang Adik Ketepikan 15 Filem Antarabangsa Untuk Menang Di Los Angeles

Satu kejayaan yang cukup membanggakan buat Malaysia apabila filem Abang Adik arahan Jin Ong telahpun diumumkan sebagai pemenang bagi dua kategori utama di acara 10th Asian World Film Festival (AWFF) 2024 minggu ini.
Dalam acara yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat itu, Abang Adik menggondol kategori Filem Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik menerusi terajunya, Wu Kang-Ren.
Bagi kategori Filem Terbaik, Abang Adik mengenepikan saingan 15 filem lain dari seluruh Asia sekaligus memenangi Piala Snow Leapord.
Secara total sepanjang kempen promosi Abang Adik, filem itu telahpun memenangi 19 anugerah dan pengiktirafan antarabangsa termasuklah di Festival Filem Asia New York ke-22 dan di Far East Film Festival ke-25 di Udine, Itali.


Kemenangan berganda di AWFF pada kali ini secara tidak langsung memberi petanda baik kepada peluang Abang Adik untuk menembusi senarai pencalonan akhir kategori Filem Careka Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi (Oscars) ke-97.
Memetik kenyataan Jin Ong kepada Astro Awani, ini merupakan kali pertama beliau menghadiri festival filem berkenaan dan ia sedikit sebanyak membuka mata terhadap potensi karya seni tempatan di pentas antarabangsa.
“Dua anugerah ini, bagi kami adalah satu penghormatan yang sangat besar dan sangat bermakna.
“(Di Los Angeles), pasukan kami bertemu dengan ramai pengkritik, pengamal media malah ahli Akademi. Kami mempromosikan filem Malaysia.
“Besar harapan kami untuk melihat ia berjaya (disenaraikan) dalam senarai pendek Oscars tahun hadapan,” ujarnya.
Jin Ong juga berkongsi keyakinan untuk filem-filem Asia diiktiraf sekiranya peluang terus diberikan serta mendapat sokongan daripada semua pihak.
“Saya harap… pada masa hadapan, akan ada lebih banyak filem Malaysia mendapat peluang dan menang di festival antarabangsa,” titipnya.

Terdahulu, REMAJA melaporkan mengenai kejayaan filem Abang Adik dipilih bagi mewakili Malaysia dalam fasa penjurian kategori Filem Cereka Antarabangsa di Anugerah Akademi (Oscars) Ke-97, tahun hadapan.
BACA: Filem Abang Adik Wakili Malaysia Ke Oscar – Remaja
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
727 Barangan & Kereta Mewah Datuk Seri Vida Bakal Dilelong, Nilai Cecah Lebih RM1 Juta!

Selepas hampir setahun tertangguh, proses lelongan Datuk Seri Vida yang melibatkan ratusan barangan peribadi dan kenderaan mewah akhirnya bakal diteruskan pada 30 Oktober ini. Kes ini menjadi tumpuan ramai kerana melibatkan lebih 727 barangan termasuk empat buah kereta mewah dengan nilai keseluruhan dianggarkan melebihi RM1 juta.
Menurut laporan Harian Metro, tindakan lelongan itu dibuat oleh pemiutang AH Design Communication Sdn. Bhd., sebuah syarikat subkontraktor yang pernah dilantik oleh DSV untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian banglo mewahnya di Ipoh, Perak. Namun, hubungan perniagaan antara kedua-dua pihak mula tegang selepas berlaku pertikaian bayaran tertunggak yang dilaporkan berjumlah lebih RM1 juta sejak tahun 2018.

Mahkamah Tolak Permohonan Tangguh Lelongan Datuk Seri Vida
Sebelum ini, proses lelongan yang dijadualkan berlangsung pada Disember tahun lalu ditangguhkan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan DSV untuk menangguhkan acara tersebut. Namun, selepas hampir setahun, mahkamah menolak permohonan terbaharu beliau apabila gagal mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan bahawa sebahagian barangan yang disita adalah barangan pinjaman.
Lelongan ini dijalankan berdasarkan notis perisytiharan jualan lelong yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris. Ia akan dilakukan secara terbuka dan dijangka menarik minat ramai pembeli serta peminat figura usahawan terkenal itu.
727 Barangan Termasuk Empat Kereta Mewah
Dalam operasi sitaan yang dijalankan pada 25 November 2024, sebanyak 727 barangan telah diambil dari kediaman DSV. Antara yang tersenarai termasuk pembakar roti jenama Sharp, penapis air Coway, meja solek, peti sejuk, dan koleksi pakaian berjenama, selain empat buah kereta mewah yang sering menjadi simbol kemewahan beliau di media sosial.
Walaupun berita lelongan Datuk Seri Vida ini mengejutkan ramai pihak, DSV sebelum ini dikenali sebagai individu yang cekal dan tidak mudah mengalah. Sepanjang bergelar usahawan dan selebriti, beliau sering tampil dengan aura positif, selain terus aktif dalam dunia hiburan dan perniagaan kosmetik.
Realiti Dunia Glamor & Pengajaran Di Sebalik Lelongan
Kisah Datuk Seri Vida ini menjadi pengajaran bahawa dunia kemewahan tidak selamanya indah seperti yang dilihat di media sosial. Di sebalik imej glamor dan kejayaan besar, terselit cabaran yang memerlukan kekuatan mental dan emosi luar biasa untuk dihadapi oleh seseorang figura awam.
Majalah Remaja akan terus mengikuti perkembangan lelongan Datuk Seri Vida ini dan membawa senarai penuh barangan serta nilai lelongan rasmi sebaik maklumat diumumkan hujung bulan ini. Nantikan laporan lanjut hanya di platform kami!
BACA LAGI : Bapa Suspek Kes Bunuh Pelajar Bandar Utama Luah Penyesalan Mendalam
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

