Populariti yang dikecapi oleh pemain bola sepak bukan calang-calang kerana mereka juga mempunyai pengaruh yang kuat kepada masyarakat umum.
Boleh dikatakan pemain bola sepak sekarang ni sama level dengan selebriti terkenal. Pergi mana-mana mesti dikejar peminat. Betul tak?
Kalau dah namanya pemain bola sepak terkenal, mestilah pasangan mereka pun bukan wanita biasa-biasa.
Jadi tidak hairanlah jika ada di antara pemain bola sepak yang berkahwin atau berpacaran dengan golongan selebriti. Fenomena ini tidak hanya berlaku di negara kita, malah ada juga pemain luar negara yang berkahwin dengan artis terkenal.
Jom kita lihat antara wanita di sebalik pemain bola sepak terkenal ini.
Hasrat seorang perompak untuk meneruskan jenayah dan menambah hasil rompakan terhenti setelah seorang pemilik kedai emas melaungkan azan di Kota Bharu, pagi semalam.
Walaupun suspek lari dalam kejadian jam 9.20 pagi itu selepas ‘diazankan’, dia sempat untuk mengambil wang tunai dan barangan kemas bernilai RM40,000.
Menurut anak kepada pemilik kedai emas yang dikenali sebagai Yuni, 18 tahun, pada waktu kejadian, dia sedang bersama ibunya (pemilik kedai) dan seorang ustaz. Kebetulan pula, mereka sedang belajar mengaji al-Quran di dalam sebuah bilik yang terletak di dalam kedai.
Secara tiba-tiba, perompak yang berusia sekitar 30-an itu meluru dan mengacukan parang ke leher ustaz sebelum mengugut ibunya untuk menyerahkan telefon pintar yang dipegangnya.
“Ibu saya terus terkejut dan serta-merta melaungkan azan. Mungkin kerana rasa terkejut, perompak melepaskan kami dan beredar. Tapi dia sempat untuk mengambil hasil rompakan, dalam RM40,000.”
Suspek terus melarikan diri dengan menaiki motorsikal.
“Kebetulan, CCTV (sistem kamera litar tertutup) di kedai kami baru je rosak beberapa hari lepas. Tapi CCTV milik kedai berhampiran berjaya merakam suspek,” kata Yuni lagi kepada media sambil berharap perompak akan segera ditangkap/
Itulah kekuasaan kalimah Tuhan. Tak perlu nak rasa ragu-ragu.
Kalau ada perkara yang baik atau buruk berlaku dekat kita, selalu ingat kepadaNya dulu okay! InsyaAllah kita akan selalu dilindungi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem debut pengarah Malaysia disegani, Chiu Keng Guan di China bermula dengan langkah kanan apabila ia tersenarai di tangga pertama carta filem terkini negara tersebut.
Chiu Keng Guan yang terkenal sebagai pengarah filem OlaBola pada tahun 2016 sekali lagi mencipta fenomena hasil kreativitinya dan kali ini, ia amat membanggakan apabila negara luar seperti China pula yang mengiktiraf beliau.
Filem berjudul On Your Mark ini baru saja ditayangkan di sana bermula 18 Jun lalu dan respon yang diterima daripada para penonton cukup memberangsangkan; apabila ia telah meraih kutipan hampir RM24 juta selepas tiga hari tayangan.
Malah pada hari pertama On Your Mark ditayangkan, siapa sangka ia mampu meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM8.7 juta?
Memang hebat!
On Your Mark mengisahkan tentang seorang remaja bernama Xiao Erdong yang bercita-cita untuk menjadi seorang pelari maraton seperti ibunya. Namun cita-cita itu dihalang oleh ayahnya, Xiao Daming kerana tidak mahu anaknya itu kecewa kerana dia berkemungkinan mewarisi sindrom buta seperti ibunya yang telah meninggal dunia.
Tanpa pengetahuan ayahnya, Xiao Erdong curi-curi melihat dan berlatih di luar padang. Malang sekali semasa cuba melayakkan diri dalam sebuah pertandingan maraton, dia terjatuh dan mimpi ngeri ayahnya itu menjadi kenyataan apabila anaknya disahkan buta.
Selain jalan cerita, skrip yang mantap dan sentimen ‘jangan berputus asa’ yang jelas dirasai dalam filem ini, On Your Mark juga, penulis percaya, mencapai kejayaan ini hasil lakonan berkesan nama-mana besar dari negara China seperti Yanhui Wang, Youhao Zhang, Beibi Gong, Wenjuan Feng, Junhao Li dan Jinshan Liu.
Yanhui Wang sebagai ayah, Xiao Daming.Youhao Zhang sebagai Xiao Erdong
Dan tentunya, hasil arahan Chiu Keng Guan yang terkenal dengan terapan tema perpaduan, kekeluargaan, persahabatan dan semangat patriotisma dalam karya beliau meletakkan On Your Mark pada aras tersendiri.
Terdahulu, Chiu Keng Guan pernah mencipta karya seni berfenomena seperti filem OlaBola (2016), Think Big Big (2018) dan The Journey (2014). Masing-masing pernah mengukit kejayaan besar dan filem terakhirnya, Think Big Big berjaya menembusi pawagam di negara China dan menjadi filem dari Malaysia pertama yang mendapat peluang ditayangkan di 10,900 buah pawagam dengan sejumlah 60,079 tayangan di sana.
“Sebagai pengkarya filem Malaysia, saya amat gembira ‘On Your Mark’ menerima sokongan padu di hari pembukaannya di China. Saya harap On Your Mark akan terus berjaya dan saya tidak sabar untuk persembahkan filem ini di Malaysia tidak lama lagi.” – Chiu Keng Guan
Penulis pun tidak sabar hendak menonton On Your Mark sejurus selepas pawagam di negara kita dibenarkan untuk kembali beroperasi. Harapnya, penerbit filem ini iaitu Astro Shaw akan membawanya ke pawagam Malaysia tidak lama lagi.
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan pelancaran single terbaharu berjudul ‘Sejarah’ selepas dinobatkan sebagai Biduanita Negara.
Menerusi perkongsian di Instagram, Siti Nurhaliza berkata beliau ingin mengabadikan perjalanan seninya menerusi karya komposer tersohor Indonesia Erwin Gutawa, setiap detik manis dan penghargaan diraih dalam kariernya dipaparkan pada kulit lagu album tersebut.
“Sejarah perjalanan seni saya selama ini saya abadikan sebahagiannya pada cover art single Sejarah. Lagu Sejarah sudah boleh dilanggan dan strim di seluruh platform digital”
Sebelumnya, Siti Nurhaliza atau lebih mesra digelar TokTi menyifatkan anugerah diberikan kepadanya bukan sekadar pengiktirafan terhadap kerjaya seninya, tetapi turut didedikasikan buat semua pejuang seni tanah air.
“Pertama sekali, dengan penuh keinsafan dan rendah diri, saya ingin menzahirkan rasa syukur tidak terhingga atas penganugerahan Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024,” katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada ramai pihak termasuk kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Komunikasi di atas anugerah tersebut.
Datuk Seri Siti Nurhaliza Menerima Anugerah Biduanita Negara
“Saya berikrar untuk terus menggandakan usaha memberikan nilai positif dalam mengekalkan seni budaya untuk terus dihormati, dijaga dan dihargai kerana inilah warisan yang perlu dipelihara,” katanya menerusi satu kenyataan.
Pelantun lagu Bukan Cinta Biasa yang kini berusia 45 tahun itu merupakan individu ketiga dianugerahkan gelaran tersebut selepas Allahyarhamah Datin Saloma pada 1978 dan Allahyarhamah Datuk Hajah Sharifah Aini pada 2006.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Betul ke Roberto Carlos sudah memeluk Islam? Legenda Brazil itu dikatakan telah melafazkan syahadah kira-kira empat minggu lalu, namun beliau sendiri masih belum mengesahkannya.