13 Makanan Yang Korang Boleh Makan Sampai Kenyang, Tapi Tak Gemuk

Share

Walaupun korang tengah jaga bentuk badan, jangan risau kerana masih terdapat makanan yang boleh dimakan tanpa perlu takut jadi gemuk.

Makanan-makan yang dikumpulkan ini merupakan makanan yang kaya dengan serat dan mempunyai kalori yang rendah. Jadi, tidak hairanlah jika ia diambil dalam kuantiti yang banyak, tidak juga akan menggemukkan.

Tak percaya?

Meh lihat 15 makanan yang korang boleh makan tanpa perlu risau tentang bentuk badan  akan membesar.

1. Popcorn

Jika korang goreng popcorn tanpa guna mentega dan gula (hanya sedikit garam, misalnya), korang boleh menikmati keenakan popcorn ini tanpa rasa takut. Dengan jumlah kira-kira secawan popcorn hanya mengandungi 31 kcal (kalori).

2. Daun saderi

Batang saderi mengandungi 95 peratus air dan mampu untuk membantumenurunkan berat badan yang berlebihan. Ia juga bertindak sebagai detoks dalam badan.

3. Terung

Terung bakar atau yang dipanggang tanpa minyak hanya mengandungi 24 kcal dan korang boleh menikmati sayuran ini tanpa perlu menghadkan jumlah pengambilannya.

4. Kumpulan buah oren

Mengambil buah-buahan dalam kadar yang banyak adalah tidak digalakkan jika korang mahu menurunkan berat badan. Namun, ia dikecualikan untuk kumpulan buah-buahan sitrus.

Buah oren misalnya, kaya dengan bahan-bahan serat, flavonoid dan vitamin C yang membantu penghadaman, mengenyangkan serta mencantikkan kulit secara semula jadi.

5. Alga

Tumbuhan alga seperti Laminaria adalah sumber terbaik iodin. Ia membantu menjaga hormon pada tahap yang normal dan mengawal berat badan.

6. Zucchini

Sebiji zucchini mengandungi kira-kira 42 kcal. Ia dapat membantu meneutralkan nisbah kandungan garam dalam badan dan juga memperbaiki fungsi usus.

7. Timun

Sayuran ini adalah sangat sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad, malah ia juga boleh dijadikan sebagai makanan ringan dan di cicah dengan yogurt rendah lemak.

8. Ubi bit

Ubi bit adalah sumber protein yang membantu membakar lemak, menguatkan otot dan mengawal gula dalam darah. Sebiji ubi bit hanya mengandungi kira-kira 40 kcal.

9. Telur

Nak makan telur berapa banyak sehari pun boleh sebenarnya. Tapi, seeloknya kuning telur dibuang kerana ia mengandungi kadar kolesterol yang tinggi. Sudah pasti, telur rebus adalah yang terbaik berbanding telur goreng.

10. Epal dan plum

Satu epal hanya mengandungi kira-kira 50 kcal bergantung pada saiznya. Ia mampu  untuk membuatkan korang rasa kenyang dan mengawal sistem pencernaan. Plum pula kaya dengan vitamin C dan kalium untuk menyihatkan organ jantung.

11. Salad

Salad adalah sumber asid folik yang terbaik dan korang boleh makan sayuran ini sebanyak mana yang diingini kerana sehelai daun salad hanya mengandungi 3 kcal.

12. Beri: Kranberi, strawberi

Buah-buahan beri sangat kaya dengan vitamin C dan membantu menyingkirkan air yang berlebihan. Strawberi sangat berkhasiat dalam membantu penghadaman dan sistem kardiovaskular.

13. Kubis, bunga kubis, brokoli

Sayur-sayuran ini dilihat merupakan pilihan yang tepat buat korang yang ingin menjaga berat badan kerana sebahagian daripada kubis yang dipotong dadu hanya mengandungi 7 kcal. Kubis kaya dengan pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A,C, E dan B.

Jangan jadikan alasan tak boleh makan banyak, nanti gemuk! Kalau kena dengan makanan yang sesuai, korang nak makan berapa kali sehari pun boleh. Tak ada masalah.

Sesekali nak makan lain boleh klik sini: Ramadhan Food Voucher discount , diskaun sehingga RM9 potongan dari Lazada MY.

IKLAN