
Setiap kali tiba je musim perayaan Aidilfitri, tentunya perkara yang harus dilakukan adalah mengambil foto Outfit of the Day ataupun OOTD sebagai kenangan mahupun tatapan pengikut media sosial.
Ada yang gian memuat naik foto pakaian Raya sehinggakan 3 postings pada setiap hari. Ada juga yang tiba-tiba membuat ‘comeback’ di akaun media sosial selepas berbulan tidak aktif semata-mata untuk memuat naik OOTD.
Apapun alasan korang, yang pasti OOTD itu sudah menjadi kewajipan. Tentunya korang inginkan foto yang menarik dan mampu mengumpulkan jumlah likes serta komen yang banyak, bukan?
Jom cuba 12 trik popular mengambil foto OOTD Raya ini. Mana tau, tiba-tiba beratus malah beribu likes akan korang terima. Hehe..
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

*
Amacam, korang dah cuba 12 posing Raya ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Johan Jojo Ghazali Kembali Ke Bangkok! Beri ‘Hint’ Sedia Gegar Pentas ONE Championship

Setelah dua bulan ‘senyap’ tanpa sebarang aksi di gelanggang, jaguh muda Muay Thai negara, Johan Jojo Ghazali atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar kini seolah-olah memberi petunjuk bahawa beliau mungkin akan kembali ke pentas pertarungan.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya baru-baru ini, atlet yang berusia 21 tahun teruja untuk kembali bergelar juara dan memberitahu beliau sudah kembali berlatih di Kem Latihan Superborn di Bangkok, Thailand sejak beberapa hari lalu.
Walau bagaimanapun, sehingga kini Jojo masih belum mendedahkan pertarungan seterusnya, namun komitmennya di gelanggang latihan menyemarakkan lagi jiwa untuk misi lebih besar.


“Tinggalkan rumah untuk tukar impian jadi realiti. Bangkok saya datang”
“Tunggu khabar pertarungan (seterusnya). Malaysia Boleh! InsyaAllah let’s go!” tulis Jojo.
Pada Januari lalu, Jojo tumpas di tangan lawan dari Colombia, Johan Estupinan menerusi keputusan sebulat suara selepas tamat tiga pusingan dalam pertarungan kategori flyweight ONE 170 di Bangkok.
Kekalahan tersebut merupakan kekalahan kedua beliau dalam lapan pertarungan ONE Championship selepas turut tewas di tangan jaguh Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat pada Jun 2024.
Jojo akhirnya bangkit tiga bulan selepas itu selepas berjaya menumbangkan jaguh Mexico, Josue Cruz menerusi KO pada ONE 168 di Colorado, Amerika Syarikat untuk kemenangan keenamnya.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Macho! Tunku Panglima Johor & 2 Lagi Anak Raja Ini Aktif Sukan Permotoran

Sukan permotoran sememangnya mengalir dalam darah kerabat diraja Johor biarpun sukan yang selalu dikaitkan dengan mereka adalah polo, golf dan bola sepak.
Sejak era pemerintahan Almarhum Sultan Iskandar lagi yang pernah berlumba dalam jentera Mercedes-Benz 540K Special dalam kejohanan Grand Prix Johor pada tahun 1960 lagi, minat tersebut terus mekar dalam susur-galur keluarga diraja itu.
Biarpun Almarhum pernah menyatakan hasratnya agar cucunya tidak terlibat dalam sukan permotoran kerana baginda sendiri pernah kehilangan ramai rakan akrabnya menerusi sukan tersebut, namun salah seorang daripada cucunya iaitu YAM Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Sultan ibrahim tetap teguh dengan minatnya itu.
Tungku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim l Malaysia

Kejayaan Tunku Abdul Rahman dalam perlumbaan GT World Challenge Australia di Litar Sandown, Melbourne kelmarin telah menarik minat rakyat untuk mengenali keperibadian pelumba ini dengan lebih dekat.
Kini berada di tempat ketiga dalam senarai kedudukan pemandu GT Australia itu dengan mengutip 105 mata, pusingan seterusnya bagi musim 2022 akan berlangsung di litar The Bend Motorsport Park, Australia Selatan pula pada 14-16 Oktober ini.
Tunku Abdul Rahman berpasukan dengan Shane Van Gisbergen berjaya mengemudi jentera Mercedes-AMG GT3 untuk menamatkan perlumbaan pada kedudukan kedua.



Terdahulu, Tunku Abdul Rahman melakukan debut pada tahun 2019 bersama Johor Motorsports Racing bersama pelumba tempatan, Jazeman Jaafar. Mereka turut bersaing dalam kejohanan Blancpain GT World Challenge Asia Series pada tahun yang sama.
Putera Carl Philip Edmund Bertil l Sweden

Putera diraja berusia 43 tahun ini mula mencintai sukan permotoran disebabkan keluarganya sendiri. Bapa angkat dan pakcik Putera Carl, Putera Bertil pernah bergelar pelumba pada era 1930-an namun menggunakan nama samaran Monsieur Adrian pada waktu itu demi mengelakkan perhatian.
Ayahanda Putera Carl, Raja Carl XVI Gustaf juga berkongsi minat yang sama dengan mempunyai koleksi kereta lumba dan baginda sentiasa menyokong minat anaknya ini dalam setiap perlumbaan.

Putera Carl melakukan debut dalam sukan permotoran pada tahun 2008 bersama-sama jenama Porsche.
Pada tahun 2010, beliau memiliki kejayaan pertamanya dalam Porsche FT3 Endurance Scandinavia dan sejak itu, Putera Carl mengecapi tujuh lagi kemenangan sehingga tahun 2016 di bawah nama Carl Philip Bernadotte. Pada tahun berikutnya pula, beliau bertanding dalam GT Series Sweden pula dengan memperolehi tempat kedua.

Di luar trek, Putera Carl terus cemerlang dalam menggalakkan lebih ramai remaja terlibat dalam sukan permotoran. Sejak 2013, beliau telah menubuhkan kejohanan Prince Carl Philip Racing Cup bagi mencungkil bakat pelumba go-kart muda.
Archduke Ferdinand Zvonimir Maria Balthus Keith Michael otto Antal Bahnam Leonhard von Hansburg-Lothringen l Austria

Tidak cukup rasanya satu nafas untuk menyebut nama penuh putera kacak ini, hehe. Lebih dikenali sebagai Ferdinand Habsburg dari kerabat diraja Austria, beliau merupakan seorang pelumba yang pernah bertanding dalam kejohanan seperti Eurocup Formula 2.0 dam Euroformula Open.
Impian peribadinya adalah untuk berlumba pada peringkat Formula One dan tidak mustahil ia boleh direalisasikan. Ini kerana keluarga Ferdinand berkata beliau begitu berdedikasi dalam memperbaiki skil permotorannya. Baru-baru ini, Ferdinand dan pasukan lumbanya, Prema Racing telah memenangi perlumbaan ketiga bagi musim European Le Mans Series.


Fakta menarik mengenai Ferdinand adalah bukan saja anak raja ini kacak dan hebat berlumba. Beliau turut mempunyai hati murni dalam membantu rakyat memerlukan seperti sewaktu pandemik Covid-19. Ini berikutan latar belakangnya yang pernah bergelar ahli tentera Austria sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Dua Putera Diraja Denmark Pilih Bidang Peragaan, Pewaris Takhta Ini Jadi Buruan Jenama Mewah – REMAJA
BACA LAGI : Pemain Baharu JDT, Jodi Amat Rupa-Rupaya Berdarah Diraja Indonesia – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
”.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Allahuakbar, Alhamdulillah, Subhanallah!!” Nurul Zahid Syukur Bapa Dilantik TPM, Jawatan Menteri

Barisan kabinet baharu yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi telah menerima pelbagai pandangan daripada rakyat.
Salah satu perlantikan yang menjadi bualan di platform media sosial pada malam ini tentulah perlantikan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 di samping memegang portfolio di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Beliau sekaligus bersama-sama memegang amanah sebagai Timbalan Perdana Menteri bersama Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof yang mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama dari Sawarak untuk menggalas jawatan tersebut.
Tentunya, antara orang pertama yang memberikan respon balas terhadap pengumuman Perdana Menteri tadi adalah Nurulhidayah Binti Ahmad Zahid.
Menerusi hantaran terbarunya, ‘Anak Zahid’ (perhatikan pada bio di Instagram beliau) tersebut menzahirkan rasa syukur di atas perlantikan ini.
“Allahuakbar. Alhamdulillah. Subhanallah!!”


Seperti diketahui ramai, Nurul merupakan antara penyokong tegar yang lantang melaungkan pendirian beliau terhadap bapa tercinta, Ahmad Zahid terutamanya sepanjang proses berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 dan semasa perbicaraan kes mahkamah bapanya.
@dnznurul Kempen lagu Bagan Datuk ⚖️💙 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #bagandatuk ♬ original sound – Nurul Zahid
Apapun pandangan kita sebagai rakyat terhadap perlantikan dua jawatan untuk Ahmad Zahid Hamidi ini, marilah kita berharap agar amanah tersebut digalas dengan penuh cermat dengan mendahulukan kepentingan negara dan rakyatnya.
ARTIKEL BERKAITAN: #GirlPower: Ini 5 Wanita Yang Dipilih Untuk Menjadi Menteri Dalam Kerajaan Perpaduan – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

