11 Shopping Mall Sekitar Lembah Klang Yang Dilaporkan Ada Kes Positif COVID-19

Share

Semalam Datuk Seri Ismail telah membuat satu pengumuman dimana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dikuatkuasakan di seluruh Selangor, Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan berkuatkuasa pada 14 Oktober ini sehingga 27 Oktober 2020.

Sehingga 12 Oktober 2020 pukul 12 tengah hari, 563 kes baharu telah pun dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 16,220 kes. Daripada penularan wabak ini, nampaknya banyak kawasan tumpuan awam telah disahkan mempunyai rekod individu positif COVID-19.

Bila dah berlaku perkara seperti ini, adalah lebih baik sekiranya korang elakkan daripada berkunjung ke tempat tersebut buat sementara waktu. Berikut kami senaraikan lokasi yang dilaporkan terjejas dan telah disahkan mempunyai kes COVID-19.

1. AEON Bukit Tinggi, Klang

Seorang pelanggan gymnasium Fitness First Platinum di kompleks beli-belah tersebut dikenal pasti positif COVID-19. Gimnasium itu telah pun ditutup sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

2. Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur

Seorang pekerja di premis Machines juga telah diuji positif COVID-19 dan kali terakhir individu itu berada di premis tersebut pada 8 Oktober lalu.

Selain itu, seorang pekerja London Sales Cosmetics yang di Mid Valley juga dilaporkan positif COVID-19.

3. Setia City Mall

Satu lagi kes positif COVID-19 telah dikesan di pusat kecergasan Fitness First, Setia City Mall Shah Alam. Semua kakitangan gimnasium yang bertugas diarahkan menjalani saringan COVID-19 dan dikuarantin kendiri selama 14 hari.

4. Suria KLCC

Gim eksklusif, Babel, yang terletak di Suria KLCC telah mengesahkan bahawa salah seorang ahlinya merupakan individu positif COVID-19. Dikatakan ahli gim tersebut telah melakukan beberapa perjalanan, termasuk ke zon berisiko tinggi dan diuji positif COVID-19 pada 23 September lalu.

5. The Linc KL

Pihak pengurusan The Linc KL memaklumkan bahawa ibu bapa seorang peserta di pusat jagaan kanak-kanak pusat membeli-belah berkenaan telah diuji positif COVID-19. Kanak-kanak tersebut telah menghadiri program setengah hari di Trinity Kids pada 17 September 2020.

6. Sunway Pyramid

Seorang kakitangan di sebuah kedai Nike Sunway Pyramid telah pun didapati positif COVID-19. Pengurusan pusat membeli-belah mendapatkan rekod daftar masuk kakitangan Nike melalui MySejahtera dn mengesahkan bahawa kakitangannya itu hanya datang bekerja pada 22 dan 23 September.

7. NU Sentral

Seorang pekerja mereka disahkan positif COVID-19 dan semua kakitangan yang berhubungan dengan pesakit itu juga telah menjalani ujian swab dan dikesan negative. Walau bagaimanapun, semua pekerja masih perlu mengasingkan diri selama 14 hari.

8. 1 Utama, Damansara

Kerajayaan Selangor mengarahkan pusat membeli-belah 1 Utama ditutup sementara bermula 11 Oktober setelah empat kes positif COVID-19 melibatkan pekerja dikesan.

9. Paradigm Mall, Petaling Jaya

Seorang kakitangan premis pakaian Brands Outlet di pusat membeli-belah Paradigm Mall, Petaling Jaya disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan oleh Padini Holdings Berhad menerusi laman Facebook mereka.

10. 3 Damansara

Seorang pengawal keselamatan di pusat membeli-belah tersebut disahkan positif COVID-19 setelah mempunyai kontak rapat dengan keluarga terdekat yang juga dikesan positif.

11. Bangsar Shopping Centre (BSC)

Pusat membeli-belah Bangsar Shopping Center akan ditutup buat sementara waktu selepas salah seorang pekerja di sebuah kedai jualan penjagaan kulit disahkan positif COVID-19. Difahamkan, pekerja di premis berkenaan tidak menunjukkan sebarang gejala sewaktu bekerja pada 6 Oktober lalu.

Sumber: Malaysiakini & Astro Awani

IKLAN