
Dah jadi lumrah seorang perempuan bila mana mereka akan menggunakan pelbagai inisiatif untuk mendapatkan kulit yang licin, daripada pencuci muka sampai la mengamalkan supplement untuk kulit wajah.
Namun begitu, moisturizer juga memainkan peranan penting untuk kulit wajah. Mencuci muka akan menurunkan nilai pH pada kulit dan disebabkan itu, korang perlu mencari moisturizer yang sesuai untuk mengembalikan protein keratin pada kulit wajah.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering, korang kena pandai pilih produk moisturizer yang sesuai dan berikut merupakan beberapa produk yang boleh korang dapatkan.
1. Himalaya Nourishing Skin Cream

Klik sini: https://invol.co/clyviw
2. Bio-Essence Aqua Moisturizing Gel

Klik sini: https://invol.co/clyvgr
3. The Body Shop Moisturizer Cream

4. Cetaphil Daily Advance Ultra Hydrating Lotion

5. Innisfree Green Tea Moisture Cream

6. Kiehl’s Blue Herbal Moisturizer

7. L’Oreal Revitalift

8. Laneige Active Water Moisturizer

9. Nivea White Repair Pore Minimizer Day Cream

Klik sini: https://invol.co/clyvib
10. Olay Imported Day Cream

11. Safi Beauty Cream

Tak dinafikan nak cari produk yang sesuai untuk kulit kita ni bukannya mudah. Tapi bila dah ada yang suggest macam ni, sikit sebanyak dapat membantu korang untuk try and error. Mana tahu berkesan kan?
Sumber: Product Review
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang Tenis Remaja, Naomi Osaka Dipilih Sebagai Wajah Baru Louis Vuitton

Baru berusia 23 tahun namun dia sudah bergelar juara dunia, dan mengungguli beberapa pertandingan tenis antarabangsa. Siapa boleh lupa kemenangannya ke atas Serena William di pertandingan US Open pada tahun 2018 yang mencetus kontroversi apabila penonton yang berada di stadium seolah-olah bersorak sinis tidak merestui kemenangan tersebut.
Kini namanya semakin bersinar dan menjadi perhatian ramai. Naomi yang merupakan anak kacukan yang mana ibunya merupakan warga jati Hokkaido, Jepun dan ayahnya pula merupakan lelaki asal dari dari daerah Jacmel, Haiti. Memiliki dua kewarganegaraan dia membesar di AS namun bertanding mewakili negara kelahirannya iaitu Jepun.

Terbaharu, bintang muda ini telah diumumkan sebagai duta baru jenama mewah Louis Vuitton. Ini merupakan kali pertama Naomi menjadi wajah kepada jenama mewah dan dia akan menghiasi kempen musim bunga/panas 2021 Louis Vuitton oleh pereka fesyen Perancis dan juga Pengarah Kreatif jenama tersebut, Nicolas Ghesquiere.
Menurut kenyataan jenama mewah berusia ratusan tahun ini, Naomi merupakan lambang seorang wanita yang bebas, moden serta serba boleh. Dalam hantaran di laman Instagram Nicolas Ghesquiere berkata, “Naomi merupakan seorang wanita hebat yang mewakili generasinya dan juga merupakan suri teladan kepada semua. Kerjaya dan keyakinannya sangat memberi inspirasi.”

Tinjauan di Instagram Naomi pula, dia meluahkan perasaan teruja dengan pemilihannya sebagai wajah baru jenama tersebut dan dia berkongsi momen Louis Vuitton yang pernah di lalui. Kongsinya, “Saya membelikan ibu beg Louis Vuitton Ketika berusia 16 tahun sebagai hadiah harijadi kepadanya. Sejak itu ia telah menjadi tradisi. Adakah ini kitaran kehidupan? Ya!”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Corat Coret! 8 Fakta Menarik Miss Universe 2020

Sebentar tadi pentas Miss Universe 2020 telah melabuhkan tirai menyaksikan kemenangan Andrea Meza dari Mexico sebagai Miss Universe yang terbaharu. Dari 74 negara yang menyertai pertandingan tahun ini, 21 peserta telah disenarai pendek untuk bergelar semi-finalis. Berikut adalah 8 fakta menarik tentang pertandingan tahun ini.
- Bekas Pemenang Miss World?
Congratulation Mexico! Andrea Meza yang merupakan pemenang Miss Universe tahun ini merupakan bekas pemenang tempat kedua Miss World bagi edisi tahun 2017. Ketika itu dia dikalahkan oleh Manushi Chillar dari India.

Kemenangannya membuktikan yang kekalahan kali pertama untuk merebut mahkota bukan penyebab tidak boleh berjaya pada percubaan seterusnya. Buktinya, dia kini pemenang pertandingan ratu cantik paling berprestij di dunia.
- Kemarau 50 Tahun Malaysia

Tahun ini Malaysia menyaksikan sekali lagi pesertanya unplaced di pertandingan Miss Universe. Harapan pencinta pageant tempatan untuk melihat Francisca Luhong bergelar semi-finalis berkubur. Kali pertama dan terakhir Malaysia menjadi semi-finalis adalah pada tahun 1970 menerusi wakilan Josephine Lena Wong yang merupakan ibu kepada Miss Universe Malaysia 2004, Andrea Fonseka.
Apakah faktor yang menyebabkan Malaysia sehingga kini tidak berjaya di pentas Miss Universe? Sedangkan di Miss World, Malaysia lebih bernasib baik dan beberapa kali menjadi semi-finalis, terbaharu menerusi Alexis Sue-Ann pada edisi Miss World 2019. Semoga peserta-peserta yang akan datang berjaya menamatkan kemarau ini
- Kehilangan Beg Baju Miss Universe Myanmar
Tahukah anda, Miss Universe Myanmar, Thuzar Wint Lwin telah bertanding tanpa busana gaun petang dan juga kostum nasional asal yang dibawa ke Florida, USA. Bungkusan begnya dilaporkan telah hilang di atas kecuaian penerbangan yang dinaikinya.

Namun begitu, hal ini tersebut melemahkan semangat gadis cantik ini. Dia memecah sejarah apabila berjaya menjadi semi-finalis dan juga memenangi kategori Kostum Nasional terbaik walaupun hanya mengenakan busana gantian, yang penting mesej di sebaliknya cukup mendalam.
- Peserta Terendah Miss Universe 2020

Siapa kata untuk menjadi peserta Miss Universe perlu memiliki ketinggian setinggi galah. Ini dibuktikan dengan pencapaian Maria Thattil yang merupakan Miss Universe Australia. Dia hanya berketinggian 160cm dan merupakan peserta terendah edisi ke-69 Miss Universe. Usahanya berjaya menempatkan Australia berada di kedudukan 10 terbaik tahun ini.
- Peserta Kegemaran Tercicir?
Kehilangan Natasha Joubert, Miss Universe South Africa sebagai semi-finalis menjadi tanda tanya kepada pencinta pageant seluruh dunia. Masakan tidak, dia merupakan antara peserta kegemaran untuk sekurang-kurangnya berada dalam kedudukan top 10 tahun ini. Namun kita tidak tahu apakah prestasinya di sebalik pintu ketika sesi temuduga bersama panel menjadi penyebab kegagalan untuk mara sebagai top 21.

Untuk pengetahuan pembaca Natasha hanyalah pemenang tempat ketiga dalam pertandingan Miss South Africa sebelum ini, pemenang pertandingan tersebut dihantar ke Miss World, pemenang kedua dihantar ke Miss Supranational dan pemenang tempat ketiga pula ke Miss Universe. Adakah percaturan oleh organizasi negaranya silap langkah dengan menghantar pemenang tempat ketiga ke Miss Universe? Tiada siapa yang tahu.
- Pemecah Kemarau Top 5 India

Sekitar tahun 1990an negara India dianggap sebagai kuasa besar dalam pertandingan Miss Universe menyaksikan negara tersebut memenangi mahkota Miss Universe pada tahun 1994 dan 2000. Selepas itu tiada peserta dari India berjaya menembusi carta lima terbaik. Tahun ini kemarau itu dipecahkan oleh Adline Castellino yang berjaya mendapat tempat keempat.
- Fan Favourite
Vietnam antara kuasa Asia terbaharu di pertandingan Miss Universe. Ini dimulakan dengan kejayaan Hhen Nie pada tahun 2018 yang berjaya menempatkan diri di kedudukan Top 5. Sehingga kini Vietnam telah tiga tahun berturut-turut berjaya menjadi semi-finalis.

Sebelum itu pada tahun 2008, Vietnam juga berjaya menempatkan diri di kedudukan semi-finalis top 15. Tahun ini Miss Universe Vietnam, Nguyễn Trần Khánh Vân diumumkan sebagai pemenang bagi kategori undian peminat dan berjaya menempatkan dirinya di kedudukan Top 21 sebagai semi-finalis.
8. Miss Universe Paling Lama Dalam Sejarah
Disebabkan pandemik Covid-19, pertandingan Miss Universe 2020 terpaksa ditunda berkali-kali. Pertandingan yang sepatutnya dilangsungkan pada penghujung 2020 ini hanya dilakukan pada 16 Mei 2021. oleh itu, Zozibini Tunzi sebagai Miss Universe 2019 telah memegang mahkota Miss Universe selama setahun lima bulan sebelum menyerahkannya kepada Andrea Meza.
Baca lagi: Kisah Menyayat Hati Kostum Nasional Miss Universe Singapura. Sarat Mesej Kekinian!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dua Maut, Dua Kritikal Angkara Guna Racun Serangga Bunuh Kutu, Ketahui Cara Sebenar Rawat Kutu Rambut

Masalah kutu rambut kadang membuatkan manusia menjadi buntu. Kutu ini merupakan organisma parasit yang hidup di kepala manusia dengan menghisap darah. Mungkin ada yang tidak pernah mengalami situasi ini tapi masa sekolah dulu mesti korang pernah nampak pelajar lain yang kepalanya penuh kutu kan? Erkk..
Namun, apa yang terjadi di Indonesia baru-baru ini, gara-gara menggunakan racun serangga untuk menghapuskan kutu di kepala, dua beradik mati manakala seorang lagi serta ibu mereka dilaporkan kritikal akibat keracunan.
Empat beranak itu dikejarkan ke hospital oleh seorang ahli keluarga mereka selepas melihat mangsa pening dan muntah-muntah setelah ibunya menggosok “ubat kutu” di kepala tiga anaknya dan kepalanya sendiri.

Gambar hiasan
Boyolali itu, dua kanak-kanak perempuan Qaulan Shakila, 9 dan Khamila, 4, meninggal dunia di hospital ketika menerima rawatan, manakala kakak mereka Klarissa, 12 serta si ibu, Akhir Rutiyani, 35, dilaporkan dalam keadaan kritikal di hospital.Menurut maklumat yang diterima, Akhir Rutiyani dikatakan menerima “ubat kutu” itu daripada jirannya pada siang hari sebelum menggunakannya pada sebelah malam.
Siasatan polis mendapati bahawa “ubat kutu” tersebut merupakan racun serangga jenis diazinon yang diisi di dalam botol pewarna pakaian.
Moral of the story, sebelum nak guna apa-apa produk cubalah untuk check terlebih dahulu bahan yang terkandung dalam produk tersebut. Tapi ye lah, nak salahkan si ibu pun tak boleh juga, mana la tau memang mereka berasal dari keluarga yang naif dan kurang pendidikan. Apa yang diberi mereka guna je la.
Nah, buat korang semua REMAJA nak share beberapa tip untuk menghilangkan kutu secara alami. Kalau takut nak guna produk-produk yang ada di pasaran, apa kata try petua ni dulu ok?
1. Minyak kelapa

a. Ambil dua senduk minyak kelapa dan hangatkan sebentar.
b. Sapukan pada kulit kepala dan picit secara perlahan-lahan.
c. Tutup kepala dengan shower cap dan biarkan semalaman.
d. Keesokan harinya, bilas dan cuci rambut dengan syampu.
e. Lakukan cara ini setiap hari sehingga semua kutu rambut itu mati.
2. Minyak zaitun

a. Tuang minyak zaitun secukupnya pada telapak tangan.
b. Gosokan secara rata pada rambut dan sesekali picit perlahan-lahan.
c. Tutup kepala dengan shower cap dan biarkan semalaman.d. Keesokkan harinya, bilas dengan syampu hingga bersih.
3. Bawang putih

a. Ambil lima ulas bawang putih dan hancurkan hingga halus.
b. Campur dengan sesenduk air putih.
c. Hiriskan bawang putih pada penyaring untuk diambil patinya saja.
d. Sapu kan pati bawang putih tersebut pada kulit kepala dan tutup kepala selama lebih kurang dua jam.
e. Seterusnya, bilas dengan menggunakan air suam dan cuci dengan syampu. Lakukan cara ini setiap hari sehingga semua kutu rambut itu mati.
4. Lemon

a. Ambil dua biji lemon dan perah patinya.
b. Campurkan dengan 100ml air putih.
c. Tuang larutan pati lemon tadi pada kulit kepala secara rata dan biarkan selama 30 minit.
d. Kemudian, bilas rambut dengan air suam.
e. Lakukan cara ini dua kali seminggu secara teratur.
Sumber: Sinar Harian & familinia.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

